Thursday, January 13, 2011

Betulkah Masjid Krisek Tidak Siap?

"Selain daripada misteri dan keunitkan itu menurut Che Husin masjid itu pernah disinggahi oleh Hang Tuah iaini pahlawan terbilang Melaka".

Memang benar pun tapi zaman bila, tahun berapa dan siapakah yang dikejar oleh Hang Tuah? Ikuti artikel sepenuhnya disini,

http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/tapak-sejarah-patani.html

Ikuti pula artikel kami sebelum ini disini,

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/raja-bersiong-berahman-indera-dan-balai.html


Ada pihak dari Acheh yang menghantar emel dan mengesahkan kepada kami bahawa Mahkota Alam itu sebenarnya Hang Tuah (Sekiranya benar sila rujuk salasilah di bahagian bawah blog ini).


Makam Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman kini terletak di Perak. Baginda mangkat dalam tahun 1668 di Istana Alam Syah Kelang. Anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah berpindah dan menetap di Kota Palas Pulau Langkawi (lihat UUK ms 17).

1. Sultan Mahmud Syah Melaka bukanlah Paduka Seri Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yang diusir dari melaka itu (yang membunuh anaknya sendiri). Baginda, Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman adalah kekanda kepada Tun Saaban. Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri (Nang) Kemuning dari Patani. Tun Saaban adalah adinda kedua dan Pir Abu adalah adinda ketiga. Tunku Sulaiman Raja Bersiong adalah anakanda Pir Abu menjadikan Tunku Sulaiman ini anak saudara Sultan Mahmud Syah dan Tun Saaban.

Kedatangan Hang Tuah dari Acheh untuk menangkap Tunku Sulaiman Raja Bersiong (yg lari ke Patani) ini diceritakan sebagai kononnya Acheh menyerang Kedah..haha..lawak betul. Tujuannya, menutup bukti sejarah realiti.

Perintah untuk menangkap Tunku Sulaiman dikeluarkan Sultan Muhiyudin Mansor Syah setelah beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah ketika itu. Perlu diingat Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ini adalah seorang ulamak yang bergelar, Maulana Syah Alam (rujuk UUK, ms 17).

No comments:

Post a Comment