Thursday, January 13, 2011

Rabu, Januari 12, 2011


Siam bukan Thai?

Etnik Siam di Malaysia dakwa berasal dari Mongolia

SIAM atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia?

Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza.

Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.



Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.

Namun, dalam satu versi berlainan pula, dikatakan Sultan Mudzaffar Syah (1136 - 1179) dulu pernah digelar Phra Ong Mahawangsa, satu gelaran dalam bahasa Thai yang bermaksud Tuanku Mahawangsa. Penggunaan gelaran itu dikatakan disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, sekali gus mewujudkan satu tanggapan bahawa masyarakat Siam sudah bertapak di Kedah sejak sekian lama.

Ia dinafikan pula Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang menyifatkan Hikayat Merong Mahawangsa bukan fakta sejarah untuk diterima pakai. Justeru, beliau melihat fakta berkenaan sejarah institusi diraja Kedah yang berakar dari Parsi lebih sesuai diterima.

Apapun, tidak dapat tidak, kewujudan masyarakat Siam di Kedah sebagai antara penduduk awal di negara ini tidak boleh dinafikan. Banyak sebenarnya bukti kewujudan mereka terutama di negeri bersempadanan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Sebagai contoh, di Kedah sendiri, wujud beberapa nama tempat menggunakan bahasa Siam seperti Kodiang, Changlun, Napoh dan Jitra. Malah, banyak juga nama kampung menggunakan bahasa Siam.

Masyarakat Siam di negara ini, kebanyakannya mendiami di lima negeri itu bukanlah ramai, malah lebih sesuai dikatakan minoriti terkecil dengan keseluruhan tidak sampai 60,000 orang. Namun, mereka mempunyai sejarah tersendiri yang menjadikan mereka unik untuk didekati terutama apabila dikaitkan sebagai antara penduduk awal di sini.

Sejarah persempadanan negara membabitkan Tanah Melayu dan Thailand juga membuktikan bahawa masyarakat Siam di sini bukan pendatang. Ini kerana, sebelum 1909 lagi, masyarakat Siam sudah ada di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Persempadanan akibat Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, membolehkan semua negeri itu menjadi milik Tanah Melayu.

Ia menguatkan dakwaan masyarakat Siam di Kedah bahawa mereka bukan pendatang tetapi sudah sekian lama berada di negeri itu yang sebelumnya berada di bawah takluk Kerajaan Siam.

Sebenarnya, ada beberapa versi mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini tetapi versi paling relevan ialah mengaitkan mereka dengan penduduk Siam di selatan Thailand. Ini dibuktikan dengan kebanyakan penempatan masyarakat itu berada di kawasan berhampiran sempadan Malaysia - Thailand seperti di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di Kota Star, Kedah.

Apapun, menurut penduduk Siam yang ditemui di Kampung Kubang Chenok, Kubang Pasu, Kedah, kemasukan masyarakat Siam ke Kedah sudah berlaku sebelum negeri itu diserahkan kepada Tanah Melayu, malah mungkin lebih lama, iaitu sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah berdasarkan penggunaan nama Phra Ong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Kemasukan ke beberapa negeri di Tanah Melayu didorong oleh sifat semula jadi masyarakat itu sebagai pemugar (peneroka) yang gemar membuka penempatan baru di kawasan hutan selain mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

Malah, menurut catatan Phraboriharn Thepdhani dalam bukunya, Phongsawadarn Chart Thai yang diterbitkan di Bangkok pada 1953, bangsa Thai sebenarnya berasal dari kawasan pergunungan Altai, Mongolia sebelum berhijrah secara besar-besaran dan penghijrahan itu turut membabitkan kawasan di Tanah Melayu, iaitu di utara Semenanjung Malaysia.

Justeru, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em, 43, tegas mempertahankan kenyataan bahawa orang Siam di Kedah bukan pendatang dari Thailand tetapi bersusur galur dengan keturunan asal dari Mongolia yang turut berpindah sehingga ke beberapa negeri utara Semenanjung Malaysia.

“Kami bukan pendatang. Kami juga tidak ramai saudara mara di Thailand kerana kami memang sudah sedia ada di sini (Kedah). Rumit sebenarnya untuk mengaitkan kewujudan kami di sini dengan sejarah orang Thai tetapi bukti sejarah mencatatkan kami memang anak jati Kedah.

“Malah, dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, ada disebut bahawa orang Siam adalah salah satu daripada komuniti Melayu, sekali gus mengiktiraf orang Siam di sini sebagai anak jati Tanah Melayu. Cuma, kami tak pasti sejauh mana kami turut diiktiraf sebagai Bumiputera meskipun sering kali dikatakan kami sebahagian mereka,” katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China(KALAU DAH RUJUK SEMUA MAKA TAHULAH DIRI ITU ASALNYA DARI SUKUTHAI DAN BUKANNYA SIAM ISLAM).

Mengupas lanjut mengenai sejarah dan latar belakang mereka, nyata banyak sekali kupasan menjurus kepada keunikan masyarakat minoriti itu. Justeru, kunjungan Berita Harian ke Kubang Chenok untuk mendekati dan melihat sendiri cara hidup serta latar belakang mereka menemui lebih banyak misteri dalam kehidupan mereka.

Sejarah sebagai peneroka jelas mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga kini kerana dikatakan majoriti masyarakat itu masih menjadi petani, dengan sebahagian kecil menceburi bidang profesional tetapi sangat sukar menemui orang Siam yang berjaya dalam bidang perniagaan.

Sejarah sebagai peneroka itu juga jelas dapat dilihat sehingga kini kerana kebanyakan perkampungan orang Siam adalah di sekitar kawasan berhampiran hutan. Kerana itu jugalah, penempatan mereka terperosok di ceruk pedalaman. Sukar untuk mengatakan mereka adalah kumpulan penduduk awal di Kedah tetapi pengaruh masyarakat itu amat kuat di Kedah.

Selain nama kawasan yang menggunakan bahasa Siam, boleh dikatakan ramai juga orang Melayu di Kedah yang mahir berbahasa Siam. Malah, ada juga perkampungan dikategorikan sebagai kampung Melayu Siam kerana keupayaan mereka menggunakan bahasa Siam sepenuhnya dalam perbualan harian.

Merujuk kepada sejarah juga menunjukkan yang pengaruh Hindu - Buddha menguasai kebanyakan negeri di Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam. Justeru, tidak dapat tidak, ia turut mempengaruhi kehidupan orang Siam yang masih kuat mengamalkan kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang sama sekali bukan ajaran Buddha.

Malah, masih banyak bomoh Siam boleh ditemui di semua kampung Siam. Misalnya, di Kubang Chenok saja, ada tiga bomoh yang masih aktif menjalankan aktiviti perubatan mistik dengan kebanyakannya hebat dalam ilmu pengasih.

Berbalik kepada isu Thai atau Siam, ia terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya disokong oleh bukti tersendiri. Ada yang mengatakan Siam adalah sebuah negara manakala Thai adalah bangsa.

Loghat berbeza dengan penduduk Thai

SEBUT saja Kubang Pasu, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai daerah terakhir di Kedah sebelum sampai ke sempadan Thailand iaitu di Bukit Kayu Hitam. Tidak ada laluan lain ke sempadan itu selain melalui Kubang Pasu, sekali gus menjadikannya sebagai antara daerah paling sibuk setiap kali musim cuti.

Apa tidaknya, ketika itulah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan berkunjung ke Selatan Thailand, sama ada sekadar ke Danok atau terus ke Haadyai untuk membeli-belah dan tak kurang juga untuk berhibur. Siapa yang tidak tahu mengenai dua lokasi itu sebagai lokasi hiburan popular orang Malaysia.

Pergi saja ke situ, pasti akan terserempak dengan rakan senegara, sama ada di kedai makan, pusat hiburan atau di jalan raya.

Namun, paling utama ialah dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, pasti tidak ramai yang perasan mereka akan melalui Napoh iaitu satu pekan kecil sebelum Changlun, lebih kurang 15 kilometer dari pintu masuk ke Thailand. Di situlah, antara lokasi paling ramai masyarakat Siam berada iaitu antara Napoh menghala ke Padang Sera.

Malah, di Napoh saja, sudah terasa bahang masyarakat Siam kerana sepanjang perjalanan ke Padang Sera, singgahlah di mana kedai makan atau runcit, jelas bahasa Siam mendominasi perbualan mereka, tak kira sesama orang Siam atau dengan orang Melayu.

Nyata, pengaruh Siam masih kuat menguasai kawasan itu meskipun penyerahan Kedah kepada British dari Kerajaan Siam sudah berlaku hampir 100 tahun dulu.

Napoh ke Padang Sera berjarak 10 kilometer dan di pertengahan jalan itulah letaknya Kampung Kubang Chenok iaitu penempatan masyarakat Siam terbesar di situ. Dikatakan ia tidak seramai masyarakat Siam di Pendang tetapi ada kemungkinan mereka adalah penduduk Siam terawal yang mendirikan perkampungan sejak ratusan tahun dulu.

Ketua Kampungnya, Nuam Din Tiong, 74, turut diangkat sebagai Ketua UMNO Cawangan sekali gus membuktikan masyarakat Siam diterima sebagai satu daripada komuniti Melayu di situ. Malah, difahamkan, di Kedah, mereka dianggap sebagai Bumiputera meskipun tidak menikmati hak Bumiputera seperti orang Melayu.

Sukar sekali membezakan mereka dengan orang Melayu, apatah lagi kebanyakan mereka fasih dan tidak pelat berbahasa Melayu. Pakaian mereka yang sama dengan orang Melayu sekali lagi menambah kerumitan itu. Raut wajah mereka juga tak ubah seperti orang Melayu.

“Orang Siam seperti berada di tengah-tengah antara Cina dan Melayu. Kami boleh tinggal dan makan bersama orang Melayu dan tidak pula ada masalah bercampur dengan orang Cina. Tidak pernah timbul rasa tidak selesa jika kami bercampur dengan sesiapa saja. Malah, kepercayaan kami yang ada dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha memudahkan lagi pergaulan kami dengan sesiapa saja,” cerita Nuam ketika ditemui di rumahnya di Kubang Chenok.

Namun, jika diamati, pertuturan orang Siam di Kedah ada kelainannya dengan orang Siam di Thailand. Mereka ada loghat mereka tersendiri dan kebanyakannya sama dengan orang Melayu yang berbahasa Siam.

Apapun, keunikan masyarakat Siam di Kubang Chenok bukan setakat itu saja kerana banyak lagi berkaitan budaya dan cara hidup untuk diceritakan. Kemesraan dan keramahan mereka juga menunjukkan mereka begitu selesa dengan sesiapa saja.


Oleh Azrul Affandi Sobry



5 comments:




dragsuperstar2011 Januari 12 09:11  
sinar kebenaran dah mula nampak..harap teratai yang layu mekar kembali :-)



islamic neutron2011 Januari 12 15:59  
Siam dan Thailand memang sesangat lah berbeza. Mereka bukan dari rumpun yang sama. Untuk mengatakan Siam sebahagian dariapda Melayu juga amatlah sukar. Cuba kaji dari segi lingustik nya. Tanya orang pakar bdalam bidang ni. Kalau x silap saya, kebanyakan daripada mereka mmg menyatkan bahawa tidak terdapat persamaan lingustik antara Melayu @ Austronesia dengan Siam untuk menjadikan Siam ini sebagai anak jati Melayu. Allahu a'lam



Salmi2011 Januari 12 22:29  
..."katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China." Malang sekali pihak media tempatan masih gemar melabel orang-orang Thai ini sebagai Siam lalu kekeliruan menjadi berterusan.Selalunya pelbagai bangsa dan agama dibenarkan hidup makmur dalam empayar-empayar Islam seperti Andalusia dan Mungal jadi kemungkinana mereka sudah lama berhijrah ke negeri-negeri utara Malaysia sejak zaman Empayar Siam Islam dulu lagi itu ada. Memanglah kami pun memanggil mereka Khun Thai(orang Thai)dalam bahasa Siam. Mereka pula memanggil kami Khun Kheq (orang Islam). Banyak sebenarnya perkataan Melayu dalam bahasa Siam iaitu perkataan-perkataan berasal daripada bahasa polyastronesia.Ini ada dibincangkan dalam SNK. Tetapi sebutannya membuatkan orang-orang tidak fasih bahasa Siam tidak perasan akan persamaan tersebut. Kebenaran semakin menyerlah pada akhir zaman ini kerana panji-panji Islam akan kembali berkibar. InsyaAllah...



dragsuperstar2011 Januari 13 11:35  
kalau di kira dari sudut bahasa maka orang Melayu tak boleh dikatakan wujud sebab dalam buku teks sekolah kita semua berasal dari yunan dan sebagainya.. perubahan bahasa pasti berlaku..masakan orang utara dan selatan berbeza bunyinya..kedah kelantan beza bunyinya.. apa pun apabila mula menimbulkan soalan siam bukan thai sudah cukup untuk membuka minda rakyat agar terus mengkaji.



islamic neutron2011 Januari 13 18:07  
saudara drugsuperstar, Sekarang ni sejarawan tempatan dah menolak teori Melayu dari Yunan sebab Melayu dah kerajaan sendiri dan kerajaan terawal yang dikesan ialah kataha dan srivijaya yang menjangkau ribuan tahun sebelum masihi malahan sezaman dengan mesir purba. Jadi teori Yunan tuh dah ditolak. Bab bahasa memang bersifat dinamik sebab boleh berubah-ubah mengikut zaman. tapi kalau negeri tuh, mengikut loghat dan budaya geografi setempat. Siam dan Thailand tuh pula katanya salah 1 daripadanya ialah pendatang. Saya x pasti la. Sumber : MF, Majalah Millenia

Siapa Srikandi

Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Genealogy Studies.

Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles,sebuah medium internet yang diwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.
(INI ADALAH SEDUTAN DARI BLOG 'SRIKANDI')
Assalamualaikum para pembaca saya dan peminat saya...

Salam 1Malaysia....(sahut seruan kerajaan)

Kali ini Cik Seri nak ulas sedikit satu "blog sahabat".Nak ulas blog ni pun 2-3 kali minta kebenaran M.O.Sebabnya ini 'blog sahabat'.Tetapi Cik Seri dah jelaskan pada M.O bahawa 'blog sahabat' ini semakin lama semakin keliru dan mencapai tahap Siam Anai-anai (Tahniah diucapkan kerana berjaya menulis sama seperti Megat Siam).Penulisnya,Encik Asree telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penulis hikayat Siam Ayutthaya.Sekali lagi tahniah diucapkan.

Sebelum itu Cik Seri nak minta maaf sebab...macam biasalah,agak pedih sikit.Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya :D Artikel ini bukan tuju khusus pada kaum tersebut.Sebenarnya pada penulisnya.Boleh faham ya?

Ini dia artikel yang saya akan ulas sebentar lagi:

http://tausug-global.blogspot.com/2010/10/sejarah-sulug-mengapa-tausug-enggan.html


Ok,bersiap sedia semua,cikgu Srikandi nak bagi 'lecture'. ;)

Selama ini kita pernah dengar istilah 'penyalahgunaan dadah' kan?Sekarang ni cikgu nak ajar satu lagi istilah baru iaitu 'penyalahgunaan fakta sejarah'.Apa ke bende tu?Ok,dengar.

Sepertimana teknik penulisan Anai-anai dan Megat Siam,Encik Asree juga menggunakan teknik yang sama untuk menuntut seluruh dunia di bawah telapak kaki kaum Tausug.Antara teknik yang digunakan.


1-Tidak mahu dikaitkan dengan Melayu.

2-Merendah-rendahkan bangsa Melayu (ini wajib)

3-Mengatakan Melayu ciptaan penjajah

3-Menuntut bukan sahaja mendakwa kaum-kaum Austronesia sebagai berasal dari kaum sendiri malahan kaum-kaum di luar rumpun sebagai contoh,bangsa Sumeria,Bani Israel dan sebagainya.

4-Menafsirkan nama-nama tempat,nama kaum di dunia berdasarkan bahasa kaum sendiri (teknik Siam Nai)

5-Meleret-leret menuliskan hikayat dongeng kaum sendiri

6-Menuntut Sriwijaya,empayar maritim teragung Asia Tenggara (ini wajib)

7-Mempergunakan agama untuk mencapai motif sendiri.

Bonus:

8-MENYALAHGUNAKAN FAKTA SEJARAH (a.k.a puterbelit kajian saya)


Ok,kita lihat petikan pertama.


"...tetapi setelah mengetahui Tausug (Bangsa sendiri) tidak mahu menerima penggelaran Melayu keatas diri mereka atas alasan "Bangsa mereka lebih tua dari bangsa Melayu" menyebabkan kita tertunduk dan serba salah. Perasaan begitu bercampur baur, tidak percaya, sakit hati dan kecewa, kerana menurut penulis bagaimana Tausug mengetahui sejarah mereka lebih awal dari bangsa lain sedangkan mereka sejak sekian lama tertinggal dari segala segi berbanding Malaysia yang kaya raya, berkemajuan serta mempunyai banyak Universiti yang melahirkan ramai bijak pandai. Di Sulu apa yang ada?"


Jawab:

Tiada masalah.Tidak mahu mengaku itu hak anda...tak paksa pun.,so let's get out from here.Tidak mahu mengaku tetapi yang peliknya mengaku sejarah hakmilik bangsa Melayu sebagai sejarah mutlak kaum sendiri.Sriwijaya,contohnya mahu dirompak dari bangsa Melayu.Namun yang peliknya hanya hikayat Naruto yang mampu dipersembahkan.Tiada bukti prasasti dalam bahasa Tausug yang menceritakan kemegahan Sriwijaya.Bahasa campur-campur Tausug-Sanskrit pun jadilah...tapi malangnya tiada..tiada...dan tiada...samalah macam Siam Nai,tiada manuskrip dan prasasti ditulis dalam bahasa Siam Kedah.Manuskrip yang dibangga-banggakan Siam Nai ialah Undang-Undang Kedah,yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik!

Sejarah Tausug lebih awal daripada bangsa lain.Macam mana itu?Cuba jelaskan.Opppss...tolong jangan salahguna hasil kajian saya.Legenda Perahu dan Hati itu bukan sekadar nama 'Perahu' dan 'Hati' sahaja.Charles Jones siap paparkan perbandingan bahasa Mesir Purba dengan Bahasa Melayu!Di ulang...bahasa Melayu.Bukan bahasa Tausug atau Taguimaha  :D

Sulu apa ada?Memang tiada apa-apa sebab sejarah mereka menumpang sejarah Melayu.Orang Melayu walaupun kerajaan-kerajaan mereka hilang,sifat interaksi antarabangsa mereka tidak pernah luput sejak dari zaman Mesir Purba sampai sekarang.Jadi orang luar lebih selesa berurusan dengan orang Melayu dan bawa banyak perubahan ekonomi dan kemajuan berbanding orang Sulu yang agak ganas penampilannya pada orang luar.Jadi mereka lebih tertutup berbanding orang Melayu.INI MENUNJUKKAN PENGALAMAN BERINTERAKSI DENGAN ORANG LUAR ADALAH MILIK EKSKLUSIF ORANG MELAYU.Jadi sebab itu di Sulu tiada apa-apa.Perdagangan antarabangsa memajukan negeri-negeri Melayu.Orang Tausug dari Basilan contohnya hanya mendarat di pantai Sabah dan hanya berniaga dengan penduduk tempatan.Tidak pernah pula orang Arab atau Parsi membuat catatan tentang orang Tausug.

Kita lihat lagi:

"Di Indanan terdapat satu kawasan kampung yang dinamakan "Likup Adam" yang bermaksud "tempat Allah SWT mengambil tanah untuk mencipta Nabi Adam a.s.". Likup Adam terletak dalam Daerah Indanan, apakah maksud Indanan? Ia bermaksud "Land Mark" atau satu tempat peringatan yang akan diingati sampai bila-bila"

Wah,ini skil baru.Penyalahgunaan agama tahap 'Supersaiya' melebihi kemampuan Ustaz Megat Siam. 

"Tanah Sug (Sulug) ini sangat berkat sehingga sesiapa sahaja manusia yang tinggal di sini mereka akan turut jadi hebat. Tanah empayar Tausug telah berjaya dirampas di tempat lain di seluruh Nusantara tetapi tidak bagi Jolo ini. Orang tua-tua kita mengkhabarkan bahawa sebelum manusia dicipta oleh Maha Pencipta, Nabi Junjungan kita Rasulullah SAW pernah diturunkan di bumi Sug ini ketika Baginda SAW masih sebagai Nur Muhammad lagi. Di sinilah bermulanya tamadun dunia dan bangsa-bangsa manusia bermula". Ujar salah seorang Syarif Tausug UTC di Seri Kembangan kepada penulis baru-baru ini.

Wah,kalau macam ini saya mahu tambah perisa nyam...nyam...semua nabi-nabi lahir di bumi Sug.Nabi Adam turun di bumi Sug.Nabi Muhammad lahir di bumi Sug kemudian dihantar ke Mekah.Kan hebat tu?

:D

Tanah semenanjung,Sabah dan Sarawak taklah seberkat mana tapi di sini semua kaum dapat hidup aman damai.Orang Melayu pun beraja dan bersultan,tak payah mengemis-ngemis sana-sini minta naikkan takhta Sultan yang diruntuhkan Amerika (Sultan Sulu terakhir mansuhkan takhta sendiri akibat hasutan Amerika).Banyak kemajuan,universiti pun banyak.Sampai ramai PATI Tausug mengemis sesuap nasi di Sabah.Itu yang orang Sabah marah amat tu.Sesuka hati masuk Sabah.Yang buat IC palsu bagi kat kawan-kawan dan saudara mara orang Tausug juga. (jangan marah ya,ini orang Sabah yang beritahu)

Kita petik lagi...jangan tak petik:

"Kepulauan Melayu? Yang mana satu? Siapa yang bertanggungjawab menggelar kepulauan Asia Tenggara ini dengan Kepulauan Melayu? Sebenarnya yang bertanggungjawab menggelar kepulauan Asia Tenggara ini Kepulauan Melayu dan dihuni oleh Rumpun Melayu ialah Alfred Russel Wallace (8 Januari 1823 - 7 November 1913) seorang Naturalis (Athies) Freemason Eropah yang handal mengolah sejarah Nusantara dengan teori-teori Athiesnya. Hasil kajian dan teori beliaulah yang akhirnya digunakan oleh Resident-resident British sehingga pasca-Kemerdekaan Malaya (31 Ogos 1957) yang silibus sejarahnya digunakan oleh umat Melayu Malaysia hingga ke hari ini. Daripada beliaulah Charles Darwin mengambil ilmu "Kedurjanaan" yang mengatakan Manusia berasal dari beruk @ monyet"

Ulasan:

Ini teknik lapuk sukukaum yang tak puas hati dengan bangsa Melayu.Tak tahu sebab apa benci dengan bangsa Melayu.Sebab Allah YAng Maha Pemurah beri macam-macam nikmat pada bangsa Melayu,tak seperti orang Tausug yang tersepit antara Filipina dan Malaysia.Tiada daulat,tiada Sultan (mereka masih berbalah tentang kesultanan).Mungkin.Maka datanglah idea ini.Idea yang sama diutarakan oleh Siam Nai.Mengatakan nama-nama yang ada perkataan Melayu itu ciptaan penjajah.SEBENARNYA,NAMA KEPULAUAN MELAYU DINAMAKAN SEMPENA BANGSA MELAYU SEBAB BANGSA INI YANG ADA AUTORITI KE ATAS PULAU-PULAU.

Ok,mari kita lihat taburan geografi antara orang Melayu dan Tausug.Orang Melayu dapat dilihat hampir dikesemua pesisir pantai dan pulau-pulau Asia Tenggara.Di Sumatera ada Melayu,di Pulau Jawa pun ada (belah-belah Sunda),di Borneo pun ada (ada kesultanan sendiri,kesultanan Brunei),di Sulawesi pun ada (Raja Hassanuddin lebih Melayu dari sesetengah orang Melayu).Di tanah besar Asia (Indochina dan semenanjung) pun ada Melayu!!Orang Tausug?

Orang Tausug hanya berlegar-legar di selatan Filipina dan utara Sabah sahaja....sedih kan?

Inikah dia asal-usul bangsa Sumeria dan Bani Israel?Memalukan.

Sebab itu kepulauan Asia Tenggara dikenal sebagai 'Malay Archipelago'.Mari kita lihat dialog antara orang Tausug dan orang Inggeris:

T:Apa pasal you tak mau panggil ini pulau-pulau jadi Kepulauan Tausug?Kami Tausug bangsa paling agung dalam bumi.Bani Israel pun asal dari kami tau.

I:Apa hal pulak?Ini Kepulauan Melayu.Kami tak kenal Tausug-tausug ni,nama yang pelik.Tiada dalam catatan pengembara kami.Dalam kitab-kitab kuno pun tiada.

T:Hei!Apa pasal Melayu pula dapat nama?Ini bangsa hina!Sama macam Bajau.Duduk atas laut sahaja.Kami bangsa Tausug penguasa laut dan darat!

I:You apa masalah?Orang Melayu di mana-mana tempat di pulau-pulau ada.Orang you hanya di Sulu sahaja.Orang Melayu berdagang dengan semua bangsa.Orang Tausug berdagang dengan Dayak Sabah sahaja.Orang Bugis dan Makasar pun lebih 'international' berbanding Tausug tau.

T:Kurang ajar.You tau tak,Buddha,Hindu semua asal dari ajaran Tausug.Nur Nabi orang Islam pun lahir di Jolo.Sekarang kami buat kajian sama Jesus pun akan bangkit di Jolo.

I:You cakap apa ni?You sakit ka?


Ok,rileks...kita sambung lagi:

"Menurut Neldy Jolo, Wallace hanya berjaya melawat Kepulauan Indonesia dan Malaysia seperti hari ini tetapi gagal memasuki Kepulauan Sulu. Beliau telah berusaha untuk masuk ke Kepulauan Sulu tetapi gagal kerana tiada satu pun kapal Eropah yang boleh melalui Laut Sulu ketika itu keculi dikejar oleh tentera Laut Sulu dari Kaum Dayak Laut Iranun dan Orang Laut Balangingi serta Pelaut Bugis. Kapal Eropah yang tidak dikenali biasanya akan dirompak sebelum ditenggelamkan di Laut Sulu atau Laut SELEBES (nama asalnya Sulu East Sea). Kegagalan Wallace masuk ke Sulu untuk mengkaji Tausug menyebabkan Tausug hilang dalam kajian-kajian Barat, untungnya "Melayu" telah mendapat ANUGERAH sebagai Bangsa Tunggal empunyai Asia Tenggara sehingga ke hari ini berdasarkan journal saintifik Wallace"

ulasan:

Itula pasal.Sikap terlampau hulu sangat.Tau takpe.Perangai kaum sendiri macam teroris.Orang luar nak melawat.Tak semestinya nak gaduh.Walhasil jadila Tausug,kaum yang duduk bawah tempurung.Bila orang Melayu dapat autoriti nama di Asia Tenggara...mak aii...marah pulak.

:DD

Cuba contohi Orang Melayu yang ramah.Memanglah kena jajah juga akhirnya,tapi hari ini orang Melayu dapat negara,Sultan pun ada lagi malah boleh kongsi kekayaan dengan kaum-kaum Nusantara lain.Tausug?Tak ketahuan punca.Masalah dengan Filipina.Malaysia pun tidak ambil tahu pasal dia.Keras kepala.Akhirnya tiada siapa peduli.Tiada siapa nak berdagang dengan dia.Bila takde makanan,datanglah teroleng-oleng naik sampan pergi harap simpati dengan orang Sabah.Miskin ke orang Tausug?Eh...taklah...kaya-raya.Dengar khabar jika duit sejuta ringgit (atau dolar) dari perbendaharaan Sultan Tausug diberi setiap manusia dimuka bumi ini,makanya ada lagi lebihan dalam perbendaharaan.Tak abis.Fuyoooo!Kayanya dia.Tapi mana dia emas Sulu?

Owh...dirampas Filipina.Kesiann....itu yang harap simpati Malaysia dan Sabah itu.

Nama asal Selebes ialah Sulu East Sea.Hai...asalkan ada perkataan Sulu,bahasa Inggeris pun dimanipulasikan.Selebes berasal dari kata Bugis,'Selis' dan 'Bessi' maksudnya 'keris besi' bukan 'Sulu East Sea'!Marah Pak Daeng nanti!

;>


Lihat lagi:

"Mengapa bangsa Arab lebih mengenali Bani Jawi? Sebenarnya nama bangsa "Jawa" lebih tua berbanding nama bangsa Melayu sendiri. Bangsa Arab bukan baru kenal nama JAWA yang pada lidah mereka disebut JAWI ini kerana menurut pandangan beberapa Ulama' seperti Ibnu Athir telah menamakan bahawa bangsa dari Timur (Bani Jawi) kemungkinan besar adalah anak-anak Nabi Ibrahim a.s. dari isterinya yang ketiga bernama Qatura @ Katurah. Sebagaimana yang disebut oleh Bible Perjanjian Lama ,

King James Bible
"But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country". Genesis 25:6.

Bahasa dalam versi Amerika lebih menarik,

New American Standard Bible (©1995)
"But to the sons of his concubines, Abraham gave gifts while he was still living, and sent them away from his son Isaac eastward, to the land of the east".

Maka dikatakan berkembang biaklah anak-anak Ibrahim a.s. di negeri sebelah Timur membawa ajaran Ibrahim a.s. yang hari ini Bani Jawi namakannya Ugama Hindu, jangan hairan orang-orang Bali masih mengamalkan Hindu-Monotisme hingga hari ini sebagai bukti peninggalan ajaran purba dari Ibrahim a.s. Sebab itu bangsa dari Timur (Asia Tenggara) ini dinamakan oleh bangsa Arab sebagai Bani Jawi bermaksud Bangsa Jawa yakni anak-anak Nabi Ibrahim a.s.

Nama "Melayu" begitu asing bagi bangsa Arab sehingga menyebutnya pun susah pada lidah mereka sebab itu Malaysia pun disebut Malezi. Ia membuktikan nama Jawa lebih purba berbanding Melayu"

Ulasan:

Nama Tausug,lagilah pak Arab tak kenal.Meh...saya beritahu sejarah dia.Orang Arab dahulu kala panggil orang Melayu berdasarkan nama kerajaannya.Orang Arab tahu pasal Melayu mula-mula bukan terus dari Melayu,TETAPI DARI PEDAGANG INDIA.Orang India panggil orang Melayu 'Jawaka'.Jawaka ini nama kerajaan kuno di Indochina.Jawaka ini terletak di sempadan selatan China atau di Annam dan ke bawah Kemboja.Ini adalah pra-Champa pada zaman purba.Chandrabanu dari kerajaan Sri Dharmaraja adalah raja Melayu.Tetapi kitab berbahasa Pali kuno di Sri Lanka menggelarnya 'Raja Jawaka'.Beliau bukan orang Jawa atau berasal dari Pulau Jawa.Beliau Melayu Segenting Kra.Ketika orang Sri Lanka panggil orang Melayu 'Jawaka',orang China panggil Melayu,'Mo-lo-yue' atau 'Ma-li-yuer'.Kerajaannya di gelar 'Kunlun'.Kadangkala digelar orang Kunlun.Orang Arab panggil Zabag.Jawaka ini diperintah oleh raja-raja Sailendra.Ini adalah termasuk Funan.Tetapi Funan sudah campur-campur dengan kaum Chenla (kini dipanggil sebagai Khmer).Kemudian kerabat Sailendra berhijrah ke pulau Jawa.DARI SINI NAMA PULAU ITU DIDAPATI.Dari kerajaan Melayu purba di Indochina yang bernama JAWAKA.

Ini semua ada catatan dia.Contohnya nama Melayu.Lihat catatan I-Tsing (Yi Jing) pada tahun 671 Masehi:

""...landed and stayed six months, gradually learning the Sanskrit grammar. The king gave me some support and sent me to the country of Moloyu ...."

Saya cabar Encik Asree keluarkan dari rekod China,nama 'Tausug' kalau ada,atau 'Jawa' sekurang-kurangnya sekitar tahun 671 Masehi.Ada berani?

Lihat,kata I-Tsing,dia dihantar ke negeri yang bernama 'Moloyu'.Sekarang ni ada negara nama asal dari kata 'Moloyu' ini.Nak bagitahu ke?Malaysia.Malay=Melayu,sia=tanah/wilayah.

Di dalam Mahavamsa,kitab berbahasa Pali di Sri Lanka,ada menyebutkan Chandrabanu,raja Jawaka dari kerajaan Tambralingga.Tambralingga ini adalah negarakota Melayu (Malay city-state) di Segenting Kra.Ada yang kata di Pahang.Tapi saya berpendapat di Segenting Kra ibukotanya.Yang di Pahang adalah wilayah jajahannya.Tak sebut pun Jawaka dari Pulau Sulawesi sebagai contoh,lebih-lebih lagi Sulu.Di Pulau Jawa tiada kerajaan nama Tambralingga.Tambralingga hanya ada di semenanjung sahaja.

Yang petik dari Bible itu semua dari kajian saya.Siapa di Malaysia ini yang ada kajian sampai jauh sampai masuk dalam Injil Taurat.Cik Srikandi la siapa lagi. :D

INI NAMANYA PENYALAHGUNAAN KAJIAN SEJARAH.Orang kaji begini,dia dok putar begitu.Semua kajian orang lain,dia putar jadi hakmilik kaum dia.

Tak susahlah sebut 'Melayu'.Tausug lagi pak Arab tergeliat lidah nak sebut.Sebab itu orang Arab ikut orang Melayu panggil Tausug jadi Sulu.Orang Arab dah terbiasa panggil keturunan Melayu sebagai Bani Jawi dahulu sebab faktor sejarah bukan faktor tergeliat lidah.Macam kita sebut 'orang putih'.Orang Amerika ke,orang Jerman ke,orang Perancis ke...semua 'orang putih'.Macam orang Melayu dulu panggil orang Sepanyol sebagai 'Kastilan'.Sebabnya orang Sepanyol yang datang itu berkata mereka dari negeri Castile.Kerajaan Castile memang ada di Sepanyol.Kenapa tak panggil 'Spain' atau 'Spaniard'.Ini nama sejak zaman Empayar Rom lagi.Adakah kerajaan Castile lebih tua dari empayar Rom?Salah,Kerajaan Castile bermula dari tahun 1025 hingga 1230.Empayar Rom bermula dari tahun 27 Sebelum Masehi!

Adakah Jawa lebih tua dari Melayu?Salah,nama Jawa berasal dari kerajaan Jawaka dibina oleh orang Melayu yang sudah tentu lebih tua dari kerajaannya sendiri.

Pelik juga,apa kaitan perbandingan dengan Jawa?Huh,asalkan nak rendah-rendahkan Melayu,Jawi pun disangka Jawa.Nasib baik orang Arab tak panggil Bani Suk,lagilah melompat Encik Asree.

Petik lagi:

"Kalau Bani Jawi ini berasal dari anak-anak Ibrahim a.s. melalui isteri ketiganya, siapa pula Qatura? Dari mana beliau berasal? Apakah pertuturan yang digunakan oleh Qatura? Untuk merungkai hal ini terlebih dahulu nama "Qatura" itu perlulah dirujuk ke bahasa Sulug"

Yess...bermulalah kaedah pembohongan melalui cara bahasa sukukaum sendiri.Macam Siam Nai.Bayangkan kalau Siam Nai dan Tausug Asree berjaya memerintah dunia.Tak ke haru dibuatnya.Masing-masing dakwa nama-nama tempat dan bangsa di dunia berasal dari bahasa kaum sendiri. :D

Siam Nai:Melayu maksudnya "Mari duduk sini dan berniaga"

Tausug Asree:Salah!Melayu maksudnya 'Berjauh'

Siam Nai:Hei!Hang jangan buat lecehhh...cuba perkataan 'Melaka' pulak.Melaka maksudnya 'Mari niaga sini'

Tausug Asree:Salah lagi.Melaka maksudnya cantik dan menawan.

Siam Nai:Kepala hotak hang!

(Adegan seterusnya mengandungi unsur-unsur 18SGG)


Petikan dari tajuk kecil 'Siapakah Nabi Ibrahim?

"Hal ini akan berlanjutan sekiranya anda bertanya pula apakah sebenarnya bahasa pertuturan Ibrahim a.s.? Sudah tentulah bahasa Hebrew yang ditutur oleh Eber bin Shelah bin Cainan bin Arphaxad bin Shem bin Noh Alaihissalam. Dari catatan yang lepas pada tajuk "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines" penulis telah membuktikan Nabi Noh a.s. berasal dari Kepulauan Sulu serta menutur bahasa Sulug Purba yang kemudian bani Israel menamakannya Bahasa Hebrew"

Wow,hebat...bahasa Sulug kemudian dinamakan oleh Bani Israel sebagai bahasa Hebrew.Betul-betul berani,lebih berani dari Ustaz Megat Cadbury.Penulis begitu berangan-angan mahu naikkan kaum sendiri yang tercicir dalam sejarah antarabangsa.Sehingga sampai merapu meraban macam ini.Kesian.Jika Bani Israel datang melawat kaum Tausug ketika itu,mungkin mereka tidak bertemu apa-apa,kalau bertemu manusia pun di Jolo,mungkin mereka bertemu orang hutan yang bercawat dan melukis lukisan di gua.Tetapi bahasa Semitik seperti Ibrani Kuno memang dikaji oleh Charles Jones ada hubungan dengan bahasa Melayu.Bahasa Austronesian yang punya hubungat rapat dengan 'ancient Hebrew' adalah TAGALOG yang menggunakan tulisan Kawi yang berasal dari kerajaan-kerajaan kuno Melayu dan Jawa.Bahasa Tausug tidak sama dengan Tagalog.Tagalog lebih dirujuk dekat dengan bahasa Melayu,Jawa dan Hawai.BUKAN TAUSUG YANG MERUPAKAN BAHASA SUKUKAUM YANG MEMINJAM PERKATAAN DARI KAUM-KAUM AUSTRONESIA YANG LEBIH MAJU DISEKELILINGNYA.Ingat,di Filipina banyak sukukaum.Tausug hanyalah sebahagian dari sukukaum Filipina.Sukukaum lain ialah seperti Ati,Kapampangan,Bicolano,Pangasinan,Banguingui dan sebagainya.Ada yang mengaku sukukaum mereka berasal dari keturunan Melayu,seperti kaum Ati.Namun semua kaum-kaum di Filipina mengaku berkongsi sejarah bangsa dengan Melayu pada zaman purba terutama era Sriwijaya.Malangnya,Tausug yang kononnya 'Visaya Muslim' bencikan nama 'Melayu' itu.Padahal orang Visaya dicatatkan berasal dari 'Sriwijaya',empayar maritim Melayu pada masa dahulu,dan sejarahwan Filipina mengakui sejarah Filipina memang ada kaitan dengan Bangsa Melayu.

Maklumlah,orang Tausug dari kaum Sumeria kat Iraq nun.

:D

"Hal ini penting diberi pendedahan dan penegasan bahawa Tausug Jolo tidak bercakap kosong ketika mendakwa "Tausug adalah permulaan kepada semua bangsa di dunia" kerana Nabi Adam a.s. jasadnya bermula di Indanan, Jolo, Sulu. Ia sama dengan dakwaan Tausug bahawa Bangsa Arab adalah Sulug dan kata Islam (Salam) berasal dari lidah Sulug"

Hebat,manusia berasal dari Tausug.Makanya tidak syak lagi nabi Adam a.s berbangsa Tausug.

Nak tahu siapa mulakan Kesultanan Sulu?

Sultan Sayyid Abu Bakr Abirin yang berasal dari keturunan Melayu-Arab di Johor yang berlayar ke Sulu!

Dari Encik Asree:

"Dari manakah istilah Buddha dan Hindu muncul? Adakah ia terbit dari bahasa Jawa? Batak? Aceh? Ia sebenarnya berasal dari bahasa Sulug purba yang masih ditutur oleh Tausug di kepulauan Sulu hari ini.

    * BUDDHA @ Budd-Ha, maksud Budd @ Bud dalam bahasa Sulug ialah gunung @ bukit yang tinggi, manakala Ha pula bermaksud merujuk kepada tempat atau arah. Maka Buddha bermaksud "Di gunung" (Bud-ha atau Ha-bud). Sebab itu hingga hari ini sami-sami Buddha berusaha mencari gunung-ganang untuk membina kuil Buddha mereka di sana.

Ia sama dengan sebutan Sulug pada orang yang tinggal di kawasan pergunungan Jolo yang mereka panggil Budhanun. Kemudian kalau disebut secara laju atau cepat akan menjadi Buranun ("D" menjadi "R" sebagaimana kebiasaan lidah Sulug). Ia sama dengan sebutan nama asal negara Myanmar yang dipanggil BURMA yang sebenarnya terbit dari sebutan Sulug iaitu Budma (Ma, adalah kata sifat - Ma-taas, Ma-laggu', Ma-hamut, Ma-layu' dll), maka Budma bermaksud "gunung yang tinggi".

Encik Asree semakin dirasuk jin Siam:

"Pengasas ajaran Buddha sebenarnya dapat ilham atau wahyu setelah beliau bertapa di atas sebuah bukit. Pendapat bahawa nama Buddha diambil dari nama pokok Bo tempat beliau bertapa sebenarnya hanya sekadar tekaan dan andaian. Sama dengan tekaan "Nama negeri Melaka berasal dari pokok Melaka" walhal nama Malaka berasal dari kata Sulug yang bermaksud cantik dan menawan.

    * HINDU, maksud dalam bahasa Sulug ialah "Ajar", contoh ayat "In ilmu hindu' sin kaguruhan taniyu ayaw lupahun" (Ilmu yang diajar oleh guru-guru kita jangan dilupa). HINDUAN bermaksud ajaran.

Sebab itu pengikut nabi Ibrahim a.s. serta keturunannya yang datang ke kepulauan Sulu telah melalui India yang terdiri dari anak-anak Qatura lalu mengajarkan Hindu (Ajaran) Nabi Allah Ibrahim a.s. kepada bangsa India. Ahlul bait Nabi Ibrahim a.s. ialah yang dikenali sebagai BRAHMIN (bermaksud anak-anak Ibrahim) yang mempunyai kedudukan kasta tinggi dan khusus dalam kebudayaan Hindu India"

Komen:

Tak tahu nak komen apa.INILAH HIKAYAT NARUTO paling mendebarkan selepas Megat Siam.Semua perkataan dalam dunia di'Tausug'kan.Nak ketawa,dah abis ketawa.Akhirnya saya insaf,betapa gigih usaha Encik Asree mahu menaikkan kaum Tausug yang ketinggalan dengan pelbagai cara TERMASUK MENYALAHGUNAKAN HASIL KAJIAN SAYA.
Tetapi yang paling saya hairan ialah,usaha menaikkan kaum-kaum yang terpinggir mesti menghina-hina dan merendah-rendahkan orang Melayu.Ini yang saya kesan pada penulisan Siam Nai.Ini membawa bukti bahawa,kaum-kaum terpinggir ini mesti 'melepasi' satu tahap yang amat sukar digugat untuk 'established' kehebatan kaum sendiri.Apa tahap itu?

KEAGUNGAN SEJARAH BANGSA MELAYU.

Kaum-kaum terpinggir ini selama ini hidup di bawah bayang-bayang sejarah bangsa Melayu.Jadi untuk jadi nampak hebat,MESTI NYAHKAN DULU KEAGUNGAN BANGSA MELAYU.Pijak sampai serendah-rendahnya.Pelikkan?Kenapa tak pijak orang Bugis ke?Orang Jawa ke?Orang Banjar ke?Orang Siam ke?

Nak pijak Melayu jugak,pasal nak naik atas.

SEBABNYA TAUSUG INI BERGAYUT DI TAPAK KAKI SEJARAH BANGSA MELAYU.Bukan sejarah Siam ke,sejarah Bugis ke,sejarah Jawa ke.Bukan...bukan...dan bukan....!

Anda nampak pencerahan?

Lihat perenggan terakhir:

PENUTUP

Bangsa Melayu dan asal usulnya sudah pun penulis jelaskan dalam posting yang lepas dalam tajuk "Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines". Bila membaca artikel penulis berkenaan Bangsa Melayu anda akan berasakan betapa bangsa Melayu sebenarnya bukannya tinggal di darat tetapi di laut terapung bersama lepa-lepa mereka. Yang tinggal di darat ialah bangsa pelayar yang menguasai lautan dan daratan. Bila di darat mereka menguasai semua jenis bentuk muka bumi, bila di laut mereka akan menguasai Orang Laut serta hasil maksul lautan yang kaya tidak akan habis itu. Membuktikan kebenaran tulisan Al-Mas'udi, catatan dinding Mesir Purba, catatan China, catatan Sumeria serta catatan Eropah berkenaan Sulug @ Tausug sebagai penguasa laut dan penguasa daratan hinggakan Vick Hurley menggelar bangsa ini sebagai Bangsa Pejuang Amfibia.

Buat bangsa Melayu, janganlah marah atau rendah diri kalau terbaca catatan ini. Tiada bangsa rendah di dalam dunia ini kerana Allah swt telah pun menjadikan semuanya mulia dan sempurna. Buat bangsa Sulug @ Tausug, janganlah anda mendabik dada keterlaluan tanpa memikirkan keadilan dan kasih sayang sesama manusia. Anda Tausug hanya diberikan tugas atau amanat untuk memikul segala tanggungjawab "menyelamatkan ummah" kerana sejak dahulu kala anda telah terkenal dengan Bangsa Penyelamat. Bangsa Melayu adalah diri anda sendiri, demikian Jawa, Batak, Aceh malah bangsa Eropah Arab, Bani Israel dan siapa sahaja, mereka semuanya adalah "Bangsa Anda".



Ulasan:

Bangsa Melayu tidak tinggal di darat?Agak-agaklah mahu hina bangsa Melayu.Istana Melaka bina atas laut kah?Borobudur bina atas lautkah?Bina macam Masjid Terapung Terengganu?Kalau macam itu makna memang hebatlah orang Melayu.Tak cukup bina kerajaan di darat,boleh bina istana atas laut.Tengok di Sulu apa ada?Encik Asree pun hairan.

Di Kedah sekarang jadi perhatian dunia arkeologi dunia.Tamadun tertua Asia Tenggara ada di Sungai Batu,Kedah bukan di Jolo.Kalau nabi Adam a.s nak turun pun,mungkin di Kedah.Di merata Asia Tenggara,terdapat prasasti,batu bersurat dalam bahasa Melayu Kuno.MANA PRASASTI DALAM BAHASA TAUSUG?TUNJUKKAN PADA SAYA KALAU ADA.Sekurang-kurangnya zaman Melayu Klasik macam Batu Bersurat Terengganu.

Yang ada,cerita lisan...cerita lisan...sama la macam Siam Nai.Siam Nai lagi canggih istilah dia:'wasiat' dan 'watikah' (kedat).

Sepatah hikayat bertulis pun tarak.Orang Bugis oklah juga ada La Galigo.Tausug?

"Membuktikan kebenaran tulisan Al-Mas'udi, catatan dinding Mesir Purba, catatan China, catatan Sumeria serta catatan Eropah berkenaan Sulug @ Tausug sebagai penguasa laut dan penguasa daratan hinggakan Vick Hurley menggelar bangsa ini sebagai Bangsa Pejuang Amfibia"

Ini semua hasil kajian saya.Kajian saya yang diputar 360 darjah untuk hina balik bangsa Melayu.Betul-betul tak bertamadun.

Bangsa penyelamat?Maaflah orang Tausug,nak marah marahlah pada Encik Asree.Kerajaan Sriwijaya menguasai Laut Sulu selepas bertempur dengan lanun di Sulu yang mengganas.Hasilnya Empayar Sriwijaya menguasai Kepulauan Filipina.Bukti?Laguna Copperplate.Surat hutang oleh pemerintah tempatan menggunakan bahasa Melayu Kuno,Tagalog dan Jawa.Bahasa Tausug?Tiada dalam carta.Kerajaan-kerajaan agung Asia Tenggara tidak berselera nak ukir watikah pada batu atau tembaga dalam bahasa Tausug sebab ini bahasa Amfibia.

^-^
 @


Salahlah kata bangsa penyelamat.Emas sendiri pun kena curi oleh penjajah.Negara Tausug tiada dalam peta dunia.Tapi BANGSA MELAYU BENAR-BENAR PENYELAMAT KEPADA SEMUA KAUM-KAUM AUSTRONESIA MALAHAN PELINDUNG AGAMA ISLAM.

Orang Melayu berjaya pertahankan tanahair dan kedaulatan Islam.Hasilnya kaum-kaum Austronesia lebih selesa berpayung di bawah 'MELAYU'.BARU JELAS BANGSA PENYELAMAT.Ini bangsa Tausug yang kononnya Nabi Adam pun berasal darinya,nampak kabur sejarahnya hingga diperkotak-katikkan oleh Sepanyol,Amerika dan Inggeris.Tiada bernegara,tiada bersultan.Yang peliknya,jiran mereka Kesultanan Brunei masih wujud dan tetap gagah perkasa menjalan konsep 'Melayu Islam Beraja'.

:DDD


Okla,yang terasa itu maaflah,ini fakta.Saya pendamkan setahun sebab malas nak layan semua ini.Tapi banyak permintaan peminat.Terpaksa tulis juga.Lagipun Encik Asree semakin merapu,lebih kerasukan dari Megat Siam,jadi saya tolong pulihkan balik ingatannya.Supaya berpijak dibumi yang nyata.

Sebagai bonus ini link dari blog IbnuRusydi tentang kemelut takhta Kesultanan Sulu.

Baca sekali komen-komennya.Menarik.

http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/10/siapa-sultan-sulu-yang-sebenarnya.html

http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/10/siapa-sultan-sulu-yang-sebenar-bahagian.html











~Srikandi
(Maulisriwijayawangsa)

Thursday, December 16, 2010


Srikandi berceloteh....what's up?

Ini adalah  Masjid  Sultan Siam  Merong Mahawangsa di wilayah Prambanan yang kemudiannya dijadikan kuil Hindu oleh British,dengan menambahkan patung Hindu ke dalamnya.Dahulu di sini masyarakat Prambanan menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya beramai-ramai sambil mendengar khutbah dari ulama-ulama seluruh Benua Siam-sumber Kedah Cyber Saiburi.




Srikandi berceloteh....what's up?





Yeah!Saya kembali lagi....lamanya saya beraya kan? :D

OK,sekarang Srikandi nak berceloteh pasal...ermm...pasal kedat.Apa bendanya kedat tu?Kedat ni maknanya surat watikah.Watikah apa?Watikah untuk lantik raja-raja semua dari satu keturunan.Keturunan lain tak boleh.Tak mulia.Keturunan lain keturunan lanun-lanun darat dan penyamun takhta.Ini satu keturunan sahaja yang boleh jawat Khalifah Besar satu dunia.Orang Arab dengan Turki pun tak boleh jawat jawatan khalifah ini.

Anda nak tahu satu trivia?Khalifah Turki Usthmaniyyah itu sebenarnya tiada.Khalifah Turki itu sebenarnya raja daerah kepada Sultan Siam.Saya tak tahulah macam mana kaedahnya.Mungkin raja Turki kena dok mengadap tetiap tahun kepada Sultan Siam pi bayaq ufti :DDD

Ok,kali ni Srikandi nak hiburkan anda semua.Maaflah Srikandi lama sangat tak update blog.Sebab nak siapkan ATBM 3.5 kat MF.Jadi Srikandi nak hiburkan anda semua sebab ada yang marah Srikandi sebab biarkan blog RiwayatMelayu berhabuk.Haaa...ingat sejarah tak boleh menghiburkan?Terhibur beb... :DDD ;DDD   Terhiburla kalau anda faham,yang tak faham terkulat-kulatlah.Dah faham sekarang?Jadi yang faham duduk diam-diam,yang tak faham bertanya pada yang faham.Ok,saya tutup kedai.

.....





.....





.....





......




What? :P Ok,okla...Seri gurau aje.Sebenarnya Seri tak tahu nak mula kat mana.Lucu sangat.Nak mula tulis pun rasa nak tahan perut.Ada orang kata "Srikandi jangan layan mereka,beri publisiti percuma saja pada tuntutan mereka".Memanglah Seri taknak beri publisiti pada mereka tetapi kan Seri kata tadi,kita nak berhiburkan?Ok,sekarang badut sarkas sudah siap.Cerita tukang karut pun sudah dapat.Apalagi kita hentam sajalah!(dari dialog filem P. Ramlee).Ok,serius...seriusss.



....




.....





.....




;DDDDDDD Tak tahan gelak siot.Oklah.Srikandi serius.Amende lah Srikandi ni.Main-mainkan?

Nak mula kat mana ni.Alamak lupalah pulak (sambil tahan gelak).Ok...ok...kita mula dengan link ini.Anda baca dulu.Saya tolong promote la,sebab blog diorang tak ada lagi orang Melayu nak peduli dah.Rasa kesian pun ada.Yang komen pun orang yang sama.Ada profil yang dicipta khas ;D  ok,ini link dia:


http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2010/11/one-khalifah-surat-terbuka-ytm-nai-long.html

http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2010/12/one-khalifah-surat-tuntutan-ke-2-ytm.html



Dah baca?Dah faham?Ok,itu sahaja ye.That's all.

:)


Okla...(sudahla tu Seri,fuyula kau ni).Ok serius.Sebenarnya Seri nak bincang tentang banyak perkara-perkara yang tak masuk akal dalam tuntutan ini.Anda tahu,sudah berapa banyak orang tuntut takhta Raja-raja Melayu.Sila namakan.Yup...Raja Nor Jan Shah,'Sultan Melaka'.Ada seorang lagi dekat Perak,tuntut takhta.Dan sebenarnya ada banyak lagi tetapi tenggelam terus.Buat apa nak layan tuntutan mereka semua ini?Buang boreh kata orang nogori.Yang dah ada ni pun kadang-kadang pening jugak kita fikir.Rakyat kena tanggung makan pakai mereka.Yang kawal harga gula,minyak bukan raja.Perdana Menteri.Perdana Menteri yang kena kutuk,kena cemuh,kena puji,kena bodek.Raja terima elaun sahaja tetiap bulan.ITU YANG MEREKA NAK TU.Siapa tak nak makan minum berak cangkung?Jadi kita pertahankan sahaja takhta yang ada sekarang.Yang lain jangan nak mengada-ngada.Lagi-lagi takhta negeri Perak (oh...my lovely home).Sebab Sultan Perak satu-satunya adalah warisan Kesultanan Melaka.Yang lain dah ikut darah Bendahara dan Temenggung.Ada yang dari darah Bugis atau Orang Laut.Dan ini bermakna juga Kesultanan Perak adalah satu-satu warisan SRIWIJAYA YANG MASIH BERDAULAT!Sebab Kesultanan Melaka adalah dari sisa runtuhan Emperium Sriwijaya.

Apa kata kedat?Kedat yang dikarang oleh salah seorang keturunan Sultan Siam Al-Merong Puasa mengandungi perkara-perkara berikut:


1-Menuntut jawatan Yang Dipertuan Agong Malaysia
2-Menuntut jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia
3-Diserahkan negara Malaysia.


What the hell of this?Ini lawak antarabangsa,kawan.Adakah apabila DS Najib bila baca watikah ini maka beliau rasa amat takut dengan ancaman 'Khutbah Wida' dan berkata "Oklah...you ambil Malaysia ini.Agong jangan risau,saya uruskan,sebab kekebalan raja sudah tiada.Ambil je jawatan Agong sekali.Opp..oopp...jangan lupa jawatan Timbalan Agong sekali tu,tercicir pulak.Agak-agaklah,jangan kelam kabut".

:DD

Mereka pergunakan agama untuk tuntut takhta.What the hell of this?Kenapa saya kata begitu?Ok,pertamanya sistem khalifah.Ok,anda kena belajar apa yang dinamakan sistem khalifah.Sistem bagaimana yang dikatakan sistem khalifah.Khalifah dilantik oleh satu suara ramai dari satu institusi yang dinamakan Majlis Syura.Majlis Syura ini hanya dianggotai oleh orang-orang yang benar-benar berwibawa dan faham agama dalam masyarakat.Majlis Syura ini dipilih oleh masyarakat sendiri.Jadi masyarakat akan berbincang untuk tentukan siapa yang layak duduk dalam Majlis Syura.Tiada parti-parti ek.Jadi tiada manipulasi,tiada propaganda,tiada penipuan,tiada janji-janji manis atau rayu undi.Amat senang sistem Islam ini.Apabila Majlis Syura terbentuk,maka siapa-siapa dalam Majlis Syura ini pula akan berbincang dan angkat siapa yang paling layak antara mereka.Tiada team A team B.Bermesyuarat ikut adab yang Rasullullah s.a.w ajarkan.Tidak boleh ada 'inner circle' punya mesyuarat.Tiada mesyuarat kecil-kecil atau tak rasmi.Apa yang diputus mesyuarat itulah dia.Jadi tiadalah tiba-tiba terangkat sang pembunuh atau peliwat negara (sebagai contoh,saya tak maksudkan sesiapa) atau tiba-tiba terangkat perompak rakyat atau perasuah terhormat.Sebab demokrasi bertunjangkan meraih undi.Dan cara meraih undi ikut faham Machiavelli.Matlamat menghalalkan cara.You understand me?

Anda boleh buat apa sahaja asalkan anda naik jadi pemimpin.Buat ceramah sana,buat ceramah sini.Tipu sana tipu sini.Lepas itu buat janji-janji manis.Sebar propaganda.Kempen sana kempen sini.Tetapi sistem Syura tidak.Ia sistem senyap yang praktikal.Yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan naik jadi khalifah.
You see?

Tapi abang Mat dan Cik Kiah sekalian...INI BUKAN SISTEM KHALIFAH YANG DITUNTUT KETURUNAN SULTAN SIAM AL-MERONG,TETAPI SISTEM MONARKI.

Sistem monarki ini pula 'dipaksa'kan ke atas wilayah yang bukan pun milik dia.Anda tahu sistem monarki?Ia sistem raja secara warisan keturunan.Dalam kes ini sudah tentu yang akan jawat jawatan Khalifah Benua Malaysiam adalah keturunan SULTAN SIAM AL-MERONG PUASA.Keturunan lain tak boleh,terutama keturunan Merah Silu,sebab keturunan ini keturunan lanun-lanun perompak takhta Sultan Siam.Bila mereka naik nanti jadi 'ruling house' kat Malaysiam,keturunan raja-raja Perak akan disumbat dalam penjara bawah akta ISA kerana bersubahat dengan Sukuthai (suku kafir) dan Inggeris.

Ustaz Megat Cybertrooper Saiburi tak pernah belajar sistem khalifah ke?Memalukan.Buang boreh aje kita hantar dia belajar kat Jordan.Ini yang kita dapat?Hikayat Naruto dan Supersaiya yang mampu dihidangkan kepada kita?:DDD

Dok pi kutuk Universiti Al Azhar katanya universiti sekular.Ini balik dari Jordan...mak aii...sistem khalifah pun bukan,sistem sekular demokrasi pun bukan...tuuu diaaa....SISTEM MONARKI BERASASKAN KETURUNAN.Sistem Firaun rupanya yang dibawa.Masya Allah.

Oklah...saya berlembut sikit.Nampak kasaq kan?Wahai Ustaz Megat,saya nak tanya dengan ikhlas...ini sistem khalifah ke sistem monarki berasaskan keturunan.Layakkah keturunan Seri kalau ada nanti yang bijak bistari alim ulamak dilantik jadi Khalifah Benua Malaysiam?Keturunan abang Merah Silu macam mana?Layakkah.Bila anak Merah Silu besar nanti contohnya,bolehkan dia hantar application ke jawatan Khalifah?Hantar surat kedat macam yang ustaz Megat buat sekarang?

Lihat petikan ini:

"Dalam artikel ini ana siarkan surat terbuka bertarikh 15 September 2010 tentang tuntutan aset-aset dan tahkta Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman yang berpusat di Kota Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan"

What the hell of this?Kenapa nak tuntut aset-aset dan takhta Sultan Mahmud Syah?Itu raja daerah sahaja.Saya nasihatkan tuntut aset-aset Sultan Syariff Syah Raja Ligor dan Raja Ayutthaya Borommoraja Ekathat.Baru syiok sikit ;DD

Anai-anai tuntut takhta Borommoraja Ekathat,yup...baru ana respek ustaz.Ini ustaz memandai tuntut takhta Melaka apahal?Susah nanti kena fight dengan Raja Nor Jan Shah.Tak ke naya nanti.


Kita petik lagi,jangan tak petik:

"Bandar Baru Pusat Pentadbiran Nagara " Putrajaya " atau nama lamanya Prang Besar menjadi saksi bagaimana Raja Daerah Minangkabau yang memberontak membantu pihak kafir Kristian Belanda merampas Kota Islam Portugis iaitu kota pertahanan tentera upahan Portugis Islam yang bertugas mengawal Selat Melaka dan mempertahankan kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa di negeri (Semenanjung) Melaka ini."
What the hell of this?Raja Daerah Minangkabau memberontak?Oh ya,itu yang orang Siam ni kata Minangkabau maksudnya Minang Derhaka.What the sick of that?Takkanlah orang Minang namakan negeri mereka kat Sumatera tu Minang Derhaka?What the kind of stupid they are?Very funny la ustaz Megat Siam ni.Apa dia?Kota Islam Portugis?Apekebende tu kata oghang Peghak.Ya?Tentera Upahan Portugis Islam?What the...owh...man (gelak berguling-guling).Lagi?Apa dia?Kesultanan Ahlul-Bait Quraisy Kedah Tua Merong Maha Wangsa.Wow!!What is this?Kami tidak pernah dengar pun (sambil kesat airmata menahan ketawa).

Kalau dulu saya respek tulisan Naim Firdausi berbanding Anai-anai,dan saya kira Anai-anai semakin merapu.Tetapi Ustaz Megat ini 100X kali supermerapu dari Anai-anai.Cuba periksa artikel terbaru Blogsejarahnagarakedah.Artikel Anai-anai lebih akademik dan berisi.

Anak mau petik lagi ya Ustaz:

"Sekian dan dengan ini di persembahkan Surat Tuntutan dari Dato' Bendahara iaitu Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Almarhum Nai Long Ahmad, semoga kita tahu siapakah pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh, wassalam"


Owh man...you know what is this.Apa kes ni?Pemilik asal kawasan Nusantara, Benua Siam atau Indo-China, Lautan Hindi hingga ke Sri Lanka dan Madagaskar sehinggalah ke kepulauan Oceana iaitu Australia, New Zealand, Hawaii, Solomon, Fiji dan lain-lain serta Timur Jauh????????????????
Waras ke tak waras Ustaz Megat ni?Sampai Timur Jauh nun sana si Siam ni memerintah.Bila masa pulak?Oh ya,Ustaz Megat lupa nak sebut Eropah sekali sebab Anai-anai ada sebut Albania.Albania ni di bawah daulah Khalifah Quraisy-Siam PUasa Monggol-China Merong Jawi (panjangnya gelaran empayar).Saya dah tak tahu kaum apa Siam Kedah ni dicacamarbakan oleh Ustaz Megat ni.Jadi tak tentu hala.Campuran Monggol,India,China,Arab Quraisy kemudian anehnya bertukar!...jadi Melayu dan tulis Jawi.Pening,pening.

Lepas tu siap crop gambar lelaki sedang berdiri dalam satu peta Perancis dan tulis:

"SUDAH TERANG LAGI BERSULUH GAMBAR RAJA SIAM KEDAH SYBURI MERONG MAHA WANGSA DI DALAM PETA PERANCIS 1754 M JELAS TERPAMPANG MEMAKAI SERBAN, BERJUBAH DAN BERJANGGUT"


What's your problem?Ada tulis situ "Hai...saya Raja Siam Cadbury.Nak coklat?Ini no. tel saya 010-12345678.Call ye jangan tak call...bye..."

Memandai je Ustaz Megat buat kelakar.Gaya baju orang Eropah memang berjubah masa tu.Tengokla Captain Jack Sparrow macam mana.Siap berjanggut berpintal-pintal.Oh ya...saya lupa Ustaz tak layan filem.Ustaz berzikir dalam gua 24jam.Aduh...kerdilnya saya yang penuh dosa dan noda ini banding ngan Ustaz Cadbury.

Hai...rasa nak petik lagi tapi malaslah.Kalau rajin saya update sikit-sikit.Baca yang ada sementara ye.

Saya nak petik akhir...sekali tapi ini dari seorang pengikut tegar Ustas Siam dalam ruangan komen.Dia membahasakan diri sebagai Salahaddin.

Lihat ye:

"Merujuk pada nama MALAYSIA kemungkinan besasar MALAYSIAM atau MELAYU SIAM .XIAN,XIAMMEN,Siam,MALAYSIAM=MALAYSIA"

Ini anak murid Megat Al-Jefri.Suka buat karangan superdongeng Naruto Uzumaki Jiraiya.Kalau industri manga top kat Malaysia,ustaz Megat dan Salahaddin akan kaya sekelip mata.Tak payah tuntut takhta dah.Buat komik aja.

Tetapi Salahaddin,saya nak jawab satu persoalan anda.This is a good question:


"Saya tengok pada catatan Srikandi dan saudara Megat dan dari sumber ilmiah memang kita dah ada meriam ,senapang ,kapal perang ,duta ,peta navigasi.Boleh kata kejadian Hang Nadim pada zaman atau tahun 1600 masihi.KITA ada empayar hebat,Mellaka.Semua orang Melayu tau Melaka,pendek kata tau belaka.
PERSOALANNYA,MACAM MACAM PERKARA KITA buat MASA KITA SANGAT MAJU DI WAKTU ITU.Awat todak tu bahaya sangat ka?Pakai batang pisang ja.TAK ADA BOM IKAN?PUNYA CANGGIH TEKNOLOGI PUN BOM IKAN TAK ADA.Maju lagi budak lani buat bom bila raya mesti putus dan buta,bila bom ikan discharge sendiri(sumber PDRM)"



Salahaddin,

Peristiwa Singapura dilanggar todak itu bukan tahun 1600 Masehi.Ia ketika keluarga Parameswara,masih memerintah Singapura.JIka kini Kesultanan Melaka dipastikan bermula tahun 1262,maka kerajaan Temasek lebih awal dari itu.Dan teknologi persenjataan muncul pada abad ke-14,itu adalah teknologi musket.Sebelum itu sudah muncul prototaip musket yang awal,yang digunakan Portugis ketika menyerang Melaka.Jadi anda boleh fikir sendiri bagaimana situasi ketika itu.Jadi pengetahuan sejarah kena ada cross-reference dengan ilmu lain.

Okla,hiburan dah tamat.

Apa-apa nak tambah nanti saya update lain ye.











~Srikandi
Angel of history

Wednesday, September 15, 2010


Satu Hari Di Hari Raya....oleh Srikandi



Hmm...ini bukan lagu permintaan atau nak nyanyi lagu raya ya...lagi pun mood lagu-lagu raya ni pada minggu terakhir bulan puasa dan menjelang raya saja.Lepas tu dah suam-suam kuku dah.Saya ini pun masih di kampung (?).Seronok layan anak-anak buah.Nasib baik saya dah cepat tukar duit seringgit-seringgit di bank.Nampak saja muka saya,mereka mesti nak duit raya.Ingat saya ini muka duit ke? :DDD

Kali ini saya nak cerita dua perkara.Ok,tanpa membuang masa saya cerita kisah pertama.

Ketika itu saya baru habis solat raya.Ketika mengemas kain telekung untuk dimasukkan ke dalam beg,saya ditegur oleh seorang wanita muda di sebelah saya.Dari telor percakapannya saya mengesan kemungkinan wanita ini dari seberang.Namun bahasa Melayunya bukan versi sana,maksud saya,dia menggunakan bahasa Melayu Malaysia tetapi dalam telor Indonesia,macam gaya percakapan keturunan Jawa di Hulu Langat atau pun Batu Pahat contohnya.

Kebetulan selepas itu ada jamuan ringkas Hari Raya di dewan masjid,saya mengajak wanita itu menikmati jamuan Hari Raya bersama-sama.Saya ditemani dua orang adik saya dan tiga orang rakan baik saya.

Di dewan saya diperkenalkan dengan sepupunya;seorang lelaki yang berpakaian seperti kumpulan dakwah yang selalu datang dari pintu ke pintu rumah untuk berdakwah.Ketika menikmati hidangan,saya sempat berbual panjang banyak perkara,dari keluarga hingga ke politik...dan tentunya,sejarah.

"Orang seberang ya?atau orang sini?" saya bertanya.

"Saya pelajar UIA Gombak.Baru masuk tahun 2.Saya bukan orang sini.Saya dari Madura.Tepatnya Kepulauan Kangean," gadis itu yang bernama Ati membalas.

"Jadi Ati beraya di sinilah,tidak balik kampung?"

"Tidak...saya menumpang di rumah kakak saya di sini.Sepupu saya,Zainudin ini juga tinggal di sini."

"Zainudin,belajar juga atau sudah bekerja?" saya mengalihkan pertanyaan kepada sepupu Ati.

"Saya bekerja di tapak projek di Melaka.Saya pun tidak balik kampung sebab cuti yang diberi terlalu sedikit," kata Zainudin.

Kami berbual-bual tentang asal-usul dan tempat tinggal.Kemudian saya bertanyakan tentang Madura.

"Bagaimana orang Madura ya,orang di sana apa pekerjaannya?"

Ati menjelaskan,"Kami di sana kebanyakannya adalah petani,namun di sana juga ada orang-orang mendatang seperti orang Jawa,Minang dan Bugis.Mereka banyak bekerja di sektor oil & gas.Kangean punya banyak pulau,saya kira ada 30 buah pulau semuanya.Orang Madura orangnya garang..."

"...namun hatinya baik," celah Zainudin ketawa kecil.Ati mengangguk saja sambil tersenyum.

"Di sana juga ada orang Niek yang bila saya perhatikan bahasanya seperti orang Kelantan.Jika bahasa Melayu kata tiada,dia kata 'takdok'...sama seperti orang Kelantan," cerita Ati.

"Niek?Saya rasa itu adalah "Nik".Orang yang pakai nama Nik memang ada di Kelantan," kata saya."Mereka berasal dari mana?" saya menduga.

"Entah,mereka memang sudah ada di Madura zaman-berzaman.Di Indonesia terdiri dari bermacam-macam sukubangsa"

Saya memberikan pendapat,"Saya kira mereka adalah dari keturunan Champa yang lari dari pergolakan di Vietnam dahulu.Dahulu orang Champa ini ada kerajaan yang hebat di Vietnam sekarang,sebelum orang dari utara menyerang tanah mereka.Orang Champa ini ada yang lari ke Melaka dan ada yang sampai Aceh.Salah seorang dari mereka ada yang jadi raja Aceh."

"...Chempa...Jeumpa...ya Jeumpa," Zainudin mengulang-ngulang sambil menjeling ke arah saya sambil mengangguk tanda setuju.

Saya menyambung,"Dahulu di Indochina sudah ada orang-orang Melayu yang bina kerajaan.Prasasti yang tertua di sana adalah dalam bahasa Melayu Kuno atau Melayu Champa pada kurun ke-2 Masehi."

"...itu dalam bahasa Jawa," Ati mencelah.

Saya mula ingin tergelak,"...ya bercampur-campur dalam bahasa Melayu dan Jawa."

Sekadar tidak ingin memanaskan keadaan.

Zainudin membuka mulut,"Sebenarnya asal-usul kerajaan di sana adalah dari Majapahit.Majapahit punya jajahan yang luas."

Hmmm...saya mengerutkan dahi,"...mula-mula Sriwijaya yang menguasai kemudian barulah Majapahit..."

"Ya...ya...Sriwijaya...itu kerajaan lama," Zainudin mengangguk-angguk sambil matanya seakan-akan merenung jauh.Saya menyembunyikan senyum.Di sini saya dapat merasakan bahawa benarlah nama 'SRIWIJAYA' adalah seakan-akan satu 'brand' yang amat dihormati setidak-tidaknya di Asia Tenggara.Semua sukukaum atau etnik Asia Tenggara amat menghormati nama ini.Jika ada orang-orang dari seberang yang menggelarkan kata-kata yang jelek kepada orang Melayu atau Malaysia,namun bila terdengar nama ini,SRIWIJAYA...mereka akan terdiam.Penghormatan yang amat tinggi pada empayar Melayu Purba ini sampaikan mantera sami-sami Siam di Thailand memuja nama empayar ini.Ini bukanlah satu yang menghairankan,apabila Emperor-Emperor Sriwijaya dahulu mengamalkan konsep 'dewaraja',di mana rakyat mereka akan memuja mereka bagaikan dewa-dewa Hindu dan jelmaan Buddha.

"Sebenarnya semua berasal dari Indonesia...," Ati mula memberikan komentarnya."Kemudian Inggeris mengambil Tanah Melayu dan melantik raja-raja di sini sebagai cara mengukuhkan hak penjajahan ke atas semenanjung."

Apa dia?Inggeris melantik raja-raja Melayu untuk kukuhkan hak penjajahan?Jadi Sultan Melaka,Inggeris yang lantik jugakah?Kalau Portugis yang lantik saya boleh pertimbangkan.Saya mula senyum dengan sadisnya.

Dalam hati saya,hai...dah mula dah keluar Teori Pak Indonan dia tu.Tak kiralah yang Jawanya,Maduranya atau Melayu Sumateranya...semuanya dah dirasuk hantu Belanda.

"Sebenarnya...(saya berusaha mengatur kata-kata takut-takut Zainudin mengeluarkan buluh runcingnya-gurau saja ya) dahulu tiada apa yang dinamakan Indonesia atau Malaysia.Yang ada ialah RUMPUN MELAYU ATAU NUSANTARA.Orang Kedah buka tanah di Sumatera.Orang Jawa buka kampung di Johor.Orang Kelantan kahwin dengan orang Sunda.Orang Bugis merantau sampai ke Selangor.Jadi Nusantara ini IBARAT NEGARA MEREKA.Kampung halaman mereka.Tiada masalah.Tak perlu pasport.Kemudian ketika zaman penjajahan,Inggeris dan Belanda telah buat PENJANJIAN..."

Zainudin dan Ati kelihatan semakin merapat.Wajah mereka serius.Teman-teman saya sibuk berbual-bual dan bermain dengan adik-adik saya di satu sudut.

"...PERJANJIAN yang memisahkan wilayah seperti Sumatera,Jawa dan lain-lain ke tangan Belanda dan semenanjung ke tangan Inggeris.Mereka telah memisahkan rumpun Melayu ini seperti mencarik sekeping kertas..."

"...Rumpun Melayu...ya...NUSANTARA," Zainudin membeliakkan biji matanya."Ini semua perbuatan orang kafir.Orang kafir ini telah membuat rencana untuk pisahkan orang-orang Islam.Jika orang-orang Islam bersatu,maka kita akan jadi kuat.Jika semua fikir atas iman dan buat usaha atas iman maka Allah akan beri kekuatan."

Saya rasa macam pernah dengar ayat itu.Tapi di mana ya?

Kemudian 'sesi' perbincangan seterusnya berkisar tentang agama.Zainudin memang pandai berkata-kata tentang Islam seperti seorang ustaz lagaknya.Banyak juga yang saya tahu dan ambil peringatan darinya.Malah Zainudin juga menyentuh isu Palestin.

"...Orang Palestin lempar batu kepada Israel,tetapi pakai seluar pendek tidak tutup aurat,macam mana bantuan Allah mahu sampai?" kata Zainudin."Umat Islam perlu bersatu dan tidak patut bergaduh sesama sendiri," tambah Zainudin.

"...ya...seperti di Nusantara sendiri...," saya mencelah dengan selambanya.

"Ah,itu semua politik...," cebik Ati.Ya,Ati...memanglah itu semua politik,tapi mengapa sampai mahu cucuk orang Malaysia yang seagama dengan buluh runcing?

Pertemuan manis dan penuh makna itu berakhir dengan penuh kemesraan.Saya memeluk Ati dan berlaga pipi dengannya."Nanti habis belajar di UIa,Ati mahu kerja apa?"

"Saya mahu jadi pegawai Syariah atau pensyarah undang-undang Syariah," balas Ati tersipu-sipu.

"Nanti saya mahu hantar dia ke Aceh.Di sana penguatkuasa syariah memang amat diperlukan," celah Zainudin.Kami ketawa mendengar kata-kata Zainudin itu.


                                                                 * * * * * * * *


OK,GENG...INI PULA CERITA KEDUA.

Ini kisah lama.Nak basi pun.Tapi yang basikan ialah geng mereka sendiri.Seronok juga bermain-main dan usik-mengusik dengan mereka.Mereka ini macam orang buta yang degil dan angkuh.Kita betulkan jalan dia,dia bertekak dengan kita.Kata kita salah,padahal dia itu buta.

;DDDDDDDDDD

Jika anda menjenguk Blogsejarahnagarakedah,anda akan dapat membaca artikel terbaru mereka.Yess!!akhirnya...

Sebelum itu anda kena ingat,hujah mereka yang mengatakan Kerajaan Ayutthaya itu adalah kerajaan Siam Islam.Jadi raja-rajanya macam Narai atau Naresuan ialah raja Islam dan ada nama Islamnya.Orang Melayu dan raja-raja Melayu adalah perampas takhta dan keturunan lanun.

Artikel kali ini membawakan semacam 'bukti' dari pihak lain yang kononnya membenarkan dakwaan mereka tentang Maharaja Siam Islam terakhir iaitu Syariff Abu BAkar.Sebenarnya bukti ini adalah ibarat jerangkap samar bagi mereka.Ini kerana secara tidak langsung MENDEDAHKAN RAHSIA SEBENAR MEREKA.

Saya sebenarnya sudah lama tahu pasal rahsia keturunan mereka sebelum keluar artikel ini lagi.Bacalah promo The House of Bani Jawi.

'Bukti' itu adalah kertas kerja oleh saudara Hamli Asadi yang dibentangkan pada Forum ceritera Sultan Syarif Syah pd 29 Ogos 2009 lalu di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah.Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia,Cawangan Kedah.

Dalam paparan oleh saudara Anai-anai ini jelaslah bahawa Syarif Abu Bakar cuma gabenor di Ligor (Nakhorn Si Thammarat) kepada Kerajaan Ayutthaya.Hamli Asadi menyatakan beliau sebagai "Raja Siam Islam".Jadi mungkin beliau ini berketurunan Siam (Thai-Mon mix dengan Melayu atau berbudaya Melayu) yang memeluk Islam ketika itu.

Jadi dari sini kita tahu bahawa:

1)Ayutthaya bukan kerajaan Islam.

2)Syarif Abu Bakar bukan Maharaja Ayutthaya,beliau cuma gabenor atau 'raja daerah' kepada Raja Siam Ayutthaya.

3)Syarif Abu Bakar sebagai pemerintah Ligor cuba membebaskan diri dari Kerajaan Ayutthaya.Ketika itu Ayutthaya mula merosot selepas diserang Burma.

4)Syarif Abu Bakar berserta keluarga,kaum kerabat dan orang-orangnya lari apabila diserang Kerajaan Thai (ini adalah kerajaan Thaksin,general Ayutthaya yang cuba ligan balik wilayah-wilayah naungan Ayutthaya yang cuba membebaskan diri)

5)Mereka keturunan Siam yang ada perkahwinan campur dengan kerabat diraja Kedah.

Ini satu penemuan terbaru.Dahulu pendapat lebih kepada Raja Ayutthaya terakhir,Borommoraja Ekathat yang lari dari serangan Burma.Kini ada bukti lebih meyakinkan.Menariknya didedahkan oleh mereka sendiri.

Bayangkan selepas dua tiga tahun mencanangkan 'kebesaran' kerajaan Siam Islam Khaek Tesh Ayutthaya Puasa yang menjangkau Australia dan Albania sehingga semua kerajaan Asia Tenggara di 'Siam-Islamkan' termasuk Sriwijaya,Taungo dan Majapahit...rupa-rupanya Syarif Abu Bakar cuma 'raja daerah' bagi Raja Thai Ayutthaya.Dahulu raja-raja Melayu kononnya dikatakan raja daerah kepada Syarif Abu Bakar.Rupanya dia yang 'subcon' kepada 'maincon' Ayutthaya.Lawak...lawak.

Raja-raja Melayu?Raja-raja Melayu bukan subcon mana-mana.Mereka 'client' yang berdaulat.

:DDDD

Mana nak letak muka wahai ustaz Siam Cyber Saiburi?Herman MalayPress?Keturunan awak cuma berasal dari raja daerah kepada Raja Thai kafir Ayutthaya?Mana dia raja-raja Melayu keturunan lanun tu?Raja daerah mana pulak?Lawak...lawak.

Sebab itu bila blogsejarahnagarakedah tulis pasal sejarah keturunan mereka,saya tiada masalah.Tetapi bila meleret-leret kata orang Melayu tiru adat Siamlah,perampas takhtalah dan keturunan lanun...saya tak marah tapi mula sangsi.Curiga dengan tindakan terburu-buru anak cucu cicit kepada Raja Ligor bergelar Yamtuan Syarif Syah ini.

Perhatikan tulisan ini:

"Oleh kerana baginda wujud sebagai Yamtuan Kedah, maka dengan itu disebut dalam Undang Undang kedah ms 40, "..kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit". Jelas kepada kita bahawa d zaman dahulu, Yamtuan Kedah bukanlah Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu hanyalah Perdana Menteri kepada Yamtuan Kedah. Gelaran Paduka Seri Bongsu adalah kerana Sultan Muhammad Jiwa berkahwin dgn adik bongsu Sultan Syarif Syah bernama Nang Che Puan. (lihat salasilah)

Bagaimana Sultan boleh jatuh bawah Yamtuan?Sultan adalah gelaran tertinggi bagi satu-satu negeri.Dia macam 'raja' tetapi sebab mahu ambil aura Islam maka gelaran 'raja' dinaiktaraf menjadi Sultan.Apa?Sultan Kedah jadi perdana menteri untuk Yamtuan?Ape ke he ni bak kata orang Peghak.Baik bagi je gelaran Sultan pada Syariff Syah dan Sultan Kedah pakai gelar Yamtuan saja.Ini sesuatu yang pelik.Gelaran Sultan tak pernah dijumpai berkhidmat sebagai perdana menteri dalam mana-mana sistem Sultan,mahupun di Tanah Arab.Yamtuan?Ini adalah gelaran bagi wakil-wakil raja.Kalau Yamtuan nak jadi raja,kena letak jadi 'Yamtuan Besar',macam kat Negeri Sembilan nun.Takkan inipun saya nak ajar.Lawak...lawak.

Sebagai kerja rumah,saya mahu anda semua kaji perkataan ini 'KHEK/KHAEK'.Ini akan membuka pekung Siam Nai ini lebih dalam.Dan dari sini anda juga dapat belajar hubungan Melayu Segenting Kra dan Kedah dengan orang Thai,Mon atau Siam (Thai-Mon berbudaya Melayu).








"Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history"









Wednesday, September 8, 2010


Selamat Hari Raya semua pencinta Sejarah Melayu









Saya,Srikandi dari kolum antara terhangat di MistisFiles,ingin mengucapkan






SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILDITRI KEPADA SEMUA PEMBACA ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.




Saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa,tersinggung tutur kata.Sekali lagi ingin saya jelaskan bahawa saya hanya mengkritik dan membelasah pendapat dan hujah sahaja BUKAN PERIBADI.

Kepada peminat sejarah Teori Siam Ayutthaya terutama Encik Krizalid yang dikasihi...saya minta maaf.Anggaplah kita hanya berbincang dan bergurau senda usik mengusik.Di Hari Raya,semua rumpun Melayu bersatu tidak kira Siam,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya Islam telah menyatukan kita seandainya kita masih ada sikap kesukuan yang menggelikan tali perut ;D

Dahulu Sriwijaya dan empayar maritimnya telah menyatukan kita semua.Kemudian Kesultanan Melaka.Maka sebab itu bahasa di Indonesia,Brunei dan Malaysia adalah berasaskan BAHASA MELAYU.Ini adalah bahasa prestij perdagangan maritim di Asia Tenggara pada masa lampau.Tanyalah Orang Laut,Bugis,Sulu dan Bajau,siapa itu Datu-datu,Laksamana dan Raja-raja Melayu dahulukala yang menguasai Laut Cina Selatan yang ketika itu orang Cina sendiri pun masih takut belayar ke selatan kerana ganasnya DEWA ANGIN yang hanya mampu ditundukkan oleh Emperor-emperor Sriwijaya.Katakuncinya ialah 'Kunlun'.Siapa orang Kunlun yang dikagumi dalam hal ehwal laut dalam manuskrip-manuskrip kuno China?

Kini Islam telah menyatukan kita dan menguatkan rumpun Melayu ini.Betapa bertuahnya kita kerana Allah s.w.t telah pilih kita semua untuk menjunjung agama-Nya yang mulia ini.Jika kita dilahirkan sebagai Thai,Khmer atau Viet...sudah pasti tidak semudah itu kita dapat hidayah Ilahi yang amat berharga ini lebih dari dunia dan segala isinya.

Jadi di Hari Raya ini,mari kita bersyukur dilahirkan sebagai rumpun Melayu sekaligus sebagai orang Islam.Ketika rombongan pedagang Arab sampai ke pesisir pantai pelabuhan Sriwijaya pada masa silam,ada seorang Emperor Sriwijaya yang amat berminat mendengar tentang Islam lantas baginda telah menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnu Khattab.Inilah bibit-bibit bermulanya Keislaman kita semua sebagai rumpun Melayu,waris terahsia dari The House of Bni Jawi.


Sekali lagi dari penyusun kata warha bicara,salam Aidilfitri,maaf zahir batin...


~Srikandi

Saturday, August 28, 2010


Jangan cepat gayat,tuan-tuan!









Sebenarnya saya malas mahu buka artikel mengenai perkara ini.Sebabnya tidak perlu dihairankan sangat dengan 'rungutan' penulis yang menamakan dirinya sebagai Micheal Chick (MC) ini.Penulis atau mungkin mewakili 'pihak' tertentu.Semakin dilayan maka makin seronoklah mereka.Mereka ini macam hantu syaitan.Semakin kita layan ketakutan terhadap hantu syaitan,maka makin seronok mereka menggoda anda.


Pertama sekali yang perlu anda fikir sebelum membaca apa-apa tulisan MC ini ialah DIA MENULIS BERMOTIFKAN POLITIK ULTRAKIASU.Maknanya,tujuan dia menulis ialah kerana fobia dengan UMNO dan Ketuanan Melayunya.SEbab itu adakalanya dia menulis "UMNO people..." Jadi dengan kata lain,apa jua hatta sejarah sekalipun dia akan putar belit demi untuk menyanggah UMNO dan konsep Ketuanan Melayunya.JIka UMNO kata Micheal Chick pendatang,maka Micheal Chick akan berhempas pulas mengatakan dia bukan pendatang.Ini adalah sifat totok 'KIASU" sebenar.Apakah kiasu?Mari dengar apa cikgu nak beritahu ;D


Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien.Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem,maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultrakiasu'?Saya bagi contoh,ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi.A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar.Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur.Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B.Dia merasa 'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan.Akibatnya si A telah bertindak agresif'merampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian.Dalam kes ini,si A telah mengalami sindrom KIASU.Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba,tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.


Manusia bila rasa terancam secara psikologinya dia akan cenderung bertindak agresif.Dalam konteks Malaysia,sepatutnya orang Melayu atau pribumi lain yang ada perasaan kiasu ini,NAMUN ANEHNYA IA TERJADI SEBALIKNYA.Maka MC dan DAP adalah contoh Ultrakiasu.Orang Melayu jarang dikaitkan dengan kiasu kerana mereka BERADA DALAM ZON SELESA.Mereka tahu Malaysia adalah tanahair mereka dan mereka adalah penduduk asal Malaysia.Ini perkara asas yang telah ada sejak kanak-kanak lagi.Orang yang dijangkiti 'KIASU' adalah orang yang merasa tergugat WALAUPUN DIA TELAH PUNYA SEGALA-GALANYA.Walaupun dia telah mencapai tahap raja sekalipun,jika masih dibayangi penyakit kiasu ini,maka pengemis miskin di tepi jalan pun akan ditangkap dan dipenjarakan kerana takut kalau-kalau si pengemis itu berupaya suatu hari nanti akan merampas kerajaannya.INGAT,ULTRAKIASU TIADA TOLAK ANSUR.Sekali dia pegang kuasa,jangan harap dia mahu lepaskannya.Sebab apa?SEBAB PENYAKIT KIASU..


Ok,sudah faham?Mari kita bincangkan tentang dakwaan Micheal Chick itu,tapi sebelum itu...saya mahu ambil dari link yang diberikan seorang pembaca iaitu http://muslioli.blogspot.com/2010/03/asal-usul-nama-tanah-melayu-ialah-barr.html


Sebab apa,sebab saya merasa hairan dan lucu dengan sikap penulis blog yang cepat gayat dan tertarik dengan 'putar alam' MC.Memang pada mulanya beliau hanya sekadar berkongsi cerita,namun akhirnya beliau sendiri tertanya-tanya (ini sindrom awal penyakit buta sejarah).


Petikan:


"Saya begitu tertarik membaca satu artikel tulisan Micheal Chick yang mengatakan asal-usul nama Semenanjung Tanah Melayu ialah Semenanjung Barr Xin atau Barr Chin. Chin ialah merujuk kepada  China. Bermakna nama asal ialah Tanah China atau land of the Chinese.


Benarkah begitu?"




Jawab saya:


Apa sebab 'merasa tertarik'?Sebab tak pernah dengar?Penulis bertanya "benarkah begitu?".Jawabnya TIDAK BENAR.Noktah.Sebabnya?Sabar...nanti saya beritahu.




Seterusnya:


"Micheal Chick berdasarkan tulisan itu telah menjalankan kajian yang serius mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu dengan menyebut nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W  dan isterinya Siti Khadijah.


Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut  hanya dikenali sebagai  Mallacca sekitar kurun ke-15.


Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu,  yang mencatat semua tempat  dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?"


Ulasan:

Kalau MC sebut Albert Einstein,Stephen Hawking dan 1001 nama saintis tetapi kemudian kata bumi ini berbentuk segitiga kaki sama,adakah anda mahu tertanya "kenapa?" Ini reaksi yang dungu saudara ;D

Penulis merasa teruja sebab MC kelentong dia dengan bermodalkan "nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W  dan isterinya Siti Khadijah"

MC boleh sebut apa jua nama,Nabi Adam sampai Nabi Muhammad.Tetapi itu bukan merit untuk merasa gayat,saudara.

Penulis meletakkan kata 'kajian yang serius' berdasarkan motif apa?MEmbantu MC menyebarkan keraguan?Frasa itu tidak perlu.Mana dia tahu kajian MC adalah serius?Jika saya katakan TIDAK SERIUS BAGAIMANA?

Ini petikan dari artikel asal:

"By the way, “Barr” simply means “Land” in the Persian Language. And Barr Kra above, means “ Land of Kra ” (as in reference to the Isthmus of Kra ).


But I've saved the best for last, as usual. And I hope all you soon-to-be “Brain Gain” people are sitting down reading this ....


The earliest known Arabic Maps refer to the Peninsular as “Barr CHIN”.


Where Chin refers to CHINA ! Why did the Arabs call this Peninsular “Tanah China” instead of “Tanah Melayu”? When Prophet Muhammad s.a.w. spoke about “Exotic Tanah China ”, was he actually refering to Malaya ? After all, according to records, Malayan Gold Mines was already famous 500 years BEFORE the Prophet was born!! As his wife, Khadijah was a Great Trader. He must have known!"

Ulasan:

Lihat,perkara yang melibatkan nama Nabi Muhammad dan Siti Khadijah adalah andaian atau spekulasi MC.Lain kali kalau ada orang melibatkan apa-apa nama sekalipun, tengok dahulu APA PERKARA YANG DILIBATKAN ITU?Siti Khadijah memang pedagang namun sudah pasti beliau tidak terlibat langsung dengan pembohongan Barr Chin oleh MC.



Cuba tunjukkan peta yang tunjuk perkataan 'Barr Chin' atau 'Barr Kra' itu.Ada anda jumpa?Peta yang disuakan oleh MC cuma peta yang menunjukkan tanah semenanjung itu dilabelkan sebagai 'Malacca'.MC tidak akan berani tunjuk peta yang ada perkataan 'Barr Chin' atau 'Barr Kra' itu.SEBAB APA?

SEBAB PETA ITU MEMANG TIADA!!

Tetapi MC menenteramkan khalayak yang mempersoalkan kewujudan peta itu dengan ayat ULTRAKIASUnya:

"This will be the first exercise in “Brain Gain” which UMNO is allegedly proposing, for the greater good of 1Malaysia; plus, I'll even give you a hint: (because I'm nice and assume that you actually really, really, really, don't know ....)


It's a Dark Green Hardcover Book about an inch thick; usually reserved for Academicians like yourself. So you won't find it in Popular, MPH, Wiki, Amazon or any Pasar Malam. I'm sure that Great Historians like yourself, have your own Jstor Account number"


Ulasan:

Kata MC:You mana tau,ini tatak boleh jumpa mana-mana ooo...wiki pun tarak jumpa oooo...I sudah tengok itu peta.

Saya ingin tanya,mengapa tidak buat buat salinan peta tersebut atau ambil gambarnya...sebarkan.Biar UMNO dan Ketuanan Melayunya runtuh.Apa pasai tak mau buat ini macam?

Setakat peta yang menunjukkan semenanjung dilabel sebagai 'Malacca' rasanya semua orang tahu.Puak Siam Ayutthaya pun tahu.Dalam hal ini saya respek geng Siam berusaha paparkan peta selari dengan apa yang mereka dakwa (walaupun sebenarnya mereka tersilap tafsir).Tetapi MC dakwa-dakwi macam-macam,sepatah haram peta Barr Chin pun tarak.

Sebab itu saya katakan MC TIDAK SERIUS.Dia main-main saja.Tetapi ada Melayu yang tertanya-tanya dalam kebingungan...sedihnya.

Saya 'highlight' bahagian penting ini:

"Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut  hanya dikenali sebagai  Mallacca sekitar kurun ke-15.


Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu,  yang mencatat semua tempat  dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?"


Jawab:

Sebab apa pelukis peta Eropah tidak label 'Tanah Melayu' pada peta semenanjung?Oklah...sekurang-kurangnya label 'Malay Land'.Kenapa 'Malacca'?Sebabnya semua negeri-negeri Melayu bersatu atas nama Empayar Kesultanan Melaka.Jadi wilayahnya dinamakan Melaka.Misalnya dahulu Srivijaya menyatukan seluruh pelabuhan dan negarakota Melayu,maka wilayahnya ialah Srivijaya.'Tanah Melayu' adalah nama moden setelah timbul rasa nasionalis ketika penjajahan.Ingat,dahulu di semenanjung,kerajaan-kerajaan Melayu berpecah-pecah kepada apa yang dinamakan sebagai 'Malay states'.Macam India lah.Dahulu mana ada nama 'India' ini.Ia diberikan oleh orang Barat merujuk kepada Sungai Indus.Nama tidak menjamin bahawa dahulu semenanjung Malaysia ini adalah MILIK CHINA.Malahan Maharaja China pun tidak tuntut semenanjung ini sebagai tanahnya.Orang China dahulu tahu siapa Mo-lo-yu atau Ma-li-yuer.MC saja yang tak tahu.

Ok,sekarang ada tak orang rujuk semenanjung ini sebagai Tanah Melayu?Orang cenderung bubuh nama 'Semenanjung Malaysia',bukan?Jadi nama yang berubah tidak jamin orang luar adalah pemilik tanah kita.Suka hati kitalah nak label tanah kita dengan apa-apa nama.Apa yang mereka mahu sibuk-sibuk?

Memanglah dalam Sejarah Melayu tidak sebut perkataan Tanah Melayu.Sebab Kesultanan Melaka lebih suka letak kawasan jajahannya sebagai Melaka sahaja.Ini perkara remeh saudara.'Tanah Melayu' atau 'Melaka',kedua-duanya sudah pasti bukan bukti bahawa dahulu semenanjung ini hak China.Lainlah sejarah mengatakan bahawa Sultan Melaka menggelar jajahannya sebagai Semenanjung Tanah Cina.Sebab itu kita dengar kerajaan-kerajaan Melayu dahulukala ada yang hantar duta ke China,untuk jalinkan hubungan diplomatik.Jika semenanjung di bawah China,adakah perlu hantar-hantar duta ini?Maharaja China hantar gabenor ke sinilah kalau semenanjung ini wilayah China.Tetapi kita tahu tiada seorang pun pegawai China yang dihantar untuk mentadbir Tanah Melayu.

Ini pun penulis memprovok diri sendiri dengan bertanya,kenapa?

Tidak perlu tanya kenapa,saudara...buang masa saja.


Seterusnya:

"Jawapannya mudah sahaja kerana nama itu belum ujud! Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut.


Malaya dalam bahasa Tagalog bermakna "aman". Malai dalam bahasa Tamil pula bermakna "bukit" seperti panggilan peniaga-peniaga Gujerat yang juga pendakwah Hindu terhadap banjaran Titiwangsa sebagai "mini-Himalaya"  ketika mencari tempat  membina kuil Hindu di kawasan itu pada kurun ke-2 masihi.


Tiada satu catatan sejarah sebelum kurun ke19 yang mengenali kawasan itu sebagai Tanah Melayu"


Jawab:

Saya merasa pelik,kenapa merasa 'excited' sangat dek kerana nama-nama yang belum wujud atau tidak.Apa masalahnya?Kalau Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut sekalipun adakah TIDAK WUJUD ORANG MELAYU DAN TANAHAIRNYA?

Ok,bagaimana dengan nama 'China'?Adakah benar-benar orang 'Cina' yang namakan negara mereka,China?Saya mahu beritahu satu perkara yang penting,nama kepada apa yang dikatakan Negeri China itu BERUBAH MENGIKUT DINASTI YANG MEMERINTAH.Contohnya Tang.Jadi Kerajaan Tang.Maharaja China tak panggil kerajaannya 'China'.Perkataan 'China' itu dipopularkan OLEH ORANG PARSI.MC telah terbuka pekung sendiri.Dari orang Parsilah timbul nama China ini.Orang China purba tidak panggil negeri mereka 'China' tetapi 'Zhongguo' atau maksudnya ialah 'Kerajaan Tengah/Pusat' atau 'Middle Kingdom'.Itu pun bukan menyeluruh.Di sana juga wujud negarakota-negarakota macam di Nusantara.Jadi setiap negarakota menamakan kerajaannya sendiri seperti Qin,Chu,Wei,Shu atau wu.Bacalah cerita 'The Romance of Three Kingdoms' atau tontonlah filem 'Red Cliff'.

JADI HAKIKATNYA NAMA CHINA ITU ADALAH DARI ORANG PARSI KEMUDIAN DIPOPULARKAN OLEH ORANG BARAT TERUTAMA KETIKA MARCO POLO MELAWAT CHINA.

Lucunya perkataan 'Cina' itu memang diambil terus dari gelaran orang Parsi yang ketika itu menganggap dunia sebelah Timur dihuni oleh barbarian berkulit kuning.Tiada ubahsuai.

Kalau macam itu saya nak dakwa asalnya negeri China dimiliki oleh Empayar Parsi Cyrus The Great.Selepas itu Xerxes angkut semua barbarian dari China ini berperang dengan Spartan dan Athens.Rasa 'best' tak? ;DDD

Itu baru nama 'China',belum lagi masuk nama 'India'.Pun nama yang diberikan oleh British.

Kalau saya jadi UMNO pun saya balas balik "Konsep Ketuanan Melayu saya tiada kaitan semata-mata dengan wujud atau tidak nama Tanah Melayu".


Lagi:

"Sebelum kedatangan Parameswara pada  kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra (Ada kaitan dengan Segenting Kra?). Barr dalam bahasa Parsi bermaksud tanah. Sebelum Barr Kra, semenanjung dikenali sebagai "Golden Chersonese" iaitu nama purba yang merujuk kepada semenanjung itu oleh Ptolemy, seorang ahli falsafah Greek yang juga seorang ahli astronomi dan ahli geografi.


Di Zaman kegemilangan Rom, Golden Chersonese ialah kawasan yang tersohor sebagai kawasan yang kaya dengan emas sehingga mendapat jolokan nama itu.


Namun apa yang menarik sekali ialah rujukan penulis terhadap peta Arab lama yang merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin. Berdasarkan rekod pedagang-pedagang Arab telah ujud usaha melombong emas di negeri Barr Chin 500 tahun sebelum kelahiran junjungan besar  Nabi Muhammad S.A.W"


Ulasan:

Siapa yang pandai-pandai kata sebelum kedatangan Parameswara pada  kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra?Dongeng Ultrakiasu?Adakah sebab mereka tahu nama 'ci na' itu adalah panggilan Parsi maka dengan penuh KIASUnya (baca:takut rahsia terbongkar) maka dikaitkan juga semenanjung sebagai panggilan Barr Chin atau Barr Kra oleh orang Parsi?

Tentang Golden Chersonese itu memang betul.

Peta lama Arab merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin?Mana peta itu?Tunjukkan!Cakap saja tarak guna maa...

Sebab itu saya kata jangan mudah gayat.Kaji dahulu.

Next...


"Apakah tulisan Micheal Chick itu benar-benar berdasar fakta sejarah ilmiah? Atau mungkinkah catatan itu hanya satu propoganda yang bertujuan membangkitkan semangat kaum China menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!"

Jawab saya:

Tulisan MC tidak benar-benar berdasarkan fakta sejarah ilmiah.Tulisan MC berdasarkan fakta bahawa dia mengalami sindrom ULTRAKIASU.Itu saja.

Propaganda?Ya!

"...menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!" Ohhh...tidak,negara ini bukan asalnya Tanah China.Jangan gayat cik abang...nanti jatuh tersembam tak bangkit-bangkit.Orang luar menunggu nak ambik tanah kita.Bangladesh,Nepal,Vietnam,Indonesia dan sebagainya dah semakin ramai di Malaysia;Golden Chersonese ini.Belum lagi warganegara dari India dan China yang menyusup masuk Malaysia.Siapa pun tak perasan.Tup tup...keluar statistik rakyat asing sudah mencapai 1 juta dalam Malaysia.Wau!Boleh buat negara baru ni.Cuba ramai-ramai pendatang asing ini menyempit di Pulau Pinang atau Perlis,kemudian buat tuntutan autonomi...kan kes naya tu.

Belajar Sains Politik dan Sosiologi sebelum merempat di tanahair sendiri.

Saya akhiri dengan pertanyaan penulis Musli Oli yang masih kebingungan:

"Saya juga tertanya-tanya kenapa nama laut yang mengelilingi tanah Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Laut China Selatan bukan Laut Melayu???"

Jawab saya:

Siapa yang buat peta moden?Melayu atau orang putih?Kalau ini pun masih kebingungan,susahlah nak jawab pertanyaan Musli Oli itu.Pernah dengar Laut Campa?Tidak pernah dengar?Sebab itulah kena kaji dahulu.

Kenapa Selat Melaka tidak dipanggil Selat Melayu atau Selat Sumatera?Sebab itu kena kaji dan kaji...jangan angguk geleng-geleng.Kenapa Lautan Hindi tidak digelar Lautan Tamil atau Telegu?Atau Lautan Chola?Kenapa Benua Siam digelar IndoChina?Siapa yang bagi gelaran itu?Raja Vietnam?Suryavarman II raja Kemboja?Naresuan raja Ayutthaya?Chandrabanu raja Melayu Tambralingga?Sultan Melaka beri nama?

ORANG BARAT,SAYANG!

sebab itu fikir dahulu sebelum angguk cerita orang.Taklah nanti MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.





At this ruins,I write my ancient Chronicles...,


~Srikandi

Monday, August 23, 2010


'Bangsa' Sayyam Puasa mengamuk di bulan puasa!




'Bangsa' Sayyam Puasa mengamuk di bulan puasa!



Saya telah diberitahu oleh seorang peminat akan satu artikel dalam blog ini yang nadanya seperti melampiaskan kemarahan yang terbuku sejak sekian lama.Yess...inilah yang saya nantikan kerana saya mahu tahu sejauh mana ilmu agama yang ditimba di bumi para anbiya mampu dihayati oleh penulis.Saya sudah lama maklum akan 'style' penulis-penulis syok sendiri bangsa Sayyam Puasa al-Merong apabila diusik sedikit...fuh!anda akan menerima akibat yang amat dasyat.Segala sumpah seranah akan menyerang anda bertubi-tubi.Ini diibaratkan apabila anda menjentik telinga mereka dengan lembut,tiba-tiba anda akan menerima pukulan siku terbang,lutut terbang ala Tony Jaa secara bertubi-tubi kiri dan kanan tanpa anda sempat berbuat apa-apa dan dengan terpinga-pinga apakah dosa anda yang sebegitu besar sehingga 'dibelasah' sedemikian rupa ;)

Ini kajian kes di mana mereka yang punya sejarah yang diragui dan mengelirukan akan merasa terancam jika diganggu gugat.Ini sama seperti orang yang berbohong,mereka akan takut dengan bayang-bayang sendiri.Ingat perkara ini jika anda mahu menegur kelompok peminat Teori Siam Islam Merong Ayutthaya,ANDA MUNGKIN AKAN MENERIMA MAKIAN DAN SUMPAH SERANAH walaupun anda menegur dengan baik.Ini adalah 'clue' dan 'trademark' mereka.

Tanpa membuang masa mari kita analisis 'kemarahan' penulis kepada saya:

"Walaupun ana di beritahu ada tentangan dari setengah pihak terutamanya golongan pensyarah-pensyarah sejarah yang sudah lama di hidangkan dengan kajian-kajian palsu barat, terutamanya pensyarah yang menyamar sebagai masih anak dara, siap dengan tangan anak muridnya dan artis yang menulis padahal beliau sudah tua kerepot dan mempunyai cucu tiga orang. Tetapi perjuangan tetap diteruskan demi survival Umat Melayu Islam dan dunia amnya. Pembohongan beliau ini dengan mengerah anak-anak muridnya di kuliah menghantar puluhan malah ratusan ulasan tanpa nama untuk menunjukkan kononnya mereka berpengaruh dalam dunia penulisan blog, sebenarnya tidak memberi kesan kepada golongan Merong yang bila membuat perhimpunan pernah mencatat hingga tiga ribu orang"
Ulasan saya:

Siapa yang menyamar jadi anak dara?Anak murid yang menulis?Artis?Serius...saya ketawa terbahak-bahak bersama-sama rakan-rakan sepejabat membaca artikel penulis ini.Memandai dia kata saya sudah tua kerepot,main belasah saja mamat ini ;DDDD

Paling saya tidak tahan,dia serkap jarang kata saya sudah ada cucu tiga orang.Lagi berderai ketawa rakan-rakan saya.Nampak sangat dia menulis dengan perasaan yang amat marah dan geram.Sabar cik abang...hilang ilmu agama cik abang kalau buat begini.Malulah sebab tunjuk gambar Mekah Madinah dan war-warkan keluar 40 hari lah itulah inilah.Tapi bila bab sejarah...bukan main bercerita sampai lupa dunia.Yang hitam kata putih yang putih kata hitam.Yang halal jadi haram yang haram jadi halal...semua sapu bersih ;DDD

Macam mana penulis kata dia berjuang untuk survival umat Melayu Islam?Yang saya nampak penulis berjuang untuk survival umat Siam Islam al-Merong dan TAKHTA SULTAN KEDAH UNTUK NAI LONG KASSIM (bukan Kedah saja sebenarnya,malah satu Nusantara sebab Empayar Siam Islam amat luas sehingga mencakupi Albania,Australia dan Jordan) ;DDDDDDDDDDD

Seterusnya dia mengomel kata saya mengerah 'anak-anak murid' saya menghantar ulasan.Saya nak bagitahu sikit,jeling-jelinglah follower MF itu,dah berapa banyak.Itu baru follower,pembaca senyap dan pemerhati kat luar tu macam mana?Saya tidak perlukan anak-anak murid saya hantar komen untuk saya...buang masa lah.Tak pro lah macam tu cik abang.Analisis trafik MF ialah purata setiap 2 saat ada pengunjung yang baca!Adakah saya mengarahkan 'anak-anak murid' saya supaya hantar komen atau jenguk MF setiap 2 saat?Nonsenselah brader ;DDDD

Buatlah perhimpunan sampai sejuta orang pun,tiada siapa yang kisah.Tulislah cerita hikayat keturunan raja-raja Sayyam Puasa al-Merong di internet,tiada siapa yang peduli.Tapi kalau buat perhimpunan lepas itu buat demonstrasi tuntut takhta Kedah atau Yang Dipertuan Agong,saya rasa nak cari nahas saja.

Lagi bebelan penulis:

"Malah ia mengajar pula tuan punya blog yang ia dijemput membuat artikel, cara mendapat banyak ulasan tak bernama untuk sebagai denak agar orang mengganggap artikelnya antara kononnya terbaik. Taktik kotor ini tidak dapat menyekat kemaraan golongan keluarga Merong Mahawangsa untuk terus maju membuka pekung musuh-musuh Allah di dalam penipuan sejarah mereka bukan saja di Nusantara, negara-negara Arab malah seluruh dunia amnya. Kita tidak pernah memaksa saudara mara yang hadir di perhimpunan keluarga Merong Mahawangsa ini menghantar ulasan ke blog-blog ini seperti sesetengah mokcik pensyarah siap menjanjikan markah jika anak-anak murid kuliah dan tutorialnya menghantar ulasan di artikelnya. Ini kerana ramainya penghantar ulasan bukan bukti blog kita antara yang benar, betul dan terbaik. Penipuan ini dapat dikesan bila di tinjau di tahun 2007 dan 2008 bilangan ulasan macam biasa sekitar 7 orang dan 17 orang malah sesetengah artikel mereka tiada ulasan lansung. Tapi bila mak cik sri mulut joyah tiba, rancangan untuk memaki hamun keluarga Merong Mahawangsa pun bermula dengan memperbanyakkan puluhan malah ratusan ulasan palsu di buat. Dulu mengaku Jawa dan sekarang mengaku orang Semenanjung pula. Innalillah... bawa istighfar"
Ulasan saya:

Kenapa penulis ini fokus kepada komen-komen artikel saya?Jawab sajalah persoalan Teori Siam al-Merong yang saya persoalkan.Kritik saya balik secara akademik.Dalam hal ini saya tabik spring pada Krizalid,salah seorang yang agak cenderung dengan teori-teori mereka.Beliau tetap cuba menjawab kritikan saya secara berilmu dan rasional.Tetapi penulis blog ini tidak rasional.Dia gemar meleret-leret kepada perkara-perkara yang tidak penting;jumlah komen dalam artikel saya,kerepot atau anak darakah saya,ulasan-ulasan yang dihantar dan entah saya pun tidak faham mengapa dia suka sentuh hal-hal sebegini.Mengapa tidak sanggah saja artikel saya,persoalkan,kritik...bentangkan hujah...baru orang respek.Ini tidak,jumlah ulasan,jumlah komen yang dia persoalkan.Nak buat macam mana dah blog popular,ramai orang suka ;) janganlah jeles cik abang...

Bila masa pula saya mengaku Jawa kemudian orang semenanjung?Saya memang orang semenanjung.Habis itu orang Melayu keturunan Minang,Boyan,Rawa,Mendailing atau Jawa kat Malaysia ini bukan orang semenanjung?Ini satu lagi bahan ketawa dalam pejabat saya.Lainlah keturunan penulis yang berubah-rubah sekejap Siam,sekejap Yunnan,sekejap Xian,sekejap haiwan Merong,sekejap haiwan Harimau lepas tu jadi manusia balik menjelma jadi Melayu kemudian tiba-tiba jadi bani Jawi ;DD Lawak...lawak.

Kita 'enjoy' lagi bebelan penulis:

"Malah pembohongannya makin terserlah bila menggandaikan di hadapan pembaca blog yang dirinya masih muda dan tidak berkedut bila meletak gambar-gambar batil wanita muda di artikelnya untuk menyokong artikelnya yang bulat-bulat di ambil dari kajian universiti-universiti barat yang ditunjangi oleh musuh-musuh Allah. Kerja menghina, memaki hamun dan mengfitnah bukan kerja anak dara yang pemalu, tapi kerja seorang tua Joyah yang penuh dengan hasad dengki kerana tidak sama dengan kajian sejarah dongeng yang di pelajarinya dan bercanggah dengan apa yang dihidangkan dari kawan-kawannya dari kalangan sejarawan-sejarawan barat musuh-musuh Allah. Semoga Allah taala memberi hidayat kepada mereka daripada menjadi murid dan pengikut pihak barat dan alat musuh-musuh Allah berkenaan. Memang ada permintaan dari mok cik sri ini yang hendak pencen itu untuk berjumpa dengan Yang Teramat Mulia Nai Long Kasim untuk mengetahui keadaan pergolakan sebenar di Indo-China atau Benua Siam dan lain-lain daerah serta wilayah tengah dan selatan Nusantara"
Jawab saya:

Cik abang ini puasa ke tak puasa ni?Sedap mulut dia kata saya berkedut kerepot,dia pernah nampak saya ke?Saya hairan dengan akhlak penulis sebegini sebab dia ni merupakan graduan UKM Bangi di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam yang sebelum ini belajar di Ma'ahad Mahmud Kedah. Pernah belajar di Kolej Universiti Al-Haram di Masjidil Haram Mekkah dan Universiti Yarmuk Jordan (saya ambil dari profailnya).Belajar agama di tempat yang hebat-hebat...tapi sedih...output yang keluar macam ini,suka menuduh yang bukan-bukan.Sebab itu saya tak hairan seorang pengikut Ayah Pin adalah seorang ustazah lulusan universiti Al-Azhar.Ilmu agama yang tinggi tidak menjamin akhlak mulia 100%.

Bayangkan,kita persoalkan saja ketepatan sejarah rekaan mereka,itu sahaja...tetapi mak aii dituduhnya kita jadi alat musuh-musuh Allah.Ke situ pulak.

Kita layan lagi:

"Tapi permintaan itu tidak dapat di penuhi kerana untuk keselamatan YTM Nai Long Kasim dan keadaan baginda pula sekarang ini yang semakin uzur. Ini menyebabkan pensyarah mok cik sri ini semakin mengamuk dan memapar sifat keji beliau di setiap penulisan untuk membalas dendamnya terhadap keluarga diraja ini walaupun di bulan ramadhan yang mulia ini. Sebarang pujian dan ulasan yang baik terhadap keluarga Merong Mahawangsa ini akan menimbulkan kemarahan beliau menyebabkan beliau masuk kemana-mana blog untuk memberi kutukan huduh dan memaki hamun, malah tidak cukup dengan artikelnya yang penuh kebencian terhadap golongan Ahlul-Bait ini, malah menyamar sebagai gadis muda agar pembaca blog lain tertarik dan ingin berkhayal dan berkahwin dengannya. Taktik konspirasi yang di pelajari beliau dari musuh-musuh Allah ini di gunakan sebanyak dan sehabis yang mungkin untuk memberi kepuasan nafsu amarah hasad dengki beliau. Pembaca-pembaca blog jangan risau tentang perkara ini sebab musuh ada di mana-mana malah nabi s.a.w. yang wajahnya cukup mubarak dan bercahaya pun ingin di bunuh oleh Yahudi, Munafikin dan kafir Musyrikin. Semoga Allah memberi hidayat kepada golongan yang semacam ini"
Jawab saya:

Bukan main marah cik abang ustaz Siam ni.Dia kata saya memaparkan 'sifat keji' di setiap penulisan.Saya tidak marah.Cuma kesian tengok perangai penulis.Saya jadi insaf,betapa pendidikan agama yang ditimba di Mekah dan Jordan tidak dapat membantu membentuk sahsiah yang baik dalam penulisan blognya.Dia kelihatan hilang arah.Saya rasa blog yang dimaksudkannya ialah blog al-Semantani.Lebih baik dia jawab saja komen saya dari memaki hamun macam ini.Mungkin dia hantar saudara Krizalid,tapi tak jalan juga ;) Akhirnya dia mengamuk satu dunia sebab impian untuk bergelar keturunan diraja yang diiktiraf oleh orang Melayu dicabar dan semakin kelam.Kesian.

Saya nasihatkan...itu semua dunia...pangkat dan gelaran...itu semua dunia saudara.

;DD

Adakah saya menuduh tanpa bukti?Ok,kali ini mari kita analisis apa yang saya paparkan nanti.Pertamanya tentang TAKHTA KEDAH.Yup,mereka amat inginkan keturunan mereka duduk atas TAKHTA KEDAH itu.Ada ceritanya dan kronologinya.Saya sudah khatam sejarah keturunan mereka ini tahun lepas.Siap dengan asal-usul bahasa Siam mereka dan sejarah Undang-undang Kedah dan Merong Mahawangsa kebanggaan mereka itu.Tapi saya akan ceritakan semua ini dalam artikel pengiring ATBM v3.5 nanti.

Petikan dari soalan pembaca dalam artikel "CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH DAN PERISTIWA PENGEBOMAN KOTA-KOTA DI BANDAR HILIR":

Kawie2020>>

"terima kasih tuan megat diatas ulasan anda.

diharap persoalan2 yg dikemukakan oleh saya tidak mengjengkelkan pihak tuan.

Ini adalah kerana saya masih terfikir2 dan mencari jawapan yg jelas.

1. Dari pembacaan saya, terdapat beberapa blog yg menyatakan bahawa keluarga tuanku nai long kassim cuba menuntut hak kesultanan kedah. Adakah ini benar ataupun ianya merupakan satu tohmahan semata2.

2. tuan menyatakan bahawa kedah darul aman hanyalah sebuah daerah sahaja. persoalannya mengapakah hanya perlis menggunakan gelaran raja, sedangkan negeri2 beraja melayu yg lainnya menggunakan sultan?

3. adakah kesultanan perak sekarang ini merupakan keturunan kedah tua merong mahawangsa?

sebenarnya saya berasa bangga dengan pendedahan tuanku nai long kassim tentang sejarah realiti nagara kedah ini. dan saya amat berminat untuk menyertai perhimpunan keluarga nai kerana saya mahu mendengar sendiri kisah2 ini dalam ucaptama tuanku nai long kassim.

Adakah org awam seperti saya boleh menyertainya ataupun hanya ahli keluarga kedah tua sahaja yg boleh menghadirinya.

terima kasih"

Ok,penulis yang menggelar dirinya Megat al-Jefri membalas,perhatikan baik-baik jawapannya:

Megat al-Jefri>>

"sama-sama saudara kawie

ya tuntutan dibuat agar bekerjasama mmbaiki sejarah bangsa yg telah rosak padahal melayu itu penghulu sgala bangsa dan raja-raja melayu pula berketurunan iskandar zulkarnain dan nabi s.a.w. Kita juga perlu meletakkan shah alam nai long kasim d tempat yg layak dgn baginda. tuntutan juga mewujudkan jawatan shah alam utk seluruh nusantara kedah syburi langkasuka bukannya kedah darulaman dan ayahanda sultn abd halim ialah lantikan para nai dan yg teramat mulia nai long mahmud boss kpd badlishah dan panglima nayan.

mereke mmg tidak layak dgn title sultan sbb ia milik mutlak kedah tua, lagipun dlm bahasa arab sultan itu brmaksud org yg memegang kekuasaan tapi depani cuma makan gaji jaga kwsn dan layak sebagai raja daerah mcm tenku razaleigh org asli panggil dia raja iaitu raja daerah dlm klantan.yg sedar diri diatu raja daerah cuma perlis sahaja iaitu penghulu kayang.

raja-raja perak skrg nisemuanya mutlak keturunan penderhaka kedah tua dlm bahsa mudah geng-geng lanun talibarut inggeris.juga pelingkup raja selama, kinta dan larut.

yang tu kena refer kat nai cau dr afifuddin bekas YB kuala nerang.kalau ada rezki dia panggil la mai majlis.


salam saudara herman

sebenar merong takkacau dia pun maklumlah rakyat jelata, tapi dia yg kacau merong dulu siap buh dlm blog dia lagi.

tahniah kawie, kalau boleh ambillah gambar telaga tu sekali"

Lihat,penulis mengiakan bahawa sememangnya mereka MENUNTUT dan memasang impian meletakkan Nai Long Kassim ke takhta...oppss bukan Kedah sahaja tau malah seluruh Malaysia (Yang Di Pertuan Agong sebab semua sultan dan raja Melayu cuma raja daerah sahaja kepada raja Siam Merong ini).Malahan kalau boleh wujudkan jawatan Shah Alam untuk seluruh nusantara!Woo...wooo...jangan tamak haloba encik Megat al-Jefri...orang tamak selalu rugi,bagai anjing dengan bayang-bayang ;D

Perhatikan tuduhannya bercampur fitnah yang amat berat kepada sultan-sultan Perak:

"raja-raja perak skrg nisemuanya mutlak keturunan penderhaka kedah tua dlm bahsa mudah geng-geng lanun talibarut inggeris.juga pelingkup raja selama, kinta dan larut"


Ok,kali ini kita lihat pula siapa yang dikatakan 'mengacau Merong',dimana saudara Herman dari MalayPress telah menimbulkannya dalam satu komen.

Beliau ialah saudara Radzi Sapiee,pemilik blog Berpetualang ke Aceh.Radzi Sapiee juga peminat sejarah dan salasilah raja-raja Melayu.Beliau pernah menterjemahkan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris.

Saudara Radzie Sapiee ada menghantar komen dan persoalan secara baik dan akademik kepada Megat al-Jefri (penulis ustaz lulusan agama ini):

"Salam semua. Tentang nasab Al-Jefri harap para pembaca budiman merujuk pada badan-badan diiktiraf yang menjaga nasab Ahlul Bait seperti Rabitah Alawiyah di Jakarta atau Persatuan Asyraaf di Malaysia sendiri. Ini adalah badan yang dianggotai keturunan Rasulullah SAW yang diiktiraf, bukan Komunis Yaman apalagi penyamun sejarah realiti. Jadi orang yang adil, jangan taksub hendak menegakkan benang basah. Cuba masuk ke sini...

http://forum.asyraaf.net/forumdisplay.php?fid=44

Tanya mereka dengan hati terbuka...

1. Apakah sudah wujud keluarga Al-Jefri pada tahun 700 hingga 800 Masihi?

2. Kalau betulpun ada orang bernama Sharifah Mariam Al-Jefri pada zaman tersebut, adakah anak dan keturunannya layak lagi dipanggil Al-Jefri jika mereka adalah keturunan si Sharifah yang berkahwin dengan lelaki yang bukan keturunan Nabi Muhammad SAW?

Tentang buku Undang-undang Kedah yang konon menjadi rujukan mutlak, fikirkan. Bagaimana sebuah buku yang isi penulisannya bermula dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku abad ke 17 Masihi diikuti abad ke 18 boleh berakhir dengan dakwaan yang menyebut isi buku itu tamat ditulis pada tahun 222 iaitu abad ke 3 Masihi.

Tanya soalan-soalan ini dengan jujur, bukan dengan ketaksuban dan sifat pembohong. Wassalam"

Sekarang perhatikan baik-baik JAWAPAN DARI USTAZ SIAM INI:

"salam kembali pak dee mulut merah...

rujukan yg anta minta tengok itu mcm buku dongeng kesultanan melaka yg lawan penjajah hanya dgn golok dan lembing sehingga harun yg mai dari thai cenak dikatakan confirm darah nabi dari buku rujukan kesayangan anda kononnya diiktiraf, jad si lanun harun cenak tu pakai dgn gelaran raja syed putra jamalullail semua angguk kepala.

1 ttg nasab al-jefri ana syor anta rujuk dgn tun mahathir dan dr rais yatim habis cerita.

2 gelaran itu boleh diguna pakai sbb darah mereka ini spt husin r.hu dari maknya fatimah r.ha mengandungi berkat darah nabi s.aw. mengalir. tapi ahlul bait nusantara d sini mmbentuk ajam dari campuran darah nabi s.a.w dan darah nabi iskandar zulkarnain melalui merong maha wangsa.

ttg buku 'uuk' seelok anda rujuk dgn mariyam salim sbb nmpk sangat anta tak pernah baca buku ini sbb ia mgandungi 4 bhg pnulisn.
kecetekan anta ttg sejarah terbonkar apabila anta sanggup meletakkan nama anak anta yg tak brdosa dgn nama lebai malang AMIN AR RASYID yg mati d bunuh dlm keadaan bogel.mungkin bisikan makluk halus yg mendiami kubur2 lanun yg anta sangkakan kubur2 raja mengilham dan mengajar anta nama sedih itu.dan jika benar anta keturunn lanun2 perak yg d aggap british sbagai raja2 perak,maka tidak pelik anta menghina dan mengeji dgn prkataan bodoh dan lain-lain sbb itu mmg sifat lanun yg suka melanun dan mmberontak sesuai pulak dgn nama amin arrasyid yg bersifat melanun dan memberontak jawatan putra mahkota milik abgnya makmun khalifah abasiyyah slps itu.

nampak gayanya ana kena buat artikel dari baghdad ttg arrasyid ni sblm ana pulang ke negeri(semenanjung) melaka.wsslm"


Radzi Sapiee,apabila sudah menjangkakan jawapan yang keluar dari ustaz Siam:

"Terima kasih. Peribadi anda begitu terserlah dengan jawaban ini. Tamat cerita.:] "


Lihat sumpah seranah Megat al-Jefri yang tidak layak dengan kelulusannya dalam bidang agama,perhatikan sehingga peribadi saudara Radzi Sapiee dan nama anaknya pun boleh dijadikan bahan sumpah seranah:

"kecetekan anta ttg sejarah terbonkar apabila anta sanggup meletakkan nama anak anta yg tak brdosa dgn nama lebai malang AMIN AR RASYID yg mati d bunuh dlm keadaan bogel.mungkin bisikan makluk halus yg mendiami kubur2 lanun yg anta sangkakan kubur2 raja mengilham dan mengajar anta nama sedih itu.dan jika benar anta keturunn lanun2 perak yg d aggap british sbagai raja2 perak,maka tidak pelik anta menghina dan mengeji dgn prkataan bodoh dan lain-lain sbb itu mmg sifat lanun yg suka melanun dan mmberontak sesuai pulak dgn nama amin arrasyid yg bersifat melanun dan memberontak jawatan putra mahkota milik abgnya makmun khalifah abasiyyah slps itu."

Ingat pesanan saya,SIAPA YANG TERASA TERANCAM DAN CEPAT PANIK APABILA DIPERSOALKAN SEJARAH BANGSANYA,MAKA ADA 'SOMETHING WRONG' DI SITU.Dalam bahasa kasarnya,dia pembohong.Orang yang cepat panik ini tidak jawab hujah si pengkritik,dia akan menjadi tidak tentu hala menyumpah seranah membabi buta.

Ini 'trademark' mereka.Ingat baik-baik tentang ini.Sebab itu jika anda komen blog mereka,tidak kiralah dalam MalayPress,blogsejarahnagarakedah atau lain-lain maka jangan menangis jika komen anda tiba-tiba ghaib!Jika mereka pening nak jawab mereka akan hilangkan komen anda.Jika rajin...mereka akan sumpah seranah anda tanpa menjawab kemusykilan anda.Jika nasib baik,komen anda akan dijawab dengan versi sejarah putar belit mereka.Candi Buddha dikatakan istana Islam.Orang yang hidup pada zaman selepas sahabat nabi boleh 'back to the future' naik mesin masa ke masa belakang.Undang-undang Kedah yang ditulis pada abad ke-17 boleh naik mesin masa ke tarikh sezaman Champa dan Gangga Negara.Haru-biru dibuatnya.

Yang terakhir,perhatikan 'hadis riwayat Al-Hakim Nai Syburi' yang terletak di'banner' atas.Sebenarnya dia ni terlampau obses dengan 'Nai' dan 'Saiburi'.Nama sebenar periwayat hadis itu ialah Hakim al-Nishaburi atau Abu Abd-Allah Muhammad ibn Abd-Allah al-Hakim al-Nishaburi dan Nishabur (bukan Naisaiburi) adalah satu bandar di timur laut Iran.Tiada kena mengena dengan Nai Siam Luang ;DDD

Buat  pengetahuan pembaca,Saiburi adalah nama yang diberikan oleh kerajaan Thai ketika menjajah Kedah.Hanya Siam Merong sahaja bangga dengan nama yang diberikan penjajah Thai ini sebab satu kaum dengan mereka.Tapi orang Kedah Tulen tetap memanggil negeri mereka Kedah.

Dan satu lagi,saya kritik hanya dari segi sejarah sahaja,tidak lebih dari itu.Kepada semua umat Islam tidak kira Siam Islam atau Melayu Islam,saya ucapkan Selamat Berpuasa...tak terlambat rasanya kan? ;D



Ok,geng itu sahaja pelajaran kita hari ini.

Bangun sahur tau.Jangan puasa yang yok ; D