Thursday, January 13, 2011

The Tombs of Ayutthayan Kings



Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.










The Tombs of Ayutthayan Kings






Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)





Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya ialah:


-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).




-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.


Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:



Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)


Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.


Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma


-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)






-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)

-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)




-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)


-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)


-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)


Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)



Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.



Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.





Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.



Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.



Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitam kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.


Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?










__________________________________________________


Credit:


Pro:





Kontra:




65 comments:


Budak Kuning said...
Raja digelar.. Pra Ong Mahawangsa :)
Anonymous said...
tak sangka pulak peminat Metal, Sil Khannaz yer..hehehe...
kerk said...
This post has been removed by the author.
kerk said...
btol2... saya sangat bersetuju... ni orang malaysia, asyik2 cite rempit, lpas tu bohsia, lpas tu pusing blk, rempit, pastu bohsia (terbaru, cite jalang). xde cite lain ke? konon2nya nk wat remaja x trjebat kekancah tu konon. alih2, lagi ramai mat2 rempit yang tolol. dh tu buat cite putri gunung ledang tp fakta lari. ade ke patut hang tuah lari sbb putus cnta. hang tuah tu laksamana yg disegani, dan ilmu agama die sangat tggi. mcm mana hang tuah blh sentuh2 dan berdua-duaan dengan putri gunung ledang? aku mmang rndu time kecik2 dlu. mase tu tiap mlm ade cite pndekar. yg pling aku ingt adalah cite pendekar semutar hitam. tp skrang ape ade? tgok org di ngara cina. x hilang dia punya cite tntnang maharaja mereka. tp aku agak mushkil, sbb ada aku baca yang kerajaan langsuka adalah kerajaan kedah tua. cuba perhati perkataan langkasuka dengan langkawi. ape mksud langka tu? adakah singapura itu adalah perkataan moden? kerana apa yang aku tahu singapura itu bermksud kota singa. sbb pernaha kau bertanya dengan seorang kawan yg menggunakan nama band die pushpapura. dia ckp pushpa itu brmksud bunga dan pura itu kota. jadi pushpapura itu adalah kota bunga. dan itu adalah bahasa sanskrit. same juga dengan singgora yg bermksud bndr singa jika perhati dalam cite langkasuka, mereka tidak jauh dari segi permakaian dngn org melayu kita disini. bahasa pom x lari, seperti raya hijou = putri hijau, raya birou = putri biru dan raya ung-hu = putri ungu. jadi soalan saya, kenapa bahsa mereka adalah dalam bahsa thai? adakah ini kerana cerita ini cerita thai ataupun kerana ada sebab lain? dan adakah kerajaan langkasuak itu adalah sekutu dengan kerajaan melaka? harap M.O @ srikandi dpt menjawap persoalan saya. p/s: aku bkn nk benci kt mat2 rempit, sbb asal mat rempit ni bkn jenayah. rempit ni satu hobi yang mana dorang ni suka jalan2 naik motor ramai2. mcm korang la, ade yg hobi main bola, maen game kmputer. tp yg trjadi skarang adalah kerena sesetengah antara mereka sukar dikawal. itu yg menjadi penyebab kes2 liar.
kerk said...
M.O, bagaimana pula dengan blog ini yang mengatakan british telah menipu tntang tahun melaka dijajah dek kerana kantoi dengan sebuah peta. mahu keterangan lanjut, sila kunjungi sini : http://4thinktank.wordpress.com/2009/06/15/permata-yang-hilang-bahagian-1/
nazri said...
salam.. terima kasih sbb berjaya membuka kotak fikiran aku sedikit2.. dari sekolah menengah sampai sekarang aku masih kabur dgn sejarah penaklukan/penjajahan tanah melayu selama 400++ tahun.. 400 tahun lama tue takkan takde langsung cerita2 menarik... harap ada kupasan selepas ini..
Anonymous said...
apala bezanya srikandi dengan anai-anai. Sorang (anai2) cuba menaikkan nama Siam, sorang lagi (srikandi) semua nak dikonakan ke jawa. Sama aja korang. Perangai sama. Itu pasal berlaga angin. Tak ngam... takde beza..masing masing menegakkan benang basah. Sorang dengan berlebih2 emosi dengan cerita katun ultraman, sorang lagi plak main2 jin dengan cara chanelling. Baju siam pun macam baju jawa plak dah..heheh tak ditau ke...filem ni kalau org tu salah kaji, dan nak buat kostum ala jawa pun boleh. Melayu nak reka baju perang macam zaman iskandar sulkarnain pun boleh. heheh
Anonymous said...
heheh apa bezanya anon kat atas ngan beruk2 kat utan....beruk kat utan tak tahu menahu pasal budaya warisan bangsa...ynag dia tahu makan...makan...makan....pastu uukk....uukkk....kutuk beruk2 yang len kekekeh
adios said...
btul...betul...ini melayu totok duduk dalam tempurung....jawa ke siam patani ke mendeleng ke rawa ke semuanya Melayu. takde masalah...tul x cik srikandi? hehe cik srikandi jgn layan melayu totok ni,dah la totok pastu pegi menyembah budaya kuning barat nun sana...lagi haru biru kikikih
Anonymous said...
la, anon 6:20 pun termasuk dalam beruk2 laen. Sib baik aku bukan..cheqq
Anonymous said...
alahai..sama sama katun
Anonymous said...
dunia skrg ni, ko nak mengaku ko greek, viking, sumerian, babylon semua boleh, asalkan bangsa2 besar dan utama dan terbilang.. Betul tidak, itu tak jadi soal skrg ni. Yg jadiknya, adakan alasan2 yg boleh diterima pakai, lagi2 kalau kasi kembang kuncup hidung sampai dah tak larat nak kembang lagi, semua org suka beb.. betul itu belum tau dan tak penting, yg penting percaya.. betui tak anon len?
Anonymous said...
salam, M.O biarla blog sejarahnegara kedah itu cenderung kepada siam kerana mereka lebih dekat dengannya paling kurang bertambah lagi satu sumber atau sudut pandang para pengkaji2 sejarah melayu. bagi sy biarlah M.O terus menjadi orang tengah atau perantaraan dengan sikap berkecuali atau mungkin dengan sedikit teguran atas maklumat seperti blog tersebut. kan kita ni masih dalam proses mendapatkan 'gambar besar' sejarah peradaban melayu yg pada saya ukurannya melebihi apa yang kita jangkakan dan pasti penemuan2 baru akan mengejutkan kita. harapnya MO dapat berhubung terus dengan blog2 sepert ini.
Anonymous said...
betul tu, bukan mengkondem blog lain yg tidak sama aliran dengan pendapat MO. Nanti sama aja taraf MO dengan anon2 yg selama ini kondem MO. Cuma beza lain tempat aja. Jignerd kan. Kan blog sejarahnegarakedah, MO & geng pulak yg jadi jignerednya. Tu la, kalau asik kondem org, tak sedar, sebenarnya diri sendiri pun lebih kurang itu jugak. Moral of the story tak yah la memarah sapa2 punya pendapat, sebab lain waktu, kita mungkin akan menyangkal dengan dasyatnya pendapat org lain pulak. Berbalah tak habis2. Terima dengan terbuka. itu fikiran dan pendapat seseorang. Rambut sama hitam hati lain2. Cuma aku dapati Mistis Organisation dah melangkah setapak lagi, iaitu dengan mengugut org pulak, dengan saudari/a srikandi meng ugut nak buat chanelling plak kat para pengomen. Terkejut bila baca.
D.O.A.O said...
salam, ye la saudara Kerk,dulu time petang mesti ada citer pendekar... syok betol... tp dah x de skarang...
gagasan_warisan said...
Sil khannaz pun baca sejarah daa.....heheh best2 artikel ni.....melayu itu luas... Tapi kalau filem melayu sekarang cam hampeh......
Srikandi said...
Para Pembaca, Terima kasih kerana menimba ilmu di sini. Untuk sdr Kerk, Memanglah cerita Queen of Langkasuka berbahasa Thai kerana ia filem Thai.Tetapi kita tahu Patani Darussalam ialah negeri Melayu berbahasa Melayu. Langkasuka dan Patani adalah dua kerajaan berlainan masa.Langkasuka adalah lebih awal dari Patani.Dan mengikut sejarah moden,Langkasuka ketika itu belum menerima Islam.Langkasuka ini boleh dikatakan sezaman dengan Champa dan Funan atau mungkin sempat sezaman dengan Kedah Tua.Ada juga pendapat yang mengatakan Kedah Tua dan Langkasuka itu kerajaan yang sama. Kepada anon yang panas hati tu, Hai,tak kebah-kebah lagi demam ke?Sekejap kembang,sekejap kuncup hidung tuh apa pasal.Orang kat sini biasa saja. Hai macam takut jer kalau saya 'channel' awak.Bila bubuh perkataan 'channel' terus ingat kat jin.Ini pemikiran tahyul.Kurangkan la tengok cerita puaka Nyang Rapik ke merepek ke anak buluh betong ke.Pengaruh tv la awak ni.Psikik tu satu ilmu sains tau kalau nak tau. Lagi satu,memang saya kenal awak ni :D Tak tahu kenapa,macam ada getaran misteri saja bagitau awak ni personaliti yang macam mana :D ~Srikandi "i can smell ur intuition,i can read ur prophecies"
Megat Panji Alam said...
Assalamualaikum Sri Kandi... Kau orang yang berisi, han yu pin yin......
zamany said...
Salam srikandi,mo dan semua... Pencerahan yg terbuka, kwn sependapat dgn srikandi tentang keterbukaan. Katakan saja 'ya' jika ia benar dan 'tidak' jika ia tidak benar. Mcm anai2 tu, dah merapu sampai semua dah jadi hak kaum dia je. Mesti dapatkan dulu kebenarannya, baru tulis. Taklah org lain persoalkan fakta anda dan yg paling penting jgn cepat marah klu org lain "Beta" pendapat anda. Tanya dia apa yg dia muskil. Mungkin kita yg silap tulis. Persolannya kenapa anai2 kutuk melayu sedangkan dia sendiri melayu. Cuma suku berbeza. Tak baiklah mcm tu. Mcm kata srikandi... dok berebut siapa lebih melayu. dok berebut budu, nasi dagang, nasi lemak, kain batik, kain songkit, songkok... walhal semua tu dari asal yg sama. Tapi kwn tetap merasa sangat sedih hak org melayu yg paling teristemewa terhapus... iaitu "TULISAN JAWI". kwn ingat lagi masa th 60an dulu, inilah bacaan semua org baik dikedai kopi, sekolah, pasar, majalah2, dibuku2 dll, sampai klu emak kwn suruh beli barang, dia akan tulis senarai brg dlm jawi. Lepas tu dia suruh kwn baca senarai tu, baru ke kedai yg jauhnya 2 batu berjalan kaki. Tiada ke usha utk dikembalikan semula keutuhan tulisan ini ??? Klu setakat sekali seminggu utusan zaman dicetak tak adil la. Mcm melepaskan batuk ditangga je . ini warisan bangsa melayu, Jatidiri Melayu. Mereka dan melayu2 yg dah malu dgn bangsanya ini dah berjaya menghapuskan Tulisannya... dan skg ni pelan2 nak rampas haknya pula... apa perasaan anda semua ??? Kwn perhatikan skg ni... melayu dgn melayu pun cakap org putih. Dah malu nak cakap melayu ? Mungkin mereka anggap klu cakap melayu tu tak ada 'klas' tak 'standed' tak menunjukkan berilmu... Come on la Bro... Kwn dlm tak reti cakap ingeris ni, sampai juga merawau kenegara mereka. Malah kwn selamba je cakap melayu dekat belanda2 tu, kat org sepanyol2 tu. Terkebil2 depa...dan mereka hormat kita sbb guna bahasa ibunda kita. Siap tanya macam2 pasal Melayu, pasal Malaysia. Mereka tak layan org berbahasa ingeris kerana mereka balas dlm bahasa mereka. Tanyalah mereka2 yg dah merantau ke Eropah. Mohiyeddin Yassin kena buat sesuatu, malukan org kampung betul dia ni... Nanti dia balek Pagoh kwn nak jumpa dia. Kena bersatu kuatkan suara, ambil peluang mejority. Memang ada yg menjerit, jgn peduli... rapatkan baris semula. Mara.. Kwn ni org lama, banyak berkias. Harap2 org faham maksud kwn ni. Apa komen srikandi... TK srikandi dan MO. Maaf jika tersilap bahasa. Sekian, Zamany.
Anonymous said...
Makhluk Tiada Kuasa. Allah Yang Maha Kuasa. Tak perlu takut sesama manusia, kerana mereka sama macam kita juga. Kita hanya perlu takutkan Allah sahaja.
Anonymous said...
paling best kalau semua orang melayu fasih 4 bahasa iaitu melayu(sudah tentu), english(senang nak faham pelan jahat orang barat), arab(bahasa nabi, best kalau dapat berbahasa arab) dan mandarin(supaya kita tak kena tipu oleh tahu2jela).
ABATASA said...
TERIMAKASIH SRIKANDI Info yang cukup terkesan dalam meneroka kebenaran sejarah. Hmm Melayu memang bangsa hebat dan tak terlekang dengan keislamannya. Well done.
Srikandi said...
Abatasa,Gagasan Warisan,D.O.A.O (pelik bunyinya ni) dan lain-lain terima kasih ya.. Terima Kasih juga kepada Megat Panji Alam kerana sudi menjengah teratak hamba. Saudara Zamany, Mungkin saya harus membahasakan diri anda 'pakcik' ('surprise' jugak jika ada insan seusia anda bersemangat melayan internet dan blog).Apa pun rasanya tidak mengapa jika saya panggil 'saudara' sahaja. Ya..ya...memang jika ke luar negara,terutamanya di Perancis,orang-orang di sana lebih melayan kita walaupun kita bertanya dalam bahasa Melayu.Jika kita cuba bercakap dalam bahasa Inggeris,kemungkinan besar layanan tidak sebaik mana,atau tidak dilayan langsung (orang Perancis memang umum diketahui anti Inggeris lebih-lebih lagi orang Amerika) Tentang Anai-anai,sebenarnya saya pun peminat beliau.Cuma beliau agak emosi sedikit menjawab kritikan pembaca blognya.Jika benar,mengapa rasa terancam?Sebab orang yang rasa terancam ni secara emosinya akan cenderung menyerang orang lain.Dalam satu kes,orang itu bertanya sahaja tentang kebenaran dakwaan Anai-anai itu,tetapi saudara Anai-anai menjawab berjela-jela sampai ke bab keturunan Melayu di Semenanjung pun diselak-selaknya padahal entah orang yang bertanya itu orang Siam juga macam dia.Mungkin Anai-anai berasa kecewa dengan kaum Siam Islam yang tiada lagi kuasa politik dan negara seperti dahulukala.Namun beliau harus bersyukur kerana kembali ke pangkuan negeri Kedah dan tinggal di bawah lindungan saudara-saudara Melayunya.Cuba banding dengan nasib saudara Melayu kita di Patani.Nama di IC pun kena nama Thai,dipaksa cakap Thai,apatah lagi nak mengaku keturunan 'Nai'.Mereka di sana saban waktu berharap dapat dibebaskan dari Thailand dan bergabung dengan Malaysia dengan nama negeri "Patani Darussalam". sambung...
Srikandi said...
sambungan... Alah,saya dengan abang Anai-anai tiada apa-apa masalah pun,beliau juga memberi izin saya menggunakan bahannya.Tapi minta maaf la sebab komen gaya penulisan anda.Komen gaya penulisan saja tau,bukan pertikaikan isi kandungan sejarah Anai-anai ;> Saya sependapat dengan Anai-anai dari segi sejarah,lebih-lebih lagi Nai Long Kassim.Beliau inilah perlu ditemuramah oleh pengkaji sejarah kita.Jangan biarkan orang macam ni pergi meninggalkan kita tanpa ada usaha mencungkil sakibaki sejarah yang cuba digelapkan.Beliau pun mengaku tidak mahu mengganggu takhta raja-raja Melayu yang ada,cuma mahukan hak dan kebenaran keturunan mereka dibela.Saya minta para pengkaji sejarah cuba kaji secara mendalam dan akademik dakwaan Nai Long Kassim ini.Yang benar,benarlah.Yang merapu ketepikan.Buat kajian terperinci,jangan malas.Kaji sendiri adakah raja-raja Ayutthaya ini benar-benar Islam dari dulu atau masuk Islam setelah tinggal di semenanjung setelah wilayah mereka dirampas Burma dan Thai?Kaji juga adakah benar dakwaan Anai-anai bahawa Raja Mandulika di Batu Bersurat Terengganu ini ada kaitan dengan Empayar Islam Benua Siam itu?Buat kajian tentang Undang-Undang Kedah itu.Kemudian kaitkan dengan kronologi sejarah.Buat ulasan buku Undang-undang Kedah itu. Apa nak takut lagi,dah 52 tahun merdeka.Stamford Raffles dan Winsted pun dah lama duduk di alam barzah.Inggeris dah lama pergi.Buat kajian lagi untuk tunjuk perkara yang benar.Bayangkan negara-negara lain upah ahli sejarah mereka untuk 'mencantikkan' sejarah negara mereka bagi menaikkan moral rakyat,seperti Jepun yang terang-terang mengubah nada tentang kekejaman mereka ketika Perang Dunia Kedua dahulu di buku-buku teks sekolah di Jepun.Tapi kita di sini memang ada sejarah gemilang yang hebat,tetapi memilih untuk melebih-lebihkan sejarah dijajah British.Berapa tahun kita dijajah,berbanding betapa lamanya kita membina empayar dan kerajaan agung?Tetapi mengapa kisah penjajahan memenuhi 70% buku sejarah kita?Mesti masukkan sejarah Srivijaya dan Majapahit kerana dahulu tiada 'Malaysia' dan 'Indonesia'.Semua satu wilayah Nusantara.Dalam sejarah Indonesia pun ada menyebut Kesultanan Melaka kerana Melaka pernah menjadi empayar sehingga sebahagian Sumatera itu dibawah kawalan mereka. Hai,panjang pula saya berceloteh che Zamany.Tak 'suspens' la macam ni.Nanti saya kena marah dengan M.O pula ;> ~Srikandi
Anonymous said...
kita tunggu filem hikayat mahawangsa plak dari kru studios..ke citer adnan sempit..kehkehkeh
Anonymous said...
salam, sedara/sedari ambillah jalan tengah dalam mengekstrak maklumat.
zamany said...
Salam Srikandi, MO dan semua... Wah.. A'kek bangat ilmu mu. Orak entek- entek kok. (Memang srikandi ni banyak ilmu nya tak habis-habis). Kwn ni adalah juga darah jawa belah ibu, bugis belah bapa. Biasalah org Johor... kenalah ambil tahu bahasa rakan2 kita, baru boleh masuk 'regu'. Terima kaseh kpd srikandi sebab kongsi pengatahuannya dlm bab sejarah melayu ni yg kita sendiri tak tahu. Banyak betul fakta2 yg mereka sorokkan supaya kita "hilang" dibumi tempat lahir kita sendiri ni. Nama pun penjajah, semuanya dijajah. Hata sejarah jatidiri kita pun nak rampas. Ada persoalan.. kenapa bila sebut "Melayu" saja, tergambar org Islam, dan bila sebut "Islam" di Malaysia ni saja terbayang Melayu ? pernah satu ketika kwn saya org cina yg faseh cakap melayu, lari lintang pukang sembunyi dirumah kwn, kena kejar saudara mara dia sebab nak masuk Islam. Saudara mara dia marah sebab mereka kata dia nak masuk Melayu ? dan akhirnya dia masuk Islam juga. Persoalannya kenapa "Melayu tu Islam, Islam tu Melayu klu di Malaysia ni ? Walaupun skg ni mungkin dah agak luntur. Mungkin MO atau srikandi ada jawapannya ?? Tang usia mcm kwn ni dok layan juga blog MF ni.. kwn blh jawab. Sebenarnya Kwn pd awal2 dulu tengok laman ni dan bertanya dgn Guru yg juga merupakan sahabat kwn pasal cerita2 MO dlm blog ni. Dia kata "Bagus.. awak tulislah pendpat awak dlm laman tu, kot ada feadah pd org lain ? " Eh.. seolah2 dah dpt arahan suruh tulis pulak. Anda tahulah org seusia kwn ni patut lepak kat surau, mesjid bukan masuk blog keluar blog. Tapi seolah2 satu arahan drp guru utk beri pendapat dlm blog MF ni, jadi kena patuh lah kan ??? Ini sebenarnya berlaku, tu yg kwn dok gegar kejap tanda kwn nak masuk, mula2 dulu. Klu MO perasan ??? Apa pun, terima kaseh MO, Srikandi dan semua warga MF sebab memberi satu wadah ilmu yg berguna utk masyarakat. Anda semua juga merupakan pejuang-pejuang bangsa Melayu jati seperti kami, cuma dari arah yg berbeza. Usha perjuangan dan dakwah anda semua tak dapat dinilai dgn wang ringgit dan semoga Allah swt saja yg dapat membalasnya. amin... Wassalam. Sekian. Zamany.
Anonymous said...
Salam. Tak pa Encik Zamany, lepaklah ngan kita org kat sini selain drpd lepak kat surau/masjid. Ilmu dan pengajaran dari pengalaman & pengembaraan sendiri adalah guru terbaik yg amat berharga. Kata2 peransang dr guru En. Zamany memang ada benarnya. Sememangnya byk perkara yg kita org tak tahu terutamanya pd era 1950an & 1960an. Baca pasal Kiayi Salleh Selempang Merah Parang Terbang pun cari dari pakcik google je ataupun tanya makcik wiki. Isi/pendapat dlm artikel/posting adakalanya perlu kena "validate" @ disahkan oleh org yg pernah mengalami sendiri peristiwa2 tersebut.
Megat Panji Alam said...
Waalaikumussalam Sri Kandi... Dulu.... Ketika mengelilingi dunia di usia muda2 dahulu... saya berbicara dengan seorang pelayar Filipina, dari sekitar pulau2 di Mindanao, rankingnya ketika sama2 pelayaran ialah Deck Officer... Lokasi perbualan sekitar Hemisfera Utara... Perbualan ketika kami bertemu banyak berkisahkan tentang bintang dan galaksi, kami berdiri bersama2 di atas berandar, laut yang tidak berombak (seperti cermin)... ketika itu jugalah kami melihat siri lintasan satelit "silih berganti" yang boleh dilihat dengan mata kasar sekitar semenanjung scandinavia... ketika itu waktu malam... anginnya sjuk kan main lagi... Terpaculnya 1 perkataan dari pegawai ini, sungguhpun dia seorang Nasrani, namun wajahnya Melayu, dia menyebut: "tuan... semasa saya kecil, saya sering diberitahu bahawa asal usul agama hanyalah 1, iaitu agama kamu, agama Islam, dan agama ini benar... ntahla kenapa saya kena cakap bende ni depan tuan saya pun tak tahu" kata2 kat atas hanya terjemahnya sahaja, dia berbahasa inggeris ketika sesi dialog... namun, saya faham perasaannya, dia terpaksa berkata begitu kerana melihat budaya serumpun dan amalan saya. Di daerah Jugra Selangor, tertanam 1 negara kota silam, batu2 ini benar2 saya lihat... ianya betul2 berada di simpang sebelum masuk ke arah bukit menuju rumah api.... kota2 nya telah ditutupi tanah dan semak.... menjadi kehairanan pihak kerajaan negeri tidak mahu mengkaji simpanan warisan Melayu ini... Melayu Bugis bertahta di sana... bersambung....
Srikandi said...
Che Zamany, Pinterani aku ora sapirou,pinterani kue meneh okeh,wes tue meneh akeh kepinterani (Ilmu saya tidaklah seberapa,ilmu tuan lagi banyak,lagi tua lagi berisi ) ;> Kenapa Melayu tu Islam,Islam itu Melayu pada pandangan orang Cina?Sebab betapa rapatnya orang Melayu dengan agama Islam dan sudah 'established' di kalangan bangsa-bangsa di dunia ni.Seperti juga Arab,umumnya mereka Islam walaupun ada Arab Kristian.Begitu juga jika kita pandang 'omputeh' umumnya kita tahu mesti mereka ini Kristian,walaupun sekarang kadar mualaf 'omputeh' kat Eropah nun sana tu sebanyak 4 orang diIslamkan seminit.(kat sana 'omputeh' berebut nak belajar Islam,kat sini berebut nak murtad,kesian..kesian...) Kirim salam saya kat guru Che Zamany tu ye ;) Saudara Megat Panji Alam, okey,sambung lagi cerita anda.Kami kat sini nak dengar ni. ~Srikandi
Anonymous said...
in china,there r millions of moslems,perhaps we can engage with them and combine force
Anonymous said...
Tak perlu, masalah rakyat di sini pun peningkan kepala. Nak combine pulak. Dahulukan rakyat negeri sendiri. Ramai siswazah tak bekerja.
Anonymous said...
saya ni peminat sejarah bangsa... banyak lawan web @ blog yg menulis tentang perkara ini. cuma kekadang saya tgk sesetengahnya agak berlawanan antara satu sama lain.... harap dpt dibuat perbandingan dan siasatan yang lebih mendalam... kaalu boleh saya nak bertanya tentang maksud srikandi tentang "keturunan darah naga " sebagaimana yang diutarakan dlm blog ini. tq...
Anonymous said...
Alhamdulillahhirobbil a'lamien, Allah Hu Haq Allah Hu Akbar Islam terlebih awal datang ke Tanah Melayu, mengikut rekod di zaman Kedah Tua pada awal abad ke 12 Masihi.. Hikayat Merong Mahawangsa merakamkan ( walaupun telah di ubah suai) , asal usul penduduk Kedah terdiri dari orang raksaksa di Merbok ...saya percaya orang raksaksa tersebut adalah bangsa rahsia yang tingginya 6 kaki -7 kaki tinggi ( 180cm -200cm), siapakah kaum raksaksa yang ditulis dalam Hikayat Merong Mahawangsa..dikatakan ketrunan inilah yang kemudiannya menjadi Raja Siam di Ayuthia..siapakah kaum raksaksa ini: kaum Israel? kaum Babylon? kaum Parsi? Ya, orang Israel dihamba abdikan di Babylon ( Parsi) selepas Raja Nabucaddnezzer menghancurkan Israel 2,500 tahun dahulu... Mengapakah British dan kuasa ghaib menyuruh Thai menyerang negeri Kedah, Pattani, Kelantan dan Trengganu...??? Mengapakah Sultan Abdullah Al Mukarram Shah menjual Pulau Pinang kepada Sir Francis Light? Baginda juga sebenarnya tidak layak menaiki tahta kerana menggulingkan waris tahta yang sebenar iaitu Tunku Long Putra Shah dan adindanya Tunku Anjang Segara Raja Laksamana....mengapakah Raja Haji Syahid Fi Sabilillah Marhum Teluk Ketapang menyerang negeri Kedah di zaman Sultan Muhammad Jiwa Zain Azilin II, ayahanda kepada Tunku Long Putra, Tunku Anjang dan Tunku Abdullah Al Mukarram Shah? Mengapakah masjid di atas puncak Gunung Jerai di musnahkah atas arahan British? Betulkah misteri yang menyatakan Wali Songo Pertama, Maulana Malik Ibrahim kelihatan di puncak Gunung Jerai, selain pernah dilawati oleh Sheikh Sayyid Abdul Qadir Al Jailani ( Gilani)...dan pengembang agama Islam di Kedah , Syeikh Abdullah Al Qumary adalah anak lelaki kepada pengasas Tarekat Rifai'e, iaitu sepupu kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani, bernama Sayyid Ahmad Ar Rifaie..??? Misteri..di Kedah...ke Pattani..ke Trengganu..ke Kemboja ..ke Grisek, Jawa...ke Makassar....ke Tonga..ke Hawaii..ke Amerika Utara..dlllll.. Masa sudah suntuk..bertaubatlah...kembali kepada Allah SWT...yang haq tetap haq...Iblis enggan mengaku kalah, sedangkan dia tahu diua akan kalah, Bani Israel Zionis sekular pun tahu mereka akan kalah...hanya ego dan takkabur yang menyebabkan mereka masih enggan mengaku kalah.. Marilah semua manusia baik Islam atau bukan Islam , kembali kepada Nur Muhammad dan Nur Allah.. Apa guna melawan Allah SWT....tiada gunanya..tentera Allah seperti angin, api, air dan udara ..terlalu gagah untuk dilawan..bertaubatlah sebelum matahari bertukar terbit ke barat..sekian wasallam, tanggungjawab saya sudah tertunai..amanah sudah diberi..semoga Allah tidak akan menyoal saya lagi... Wasallam
pencinta kebenaran said...
Time kasih srikandi utk artikel yg mantap ni..cerita pasal hindrap x sedar diri tu..sy skrg ni nak naik cab pun sy perati dulu sticker2 yg ada kat cab tu..ada gak mangkuk2 indrap yg bawak cab..ada jek stiker2 tu sy x ingin nak naik pon..sy rela naik bas n kena jalan kaki sket balik umah dr sumbang duit utk org2 yg x berguna tu.. p/s..mmg tu pernah terjadik walaupun sy rs malas tahap gaban nak jalan kaki sket smpai umah
Anonymous said...
Melayu Keturunan Bani Israel? Harap MO dapat beri kupasan dan siapakah juga keturunan Naga?
zamany said...
Salam srikandi, MO dan semua... Srikandi,salam anda akan kwn cuba sampaikan insyaallah apabila guru kwn tu datang nanti. Amat sukar utk bertemu dgnnya kerana dia tak berumah dan bertempat, tiba2 je ada kat belakang kita. Itu yg susah sikit tu.. sama-samalah kita menkaji ilmu Allah swt yg tak terhingga ni, mudah2an kita semua diberkati. Kwn tanya pasal melayu-islam dan islam-melayu tu saja nak buat perbandingan dgn apa yg kwn ada. Dikabarkan pd kwn bahawa yg mengislamkan seluruh negeri Kedah tua tu ialah seorang Ulama serta Waliallah besar, namanya Syeidy Syeikh Abdullah Al Qumary Gunung Jerai (makamnya pun masih ada disana)setelah selesai mengislamkan seluruh Kedah tua tu, maka beliau telah memunajat dan berdoa kehadrat Allah swt agar bangsa Melayu ni semuanya Islam dan apabila saja disebuat org islam diTanah Melayu ni maka ia adalah merujuk kepada Orang Melayu. Maka itulah sebabnya doanya yg sangat mustajab telah Allah swt perkenankan yg menyebabkan bila "melayu tu islam, dan islam tu melayu" sehingga kehari ini. Tak tahulah samada fakta ini benar atau tidak, tetapi ianya berlaku. Mungkin juga kerana keakraban melayu dengan Islam yg menyebabkan ianya berlaku spt yg srikandi katakan...Waallahua'lam. Kepada anonymous jan 18 7:40, terima kaseh atas kata aluan tuan, kwn cuma ada sikit, anda ada sikit, srikandi sikit, MO sikit dan yg lain2 pun ada sikit, kita campurkan jadi banyak, ya tak ? Mcm kata MO... jgn parcaya semuanya tapi kita sama2 fikir benar atau tidaknya. Percanggahan pendapat adalah pekara biasa dlm ILMU. kerana ia membawa kebaikan sebenarnya. Waalahua'alam Sekian, Zamany
Anonymous said...
Anonymous said... Tak perlu, masalah rakyat di sini pun peningkan kepala. Nak combine pulak. Dahulukan rakyat negeri sendiri. Ramai siswazah tak bekerja. January 18, 2010 6:26 PM ___________________________________ Komen anda ini menunjukkan minda anda masih terjajah. Memang penting kita orang melayu bersatu, tapi jangan lupa kita juga perlu bersatu dengan bangsa2 lain atas nama Islam. Macam mana nak musnahkah musuh Islam kalau kita tak bersatu? Sama ada muslim China,India,Arab semuanya saudara kita. Walaupun ditakdirkan Bangsa Melayu itu bangsa yang akan bangkit menentang pihak Dajal jangan kita lupakan saudara kita dari bangsa2 lain turut sedia untuk berjuang sama.
Unicar said...
Salam; me need just a little help from Cik Srikandi. Cuba translatekan ayat ini: "wakap tirana suh, dai nyakap tirana suh." ke dlm bahasa Melayu. bunyinya seakan-akan bahasa Siam tapi entah ler... saya dah cuba tanya 2-3 org Siam akan maknanya tapi dia org kate tak pernah dengar pun... any clue cik puan?...
Anonymous said...
salam semue.... sesaper kat sini ade video movie queen of langkasuka yg ade subtitle bhsa inggeris tolong share ngan saya... pleaze!!!!!antar ke email saya... nie email :f_arshavin@yahoo.com :farto.east@gmail.com -gudiking-
Pencinta Rasulullah said...
Alhamdulillah ilmu2 yg dikongsikan amat bermanfaat dan semakin hari kita mendapat petunjuk untuk mengenali diri ini dengan lebih dekat lg sebagai hamba Allah yg pernah berjanji denganNya untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini...getaran getaran kalimah LAAILAHAAILALLAH MUHAMMADURRASULULLAH semakin terasa tetapi roh iman didalam dada byk lg kekurangannya.marilah kita sama2 menambahkan lg kecintaan kepada Allah dn Rasulnya supaya kita semua di bawah petunjuk rahmatan lil Alamin..dulu diri ini seorg yg terjebak dgn gejala sosial tetapi dgn rahmat dari Allah doa dari para2 wali terdahulu mendoakan keselamatan dn kesejahteraan anak2 cucu Alhamdulillah diri ini telah sedar dan takutkan kekuasaanNya.semoga teman2 yg disekeliling dpt memberi bimbingan dn berkongsi ilmu2 seperti dlm blog ini..syukran buat M.O,serikandi,anai2,hj zamany dn semua anon2 yg berkongsi ilmu.semoga Allah sentiasa melindungi anda dn diberikan ilmu2 yg bermanfaat mengikut ilham akal dari Allah dn bukan dari nafsu yg byk berpandukan godaan syaitan...Ameeennn Ya Rabbal Alamin
Pencinta Rasulullah said...
maafkan saya ingin memberi sedikit cadangan.apa kata kita buat satu perjumpaan yg tak formal utk mengenali saudara2 yg byk memberikan komen2 di blog m.o ini.saya rase m.o mgkin tdk dapat sertai sbb dia menjaga privasi beliau sbg penyalur maklumat.tapi andainya dia datang sbg org biasa dn pemerhati boleh jgk.itu terpulang kepada caranya.berkumpul@berjumpa ini bukan bermakna kita nak gunakan apa yg ada utk menyokong dan menentang kerajaan atau bukan kerajaan tp atas dasar ukhuwah yg mgkin sudah lama terputus.saya rase mcm ingin mengenali hj zamani kerna mgkin darah bugis yg mengalir di dalam badan ini terasa dekat dengannya.andainya ade persetujuan kita lakukan andainya tiada kita abaikan...salam ukhuwah
Oracle said...
"i can smell ur intuition,i can read ur prophecies" huh! terel srikandi... :) anyway, ape yg penting disini, srikandi menekankan bahawa jgn emosi mempengaruhi penulisan posting tentang sesuatu tajuk.. setiap posting perlu ade keseimbangan yg baik diantaranya, barulah ia boleh menjadi buah fikiran seterusnya menzahirkan kpd sesuatu yang hak. segenting kera itu ibarat kpd leher donia dan semenanjung ini ibarat jantung.. skrg jantung ni dah banyak penyakit, dan tunggu masa utk dirawat semula dgn izin Allah, maka kite ni yg jd virus kpd jantung ni hendaklah berubah.. "apabila sampai satu saat manusia itu akan berubah sekelip mata" wait n see
kerk said...
kalu nk cari cite langkasuka , sila cari di link ini. www.isohunt.tp pastikan kamu mmpunyai sofwer bitorent @ bitcomet atau sebagain lpas tu cari subtitle kt www.subscene.com
Anonymous said...
Salam.. 1. "Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok mengkuang?" Untuk pengetahuan Srikandi, Kampung saya berdekatan dengan Kota Mengkuang iaitu Kampung Ban-Nai (Srikandi sedia maklum maknanya) dan Kota Mengkuang adalah tempat bermain dan belajar Marhaban masa kecil, mengikut kebanyakan org tua disitu mengatakan dahulu mmg terdapat sebuah kota di situ tapi telah dirobohkan, harus diingat..dirobohkan selepas merdeka bukan sebelum merdeka dan mmg meng kuang membawa maksud NAGARA BESAR/LUAS, satu pokok mengkuang pon tak kelihatan di situ walaupon Kg. Kota Mengkuang masih dilitupi hutan. Jd jgn tolak mentah2 pendapat yg x sebulu dgn kita. Di baling pon ada nama Kuang. 2. Bagi saya bukan 70% tetapi hampir 100% apa yg dikatakan dlm blog sejarahnagarakedah adalah tepat. Kenapa? Sebabnya..gaya penceritaaan didlm blog tersebut hampir selari dengan cerita org tua2 di Pendang,gurun,Kota mengkuang, tualang, bukit tinggi dan byk tempat. Org tua2 ni x tau langsung pasal blog tersebut dan cerita org tua2 ni saya pungut sebelum kewujudan blog sejarahnagarakedah. 3. Mmg Raja2 Melayu dahulu adalah Raja Daerah yg dilantik, bukti fizikal yg masih nyata hingga sekarang..setiap daerah di Kedah membawa ke Perak mempunyai salasilah raja yg tersendiri dan mempunyai tinggalan Kota (istana)atau setidak-tidaknya tapak kota. Cuba siasat dan bertanya kepada sesiapa yg mempunyai nama pangkal Raja (bukan rajagopal coach bola malaysia) tentang salasilah mereka dan saya sudah bertanya 3 ke 4 org yg mempunyai jawapan yg sama iaitu raja di sebuah daerah di Acheh (Rawa), Johor dan Sulawesi (bugis kot). 4. Melaka mmg berbaiah dgn Kalifah Ayutthia..Sebabnya Islam menganjurkan sistem kekalifahan dan Hang Tuah menjadi utusan Nusantara untuk berbaiah dgn Turki Uthmaniah sedangkan Uthmaniah lebih mengenali Ayutthia dari Melaka. Tak mungkin kita mempunyai 2 buah kerajaan yg begitu besar dalam satu masa tetapi lain-lain kepala sedangkan pada masa itu Islam menjadi akar tunjang yg cukup kuat. Melaka ingin menjadi seperti empayar2 Islam lain di Timur Tengah yg ingin keluar dr pengaruh Abbasiah dan Uthmaniah apabila kemaruk kuasa politik mencengkam mereka. Kesannya jgn katakan kota, tapak Kota Melaka pon x dak. Kalau istilah sekarang dipanggil Autonomi. Wassalam KriZalid
Srikandi said...
Terima kasih saudara KriZalid, Jika saudara berketurunan sama seperti Anai-anai,saya ingin bangkitkan beberapa persoalan: 1.Setelah saya memerhatikan bahasa 'Siam Ayutthaya' dengan bahasa Thai,saya dapati tiada perbezaan yang jelas sebagaimana dakwaan Anai-anai.Seperti perkataan 'Meang' dalam bahasa Siam juga sama erti dengan 'Muang' dalam bahasa Thai.'Meang' bermaksud negara,sebab itu ada istilah Muang Thai,iaitu Negara Thai (Thailand). 2.Ini menunjukkan bahasa Siam Ayutthaya dengan Thai seperti adik-beradik atau seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (sila betulkan saya jika saya silap).Jadi siapa tiru siapa ni?JIka raja-raja Thai meniru bahasa Ayutthaya,sila ceritakan...menarik juga. 3.Kalau kita ambik pendapat penulis sejarahnagarakedag,dia kata bahasa Siam Anai-anai itu adalah bahasa Thai loghat Selatan Thai atau istilahnya Pak Tai.Benarkah?Kena tanya jugak keturunan Nai yang lain pasal benda ini. 4.Tiadanya pokok Mengkuang kat Kota Mengkuang bukan bermakna tiada pokok Mengkuang pada masa dahulu.Sepertimana Kota Mengkuang yang 'ghaib' selepas dimusnahkan,mungkin sekali dengan pokok-pokok Mengkuang yang ditanam raja (misalnya) juga dimusnahkan sama. 5.Adakah sebenarnya Siam Ayutthaya itu orang Tai yang bercampur dengan orang Melayu atau orang Mon yang bercampur dengan Melayu,maka lahirlah Siam? 6.Atau kerabat Ayutthaya itu asalnya orang Tai yang lari ke semenanjung kerana diburu orang Tai lain yang memberontak,kemudian bersembunyi di negeri-negeri Melayu kemudian masuk Islam dan bercampur dengan orang Melayu untuk menyembunyikan identiti? Saya cuma mahukan kepastian.Saya bukan orang Siam atau Thai.Jadi yang lebih tahu sejarah Ayutthaya cuma orang Thai dan Siam Islam inilah.Sebab manuskrip raja-raja Melayu majoriti kat luar negara.Cuma yang ada dalam Sulalatus Salatin,Ayutthaya dikenali sebagai Syahrul Nuwi.Nasib baik UUK dikembalikan.Dapatlah kita merungkai misteri demi misteri.Saya cuma harapkan penulisan saudara Anai-anai lebih padat dengan 'back up strategy' untuk menangkis persoalan yang dibangkitkan seperti penulis sejarahnagarakedag.Seperti mana Anai-anai,saya juga meminati penulis sejarahnagarakedag,bukan apa,dari segi kematangan beliau menimbulkan persoalan dakwaan Anai-anai secara akademik dan sejarah,bukan emosi. Sepertimana sejarah Thai yang penuh propaganda dan kepincangan (dan ini diakui oleh sejarahwan Thai sendiri),tentunya kita ingin tahu dari mulut orang-orang yang mengaku warisan raja-raja Ayutthaya ini. ~Srikandi
rafiquenurse said...
Fuh..hebat betol pengetahuan sejarah korang..patot la saya sejarah SPM 5C jer..satu pon xtau..sebenarnya saya pon penah dengar tentang cerita mengenai kerajaaan kedah dan keturunannya..ingatkan karut jer sume tu..sebab org yang cerita pon orang tua..rupenya ada evidence based...just nak tanya, ada sape2 tau tak siapakah Puteri Che Ah? ataupon sejarah tentang waris2 cucu Jammu Pattani iaitu Radin Haji Osman Ibnu Radin Haji Mad..melaui pembacaan blog mane ntah, ada sebut makam diorg kat masjid kampung sena, tobiar..tp saya xpenah tau lak ada makam diraja or makam lama kat situ..saya anak jati kampung tu... Tp serious korang semua bagus2...camne la minat tentang sejarah Melayu ni..hebat...saya penah tertanya2 gak, tp takla sampai nak kaji in detail..just absorb 100% dari buku teks jer..huhu~ good job..klu dapat buat filem lagi best ni...documentary ke...Malu gak tengok filem hang tuah dan filem2 melayu yang lain..cam kurang nilai estestika...
Anonymous said...
Salam... 1. Bahasa Siam dan Bahasa Thai mempunyai perbezaan yg nyata. Org Thai langsung tidak memahami perkataan yg dituturkan oleh org Siam, jgn katakan di Bangkok di Danok yg bersempadan pon masih x paham. Tinjauan ini telah dilakukan dulu. Depa trus ternga-nga "apa hg cakap". Jika seperti Indonesia dan Malaysia kita masih boleh paham. Tetapi masih ada org di Thai yg tahu berbahasa Siam (depa ni siam kot). 2. Cuma nama tempat, nama khas, masakan dan kebudayaan dari bahasa Siam telah di Thaikan bunyinya. Saya rasa x perlukan contoh sebab saudari mmg sedia maklum. Tagalog adalah contoh yg sesuai. 3. Betul..betul.. dah terang pon kadang2 kena pakai touch light jugak sbb nak suluh di tempat yg terselindung. Dengan UUK, dengan kota yg ditinggalkan,dengan makam tua yg berselerakan, dengan penceritaan lisan dr org tua2, dengan bukti rekod dr luar, dgn nama tempat yg menunjukkan sesuatu kejadian dengan tapak masjid yg berselerak di Ayutthia mungkin x cukup lg kot. Siapa tiru siapa, ha..ha..ha.. dah Siam ditukarkan ke Thai paham2 je la. Sekarang ni Makam Merong Mahawangsa pon dah disahkan. 4. Siam adalah sebuah kerajaan yg bertindak sebagai Federal di nusantara yg berpusat di Ayuttia (kemuncak empayar Siam dan prosesnya berperingkat). Maharajanya berketurunan melayu-kedah drp jurai Merong Mahawangsa dan beragama Islam. Islam mereka bermula dari kedah tua lagi. Kaji tapak masjid kuno diatas gunung jerai. Sehingga sekarang tarikh bermulanya kedah tua masih kurang jelas. Sebabnya.. dengan pemusnahan besar-besaran telah menlenyapkan saki-baki kota yg besar, dan misteri kehilangan manuskrip2 lama, sehingga sekarang tapak kota ini x lekang dr aktiviti carigali dan sentiasa menjumpai tapak yg br. 5. Masyarakat @ rakyat siam yg majmuk dgn suku dan kaum sesuai dengan fitrah sebuah empayar nusantara melahirkan bahasa, budaya dan senibina yg tersendiri dan unik. X perlu dimaklumkan lagi kaum & suku apa mendiami benua itu kerana saudari mmg sedia maklum.Tetapi Islam adalah akidah majority dan teras pemerintahan (rujuk UUK). 6. Kota Mengkuang adalah kota bersifat pertahanan dan lokasinya pula tersembunyi didlm hutan utk mengelak dr pihak Thai dan menandakan Tahta Maharaja Siam masih bertahan. Masakan didlm keadaan perang dan masih dikejar pihak Thai Maharajanya mempunyai masa utk menanam pokok mengkuang, berkemugkinan juga mengkuang ditanam utk pertahanan @ mungkin dahulu mengkuang memenuhi persisir sg yg berhadapan kota. Segalanya berkemungkinan, tetapi yg pasti Meng Kuang ada maksudnya. 7. Ambil mudah beginilah, org Thai adalah org Cina Singapore yg menyerang Wisma Putra dan meranapkan Istana Negara sambil dibantu oleh beberapa menteri cabinet Malaysia. Sambil itu mendapat sokongan Cina Malaysia dan beberapa Melayu sekular. Bahasa, budaya, bangsa dan agama semuanya dirombak dan dijarah. 8. Saya rasa tugas yg utama sekarang adalah mencari secara sahih tok nenek Merong Mahawangsa dan apa kaitannya dgn Banjaran TitiWangsa bukan Wangsa Maju. Pelbagai versi dan penceritaan akan kita perolehi, bak kata MO “puzzle yg berselerakan”. 9. Hanya org tertentu saja yg tahu kenapa pihak Thai mengantung penggunaan border pass utk penduduk Malaysia yg bersempadan dengannya suatu ketika dulu lebih-lebih lagi penduduk negeri Kedah. Ianya melibatkan Sultan Kedah dan Raja Thai. Wassalam.. KriZalid
hsalman said...
Saya agak bersetuju dengan pendapat KriZalid, masakan Ummat Islam yang betul2 faham hukum Islam akan berpecah belah. Sudah semestinya Nusantara ni ada "Federal"nya dulu dan Kemungkinan besar ialah Melayu-Siam. Meraka akan berbaiat kepada Khalifah sedunia iaitu Turki Uthmanniyah. Mungkin ada Raja Melayu dulu hendak berautonomi dan mahu berpecah dengan naugan Khilafah dan mereka wajib diperang(walaupun sesama Muslim) kerana Islam hanya wajibkan satu Khalifah pada satu2 masa.
malai said...
ada kemungkinan jugak. Kesatuan negeri2 Melayu itu mungkin ada 'federal'nya. lebih kurang macam kita sekarang. dan mungkin juga di waktu sama ada negeri yg tak mahu bersekutu. dan Pusat itu akan berubah mengikut keadaan Politik dan keperluan semasa. Mungkin atas faktor Pertahanan, ekonomi, atau kuasa. sebab tu kita nampak empayar(bukan negeri ye) Melayu selalu berubah kedudukannya dan dipegang oleh suku yg berlainan pula. apa pun mereka ini tetap Melayu secara amnya. saya ni cetek sejarah. jadi perbetulkan kesilapan saya ye.
opufai said...
Perkongsian yang menarik dan objektif.
www.homequran.com said...
www.homequran.com www.kidsquran.com www.quranforkids.com www.quran-read.com www.quranreadings.com www.learn-quran-tutor.com www.quranlearningtajweed.com
Anonymous said...
Malaysia-Indonesia, same thing, both were Nusantara. Srivijaya was huge and powerful, but Majapahit's vassal states included today's eastern Indonesia, areas that the Srivijayans never reach, so Majapahit was technically bigger. As a budak Melayu I approve this message. ps: anyway we're all humans
jmazli said...
kalau nak ikutkan dah hampir lengkap jigsaw ni, dgn kemunculan beberapa jiggers yg rajin mengumpul fakta, cuma satu shj kelemahan, tiada penyatuan, adalah lebih baik fakta2 dpt disusun mengikut kronologi dan dihuraikan bersama. mmg org yg x baper fhm akan anggap anai2 tu pro siam dan srikandi tu pro jawa, tp kalau difikir semula, x daya sorg jer nak selongkar benda yg dan tertimbus beribu thn. jadi skrg ni masing2 menjalankan kajian dari arah yg berbeza. anai2 di utara, srikandi di selatan, dan ader yg mula dr barat dan ada yg timur. apa yg penting bg sy adalah penyempurnaannya shj. sy sokong dgn cdgn srikandi supaya pengkaji2 sejarah dpt bertemu dan berbincang dgn pengkaji2 sejarah negeri kedah ini kerana mereka mempunyai fakta yg kukuh dan mempunyai bukti fizikal yg x dpt nak dinafikan. mmg kalau baca blog2 seumpama ini anda akan tertanya-tanya... yer ker? betul ker? giler aper org ni... hahahaha tp cuba anda baca dan lps tu fkr dan renung. sy mula minat mengkaji dan mencari org yg mengkaji sejarah melayu ini selepas melihat satu perayaan atau sambutan di milan(itali). para pembesar di sana memakai sut yg serupa benar dgn pembesar2 melayu. lengkap dgn destar dan kain sampingnya mcm p. ramlee pakai dalam citer madu 3. dari situ sy mencari dan mengkaji persamaan itu. rupa2nya pakaian kebesaran itu adalah satu lambang status bg org2 yg kaya2 dan berkuasa pada zaman itu.(saya x dpt fakta yg lebih menyokong benda ni, aklau silap tlg betulkan la) berkaitan dgn agama pula, mengapa bangsa melayu ni amat mudah memeluk Islam? apa yg dpt sy simpulkan hasil bacaan saya di sini dan blog2 yg lain serta dr guru sy, umat rantau ini sebenarnya telah lama di bimbing oleh para anbiya' dan org2 soleh, sebelum syariat Muhammad menyempurnakannya, speeti yg kita semua disini tahu, NAbi Ibrahim telah sampai ke sini dan mengikut kajian dr rakan2 pengkaji saya yg lain serta guru sy, sebelum tiu juga nabi idris juga pernah membimbing umat rantau ini. jd tdk hairanlah jika peradaban umat melayu ini adala lebih advance dr sebelah sana. ini cuma kesimpulan saya bersandarkan apa yg dpt sy baca di sini dan blog rakan2 yg lain. kalau silap atau tunggang langgang tu I'm Sorry...(bak kata Amir)
Srikandi said...
Jmazli, Perkongsian yang bagus dan berinformasi. Juga terima kasih kepada Krizalid.Saya tidak komen tentang suasana di Ayutthaya namun yang mahu saya sentuh ialah 'Federal' Ayutthaya itu. Untuk mengatakan tentang Ayutthaya adalah kerajaan persekutuan,ini adalah pandangan ekstrim.Ayutthaya bukan sebuah empayar persekutuan.Ia lebih sebuah negara kota yang punya wilayah-wilayah naungan (vassal state).Empayar yang pernah bertindak sebagai 'federation' hanya satu sahaja iaitu Srivijaya.Ketika era Ayutthaya,Majapahit juga bangkit sebagai sebuah kerajaan empayar.Jadi bagaimana pertindanan wilayah antara Majapahit dan Ayutthaya ini di Nusantara?Saya boleh setuju lagi jika pengaruh Ayutthaya sehingga ke negeri-negeri utara semenanjung,namun bukan sehingga ke selatan.Ayutthaya mungkin pernah mendarat di Temasek dan menghantar seorang wakil (wakil sahaja,kerana penduduk Temasik adalah orang Laut dan Melayu,bukan Siam)yang popular dengan nama Temagi untuk mengambilalih Temasik dari tangan Empayar Srivijaya yang berpecah ketika itu.Namun wakil ini dibunuh oleh seorang keturunan Srivijaya yang menganggap Ayutthaya merampas Temasik dari kuasa kerabat keturunannya. Namun 'percubaan' Ayutthaya itu bolehlah dipandang juga walaupun gagal sepenuhnya.Ingat,seluruh semenanjung ketika itu masih punya pemerintah-pemerintah sendiri (Malay State).
Anonymous said...
salam...kalau tak silap the malay press ada menyebut mengenai kerajaan islam majapahit....bukan kerajaan hindu majapahit...mungkinkah kerajaan islam majapahit berbaiah dengan benua siam negara kedah pasai ma? seperti kerajaan siam kedah sendiri berbaiah dgn negara china islam dan kesultanan india moghul..kemudiannya kerajaan besar cina dan kesultanan moghul india berbaiah dgn turki uthmaniah....maka lengkaplah sistem khalifah islam....rasanya logik juga andaian ini...dalam the malay press ada juga menyebut kejatuhan kerajaan islam benua siam negara kedah pasai ma ini berlaku secara sezaman dgn kejatuhan kerajaan islam lain di seluruh dunia...mungkinkah ini perancangan jahat iluminati dalam melenyapkan sistem khlifah@politik islam? mmm ada logicnya juga...bak kata penulis anai-anai, kita perlu mengkaji sejarah dalam skop yang lebih luas!!! bukan setakat skop malaysia sahaja...apa pun satu hari nanti imam mahadi akan bangkitdan menhidupkan kembali khalifah, dibantu isa al-masih, wali-wali, dan ulama-ulama...siam itu melayu, jawa itu melayu,banjar itu melayu, bugis itu melayu,acheh itu melayu,dan kita itu serumpun yakni rumpun melayu islam... jangan kita lupa akar budaya kita TIADA TUHAN YG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH.......
小美冰淇淋Paul said...
徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社
IPOHMALAY said...
saya pun demikian seperti anda.... sukakan hakikat baru yang saya pegang... Tai merampas sebuah kebudayaan orang Islam.... hasil dari penulisan anai-anai itu... tetapi itu tidak bermakna saya suka dengan anai-anai yang terlalu syok sendiri... menyampah pulak... apapun... terima kasihlah.... anai-anai oi... kerana mengupas satu sejarah yang memang telah ada instinct dalam diri ini untuk mengakui kebenarannya walaupun TERLALU DISELIMUTI dengan KEKARTUNAN, KEBONGKAKAN dan KESYOK-SENDIRIAN sang anai anai tersebut..
kernelstackdump said...
Saya mohon... andai kiranya sudi penulis membandingkan tidak hanya pada Buku Undang-Undang Kedah yang ditulis sekitar 1650M tetapi juga dengan sumber-sumber dari Batu Bersurat Kalasan bertarikh 778M, Batu Bersurat Abhayagiriwihara (792M) Batu Bersurat Kelurak (782M), Batu Bersurat Ligor (775), Batu Bersurat Kayumwunan (824M), Batu Bersurat Nalanda, Batu Bersurat Canton di China, Batu Bersurat Siwagraha, Batu Bersurat Nalanda di India, Piagam Leiden di India, Batu Bersurat Tanjor, Batu Bersurat Grahi di Chaiya, Batu Bersurat Padang Roco di Dharmasraya, Batu Bersurat Sri Lanka, Catatan Dinasti Tang, Catatan Dinasti Sung, Catatan Dinasti Ming, Catatan Perjalanan I-Tsing, Catatan Chau Ju-Kua, Catatan Wang Ta Yan, Catatan Chou Ku Fei, Catatan Ying-yai Sheng lan oleh Ma Huan, Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 682M, Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684M, Batu Bersurat Telaga Batu, Batu Bersurat Palas Pasemah (Abad ke 7), Batu Bersurat Kota Kapur (686M), Batu Bersurat Sojomerto (Abad ke7M), Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah, Batu Bersurat Kuburajo, Kita Kidung Panji Wijayakrama, Kitab Pararaton, Nagarakretagama, Berhala Amoghapasa, Batu Bersurat Suruaso, Batu Bersurat Karang Brahi dan lain-lain.... Selain itu, dari segi arkitektur juga, Candi Borubodor memiliki arkitektur yang sama dengan wat Siam hari ini... Ini secara kasarnya menunjukkan penguasaan Srivijaya terhadap kerajaan-kerajaan di utara Tanah Melayu termasuklah Kedah Tua. Pada pendapat saya yang tidak seberapa ini, Kedah Tua hanya meningkat naik selepas kejatuhan Kerajaan Srivijaya atau mungkin menjadi merdeka selepas kejatuhan Kerajaan Majapahit. Ini terbukti dengan catatan I-Tsing yang menyebutkan “Tamralipti adalah tempat kami naik kapal jika akan kembali ke China. Berlayar dari sini menuju tenggara, dalam dua bulan kami sampai di Kedah. Tempat ini sekarang menjadi kepunyaan Sriwijaya. Saat kapal tiba adalah bulan pertama atau kedua .... Kami tinggal di Kedah sampai musim dingin, lalu naik kapal ke arah selatan. Setelah kira-kira sebulan, kami sampai di negeri Malayu, yang sekarang menjadi bagian Sriwijaya. Kapal-kapal umumnya juga tiba pada bulan pertama atau kedua. Kapal-kapal itu senantiasa tinggal di Malayu sampai pertengahan musim panas, lalu mereka berlayar ke arah utara, dan mencapai Canton dalam waktu sebulan.” sekembalinya beliau dari India pada tahun 685M... Saya berpendapat bahawa Kerajaan Kedah Tua dan Srivijaya merupakan salah satu daerah dalam Kerajaan Funan yang mencapai kemerdekaan masing-masing selepas kejatuhan Kerajaan Funan, kerajaan-kerajaan ini saling berperang untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Cina Selatan dan akhirnya Kedah ditakluki oleh Kerajaan Srivijaya. Selepas kejatuhan Srivijaya, bangkit Kerajaan Dharmasraya yang mana dalam buku Chu-fan-chi yang ditulis oleh Chau Ju-Kua pada tahun 1225 menyebutkan bahawa Kerajaan Dharmasraya menguasai Kemboja, Grahi di Selatan Thailand, Tambralingga, Langkasuka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Lamuri di Acheh, Jambi, Palembang dan Sunda. Saya berpendapat Kerajaan Melaka didirikan selepas Kejatuhan Kerajaan Srivijaya atau semasa kegemilangan Srivijaya.. Soalannya.. Sekiranya Kedah Tua dalam Jajahan Srivijaya... Bagaimana mereka pula yang membuka Melaka? Sekiranya Melaka adalah Kedah... Mengapa perlu Melaka menghantar ufti kepada Siam yang mana Kedah adalah sebahagian darinya (Siam)?
kernelstackdump said...
Saya tertarik dengan kata-kata dalam sejarahnagarakedah.blogspot "Patutlah di Melaka hari ini tidak ada tinggalan ISTANA KESULTANAN MELAKA sepertimana di kawasan lain (yg ada itu replika berdasarkan Hikayat tahayul Hang Tuah sahaja). Empayar ape namanya tanpa istana?.... memerentah kerajaan dari atas pokok ke?" Bagi saya ini adalah pernyataan orang yang tidak mengkaji Sejarah, ada yang saya setuju dan tidak setuju.... Sejarah menyatakan bahawa Parameswara adalah keturunan Srivijaya, sekiranya Srivijaya membina Candi Borobodur dari batu... adalah mustahil pewarisnya membina Istana dari kayu.. tentulah mereka juga mewarisi teknologi kejuruteraan yang sama.. Secara logiknya kerajaan Angkor, Funan, Srivijaya, Kedah mempunyai teknologi kejuruteraan batu... Masakan Kerajaan Melaka yang begitu gah menggunakan teknologi kayu? heheheheh Saya berpendapat, Istana Melaka adalah Istana dari batu yang dirobohkan untuk mendirikan Kota A-Famosa.. begitu juga dengan masjid-masjid di Melaka pada zaman kegemilangannya. saya bukanlah seorang ahli sejarah, tetapi saya mengkaji sejarah bangsa... Arwah guru saya pernah menyatakan bahawa Silat berasal dari Utara dunia meniti sepanjang titian bangsa dari tanah asal bangsa Melayu.. Bukan utara tanah melayu tetapi perjalanan silat bermula mengikut Banjaran Titiwangsa. Banjaran Titiwangsa adalah satu Banjaran yang bersambung dengan Banjaran Himalaya. Mengikut kefahaman saya yang tidak sepertinya ini, silat, kung fu, silambam, kalari dan lain-lain berasal dari Tibet yang mana terdapat pendapat dan bukit yang mengatakan mereka (Tibet) mencipta seni mempertahankan diri yang dipercayai berusia antara 3000-10,000 tahun yang lalu. Secara logik geografinya, semua bangsa yang berada sepanjang Banjaran Himalaya sehingga ke Banjaran Titiwangsa mempunyai seni mempertahankan diri...
Mistis Organization said...
Kernelstackdump, Terima kasih saudara dan saya amat bersetuju dengan saudara bahawa kita tidak boleh hanya membandingkan sejarah berdasarkan buku atau kitab tertentu seperti Merong Mahawangsa,Sejarah Melayu mahupun Undang-undang Kedah.Senarai yang saudara sebut itu,memang dalam perhatian saya :) "Sekiranya Melaka adalah Kedah... Mengapa perlu Melaka menghantar ufti kepada Siam yang mana Kedah adalah sebahagian darinya (Siam)?" Buat pengetahuan,Melaka tidak pernah menghantar ufti kepada Siam (ketika itu adalah kerajaan Ayutthaya),dan Melaka adalah ancaman dan saingan bagi Siam.Siam telah menghantar dua kali serangan sekurang-kurangnya namun berjaya dipatahkan oleh Melaka.Sebenarnya selepas empayar maritim Srivijaya semakin lemah,muncul beberapa kerajaan perdagangan yang penting.Bandingkan dua kerajaan Tai ini;Sukhothai (Sukodaya) dan Ayutthaya (Ayodhya),yang manakah lebih popular?Tentulah Ayutthaya kerana ia juga menceburi perdagangan maritim berbanding Sukhothai yang lebih merupakan kerajaan agraria (pertanian),sebab itu Ayutthaya berjaya menewaskan dan menundukkan Sukhothai.Pengasas Melaka adalah warisan dari kerabat diraja Srivijaya.Kedah sememangnya dari dahulu merupakan antara kerajaan tertua dan punya sejarah perdagangan maritim yang lama.Kedah ada kaitan dengan Langkasuka dan Dvaravati.Kedah dahulu mencakupi utara Perak,Perlis,Segenting Kra sehingga ke sebahagian Myanmar. Cuba anda baca pendapat Ibnu Rusydi dalam blognya tentang dari manakah asal-usul keturunan Nai ini.Mereka mungkin ada kaitan dengan kerabat diraja Ayutthaya.Cuba anda semak apakah gelaran dalam istana raja Thai,pasti anda jumpa title 'Nai' ini yang merupakan pegawai rendah kalau tidak silap saya.Raja Ayutthaya terakhir dan kaum kerabatnya telah lari ke kampung-kampung Melayu bersembunyi dari kejaran para pemberontak yang diketuai oleh Taksin (bukan Taksin sekarang ye).Lama kelamaan mereka menganut agama Islam dan menjadi Melayu walaupun masih berbahasa Thai loghat selatan.Bahasa Thai mereka adalah campuran Mon dan Melayu dan berbeza dengan loghat Thailand Tengah dan Utara. Saya akan teruskan ulasan saya dalam satu artikel khas. ~Srikandi
kernelstackdump said...
Melaka dipaksa tunduk kepada Siam menyebabkan Melaka mengambil keputusan untuk membayar ufti kepada China.. Terdapat pendapat mengatakan Melaka sebelum membayar ufti kepada China, mereka membayar ufti kepada Siam (Kedah?).. Tetapi kerana tekanan yang melampau dari Siam (Kedah), Melaka meminta perlindungan China. Jika sejarah tumbangnya Srivijaya diambilkira dan kebangkitan kerajaan Dharmasraya, Minanga di Pagaruyung dan Kerajaan Malayu, saya mungkin bersetuju untuk menyokong bahawa Kerajaan Melaka adalah juraian dari kerajaan Malayu Jambi bersesuaian dengan penaklukan Malayu oleh Sriwijaya pada 682. Pendapat ini sesuai dengan catatan I-Tsing bahawa, pada masa keberangkatannya ke India tahun 671, Ma-la-yu masih menjadi kerajaan merdeka, sedangkan ketika kembali pada tahun 685, negeri itu telah dikuasai oleh Srivijaya. Jika ini diambilkira berdasarkan buku Sejarah Melayu yang mengatakan Keturunan Parameswara dari Demang Lebar Daun yang memerintah Kerajaan Melayu (Jambi), maka tarikh kewujudan Kerajaan Melaka perlu dikaji semula. Buku Sejarah melayu juga mempunyai cela kerana ianya dikatakan telah disunting semula atas arahan Yang DiPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah...Persoalannya, apa yang disunting,dibuang dan dimasukkan yang baru? Dari buku Sejarah Melayu, jelas wujud tindakan membesar-besarkan keturunan Raja Melaka malahan saya berpendapat ianya tidak mustahil berlaku kepada buku Undang-Undang Kedah bagi menaikkan rasa cinta rakyat kepada Raja dan Negeri. Malahan nama Melaka dalam UUK juga mungkin merujuk kepada Kerajaan Johor selepas tumbangnya Melaka. Serasa saya, Nama Johor adalah nama baharu dan mungkin pada awal pembiaan Kerajaan Johor mereka masih menggunapakai nama Melaka@Kesultanan Melaka.. Tetapi apa yang pastinya, tidak kira dalam buku Undang-Undang Kedah dan Sejarah Melayu, penulisannya dipengaruhi pendewaan pada Raja dan ianya mungkin ditulis berdasarkan cerita lisan kerana ianya tidak ditulis oleh mereka yang mengalaminya pada masa kejadian melainkan ditulis beratus-ratus tahun selepas kejadian. Pada pendapat saya yang tidak seberapa ini, sekiranya nama menjadi sebab mempercayai Hang Tuah sebagai orang Kedah, maka tidak hairanlah sekiranya pendapat mengatakan Hang Tuah adalah berbangsa Cina... PAda pendapat saya yang cetek ini, Hang merupakan gelaran di istana Melaka bagi golongan khadam (lelaki) dan Dang adalah gelaran untuk dayang (perempuan)... Bagaimana pula dengan Maharaja Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa atau Srimat Sri Udayadityawarman Pratapaparakrama Rajendra Maulimali Warmadewa... yang merupakan Raja Dharmasraya... Jika namanya begini, adakah dia juga Raja Daerah Kedah? hahahahahhahah
Tengku said...
assalamualaikum srikandi. terima kasih atas segala fakta yang telah diberikan secara terpeinci. saya tertarik dengan nama Puteri Nang Chayang yang ada diterangkan sebagai salah seorang permaisuri yang memerintah kerajaan Petani. Dari kajian saya, terlalu banyak versi sejarah kerejaan Petani yang ada sehingga ia mengelirukan. Saya juga amat tertarik dengan sejarah kerajaan Reman di selatan Petani, yang mana raj terakhirnya adalah YM Tuan Lebeh Long Raya. Kerajaan reman ini merupakan sebuah kerajaan Melayu yang memerintah di bahagian selatan tahi hingga sebahagian utara negeri perak. sehingga kini terdapat makam Permairusi Cek Neng di Kampong Selarong, Pengkalan Hulu, Perak. Terdapat juga sebuah kampong yang dinamakan Kampong Kota yang dipercayai terdapatnya sebuah kota istana. YM Long Ghaffar juga merupakan putera kepada Raja Reman. Saya ingin sangat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Puteri Nang Chayang dan kerajaan Reman.
wiserpilgrims said...
Tok Wan Aku penah bagitau. moyang aku lari dari selatan siam(kampung pinang setelah membunuh tentera thai. terima kasih, akhirnya aku tau mana asal usul(kampung) aku
joharjani said...
saya harap anai-anai dapat laa slow skit atas megah n invoice2 yg dia nak claim tu.. kadang2 heran gak psai apa kerajaan yg sebesar tu yg amat ISLAMNYA hancur camtu jaa... Mana pi MAHA PEYAYANG.. y dia xsayang dah ka?? maybe pasai byk yg megah2 dn nak kan harta yg bertimbun2 mcm generasi dia (anai2)sekarang nie.. saya gak org kedah tp slow laa skit.. cukuplaa sekadar kita tahu sejarah melayu kita yg hilang kita tahu dari mana dan kemana.. jahat baik bangsa kita.. then life goes on laa.. jaga apa yg ada lani laa. sy juga minta maaf kepada mistikfiles kerana megah dasyatnya seorg anak kedah ini sampai negeri lain meluat kat dia.. cukup laa anai2 jgn megah sgt kesian kat org kedah yg lain mcm kami2 nie..pasai org meluat kat ang satu kedah kena..kesian la skit. xkan keturunan merong xda lemah lembut dan kasih kesian cam melayu at lain..

No comments:

Post a Comment