Thursday, January 13, 2011

Masjid Mae Sot, Myanmar

Masjid Mae Sot, Myanmar

Masjid Inderpuri Acheh

Masjid Inderpuri Acheh
Masjid lama ini mempunyai rekabentuk yang mirip senibina China. In-dera-po-ri bermaksud pusat-pemerentahan-raja (bapa)-duduk

Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140

Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140
Nama-nama mereka tetap ada disebut dalam sejarah Perak walaupun disebut dengan tidak mengikut susunan yang betul. Kami sudah membetulkannya melalui penulisan semula sejarah realiti di blog ini melalui maklumat yang diperolehi dari waris mutlak, Tuanku Nai Long Kasim. Nama Sharif Abu Bakar disebut secara lengkap. Kewujudan baginda dalam sejarah Melayu hari ini tidak boleh dinafikan lagi.Raja Alang Putera dari Kedah ialah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu kepada Syarif Abu Bakar, Yang Di pertuan Kedah.

Meriam Melayu Singgora

Meriam Melayu Singgora
Sah, Ayutthaya diserang oleh Burma (Myanmar) dari puak Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Tunku Sulaiman yang dimaksudkan disini ialah "..Yangkam dengan Belat Yukbat.." sepertimana disebut dalam UUK, ms 24 atau kita semua ketahui sebagai Raja Bersiong. Sah, bahawa Siam itu Melayu hari ini hingga ke Singgora (Songkhala) dan beragama Islam. Peralatan ini di pamerkan di Muzium Sejarah Di London, UK dan merupakan keratan dari akhbar tempatan. Sah, bahawa orang melayu pun pandai membuat senjata api. Sah, bahawa rakyat Thailand ditipu oleh penulis sejarah fantasi mereka, dan malangnya, begitu juga kita.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.

Penduduk Islam di Yunan China

Penduduk Islam di Yunan China

Masjid Xinjiang

Masjid Xinjiang
Pintu masuk masjid asal zaman Sai tee sung. Xinjiang bermaksud naik jangkah.

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang
menggunakan teknik pahat batu

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA
Lawatan Imam muda China ke PERKIM di Malaysia

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA
Wajah-wajah masyarakat Islam disana. Sate memang menjadi makanan kegemaran orang Melayu. Ramai yakin dan percaya bahawa makanan ini berasal dari nusantara atau lebih khusus lagi Malaysia. Sejarah ada mengatakan orang Melayu berasal dari Yunan@Funan di negeri China. Sudah pasti apabila berhijrah kesini mereka membawa gaya hidup bertamadun mereka seperti menanam padi, termasuklah juga resipi masakan dan pemakanan mereka.

Sate di Xian China

Sate di Xian China
Penjualan Sate @ Kebab yang 'spicy ' @ pedas masih dijalankan dipasar malam disana. Click on the picture to see the link.

WANITA YUNAN

WANITA YUNAN
Jangan kata makanan seperti sate dan mee kari terdapat disana malah wanita muda disana memakai batik sepertimana wanita Melayu di Malaysia

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA

Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka

Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka
Jelas senibina China Islam

Masjid Sumenep, Pulau Madura, Indonesia

Masjid Sumenep, Pulau Madura, Indonesia
Dibina dalam tahun 1787 berekabentukkan senibina China

Sheikh Ahmad Qomi

Sheikh Ahmad Qomi
Keluarga penting rupa-rupa nye...

Lost of everything....

Lost of everything....

>>SALASILAH 1

>>SALASILAH 1

>>SALASILAH 2

>>SALASILAH 2

>>SALASILAH 3

>>SALASILAH 3

>>SALASILAH 4

>>SALASILAH 4

>>SALASILAH 5

>>SALASILAH 5

>>Satu Perbandingan : Binaan Candi dan Binaan di Ayuthia

>>Satu Perbandingan : Binaan Candi dan Binaan di Ayuthia
Binaan menggunakan bata yang leper dan lebar berbanding bata yang kita pernah lihat hari ini adalah binaan orang-orang Siam Islam. Kota Kuala Muda di bina menggunakan jenis bata yang sama dengan binaan candi. Jika orang-orang Siam beragama Islam (berbanding orang-orang Thai yang beragama Buddha), kenapakah candi Lembah bujang dikaitkan dengan agama Hindu. Bata binaan candi hindu adalah lebar dan besar. Lihatlah contoh pada binaan candi yang dibina semula di Indonesia.

>> Peta Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Kheag Tesh-Islam tempatan)

>> Peta Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Kheag Tesh-Islam tempatan)
Peta ini menunjukkan BUKTI jajahan Benua Siam Islam di bawah EMPAYAR OF THE GREAT MONGGOL sekitar tahun 1744 SEBELUM ditawan oleh Suku thai yang diketuai oleh Alaungpaya dalam tahun 1767.Terdahulu peta Otelius, tahun 1603 (lihat bawah) menunjukkan ia dibawah kekuasaan Maharaja China. Penduduk di Utara semenanjong yang lahir di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak memerlukan paspot untuk memasukki Thailand, cukup dengan mendapatkan sekeping "border pass" yang berharga RM 10 sahaja dan 2 keping gambar kerana Raja Chakri menggangap mereka-mereka ini sebagai rakyatnya juga (HIS SUBJECTS). Untuk mengetahui sejarah raja chakri yang menyerang semenanjong dan membunuh raja siam islam kita dahulu,copy and paste URL ini, http://www.soravij.com/kings.html. Untuk peta yang lebih jelas lihat dibawah blog ini.

Undang Undang Kedah,ms 36

Undang Undang Kedah,ms 36
Jelas membuktikan bahawa orang-orang Siam beragama Islam, lengkap dengan gelarannya sekali. Aneh bukan, rupa-rupanya adat meminang, hantar cincin sirih pinang adalah adat orang-orang Siam. Siapakah hari ini yang mengamalkan adat tersebut melainkan orang Melayu jugalah. Sebab itulah masih ada orang-orang Siam Islam yang bertutur bahasa Siam Islam di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Pulau Pinang. Hari ini sudah pasti mereka dipanggil Melayu.Jelasnya, ORANG-ORANG SIAM BUKAN ORANG THAI.Dua bangsa yang berbeza dan dua agama yang berbeza.

Undang-Undang Kedah ,ms98

Undang-Undang Kedah ,ms98
Tahun 1067 Hijrah adalah bersamaan dengan tahun 1657. Jadi Sultan Mahmud Syah manakah yang memerentah Melaka ketika itu? Bukankah Melaka di serang Belanda dalam tahun 1641 dan gelarannya pula ialah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, bukannya Paduka Seri Sultan (Raja Daerah). Melaka yang dimaksudkan ialah Istana Alam Syah di Selangor (lihat gambar kecil sebelah kanan diatas)

Undang-Undang Kedah-Penutup

Undang-Undang Kedah-Penutup
Tahun 222 Hijrah adalah bersamaan dengan tahun 812 masihi. Tahukah saudara kita di Acheh bahawa Islam telah sampai disana semenjak tahun 222H lagi, dibawah seorang Sultan yang bernama Sayyidina Ali? Malah sultan-sultan yang terkemudian sekitar abad ke 14 masihi turut memakai nama ayahanda baginda iaitu Jamalul Alam Badrul Munir.

The Persians in Ayutthaya

The Persians in Ayutthaya
Ada masjid ke di Ayuthia? Bukan satu, bukan dua tapi 21 masjid.Patutlah Hamzah Fansuri pergi menuntut ilmu agama Islam di Sharul Nuri atau Shahri Nao, apalagi, nama lama bagi Ayuthia lah tu. Ini bukan kami yang kata tetapi ahli akademik Thailand hari ini yang telah membuat kajian dan penyelidikkan.

>>GAMBAR 21 MASJID DI AYUTHIA

>>GAMBAR 21 MASJID DI AYUTHIA
Gambar ini diperolehi oleh Asst Prof. Plubplung Kongchana, Director, Institiute of Asia Pacific Studies, Srinakharinwirot University dari rekod Peranchis sewaktu membuat kajian mengenai "The Persians in Ayutthaya". Mimbarnya yang asing dari bangunan masjid tiada bezanya dengan Masjid Acheen Street (1808) di Pulau Pinang dan Balai Nobat di Alor Setar, dulunya mimbar masjid (lihat gambar diatas, sebelah kanan).Hari ini, didirikan patung-patung bagi menutup bukti keislaman Ayuthia. Namun sebagai orang Islam, kedudukkan bangunan yg mengadap Qiblat, ruang imam dan jemaah masih lagi boleh dikenalpasti. A. Prof Plubplung Konchana juga terkejut dengan jumlah penduduk Islam yang begitu ramai di Ayuthia, tersembunyi disebalik nama Thai mereka. Kalau Thai bermaksud bebas, kenapa orang Islam tidak dibenarkan menggunakan nama Islam mereka?

>>KARYA SENI MASYARAKAT SETEMPATNYA<<

>>KARYA SENI MASYARAKAT SETEMPATNYA<<
Khaeg bermaksud islam?

>>PETIKAN DARI HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

>>PETIKAN DARI HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.
Dengan jelas keratan ini menyebut pembukaan penempatan baru bernama 'Siam Lancang' dibuka oleh Raja Merong Maha Podiset atau Sultan Mudzaffar Syah II. Raja Merong Maha Podiset adalah putera kepada Raja Merong Mahawangsa atau Sultan Mud Zaffar Syah I. PODISET BERMAKSUD 'LELAKI YANG TERBAIK'. Sebab inilah Hikayat Merong Mahawangsa dibakar kerana ia menjelaskan bahawa orang Siam diketuai oleh Merong Mahapodiset membuka negeri Siam, bukannya dibuka oleh Raja Thai. Siapa yang terjerat sekarang ? Siapa yang menipu sejarah? Kami ada bukti, sebab itu blog ini dibuka untuk memberi penerangan kepada semua.

>>Istana Bukit Tereh

>>Istana Bukit Tereh
Tinggalan dinding Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Bukit Tereh Johor. Baginda adalah Sultan Nagara Kedah yang kedua. Baginda bergelar Podiset yang bermaksud lelaki yang terbaik dan juga merupakan putra kepada Raja Merong Mahawangsa.Istana ini telah dirobohkan oleh Inggeris atau diawal Kerajaan Malaysia sewaktu Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri dahulu untuk membina tangki air lantas menutup bukti keislaman yang jauh lebih awal sampai ke Johor. Sejarah Melayu (TM 1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Ganggayu (Khlangkeo) dibina oleh orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor. Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Culan sebagai raja besar, dan segala raja di sebelah timur ini boleh dikatakan kesemuanya takut kepada baginda. Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai suatu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai kerajaan Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/Khlangkeo. Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan Kerajaan Siam asli di Johor. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semennanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan perang dengan pihak lain, terutama Melaka yang kian muncul sebagai kuasa baru. Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan Kerajaan Melayu lain seperti Pattani, Kelantan, Kedah dan lain-lain samada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.

>>MOTIVES AND PATTERN

>>MOTIVES AND PATTERN
Bunga 'Lotus' atau teratai merupakan 'subject matter' dalam rekabentuk siam islam, sementara bentuk 'hexagon' atau 'pentagon', 'diamond' adalah rekabentuk islam. Ia dinamakan polar-polar geomatrik Islam.

>>Pintu Gerbang Kota Kuala Muda

>>Pintu Gerbang Kota Kuala Muda
Ia terletak hanya 2 km saja dari Sungai Mas dalam pekan Kuala Muda. Ditengah-tengah pintu gerbang adalah lambang Lotus/bunga teratai yang turut menghiasi makam Raja Merong Mahawangsa dan makam-makam keturunannya yang boleh dilihat diblog ini. Nampak jelas seolah tulisan kawi ayat-ayat suci Al Quran pada 'arch' telah dipahat buang. Sama juga dengan 'arch' pada bangunan di Ayuthia pun turut dipahat buang.

>>DARI PENGAMATAN SAYA

>>DARI PENGAMATAN SAYA

MOTIF TERATAI DAN NAGA LAUT PADA MASJID XIAN

MOTIF TERATAI DAN NAGA LAUT PADA MASJID XIAN
Pengertian Islam pada peringkat awal ketibaannya kenegeri China amatlah tipis. Diwaktu ini masih lagi terdapat makara yang mana pada hari ini tidak ada lagi digunakan di masjid-masjid. Ini berlaku di sebabkan kebudayaan China ketika itu telah mula berkembang dan kedatangan agama baru ini harus melalui proses adaptasi. Oleh itu kita dapat lihat kaedah penerimaan agama Islam masih lagi dimasukkan unsur-unsur kebudayaan setempat dalam senibinanya.

Siling Masjid Xian dari Dinasti Tang

Siling Masjid Xian dari Dinasti Tang
Bunga-bunga lotus/teratai ini juga digunakan sebagai hiasan dalam bangunan Masjid Xian di China.

>>KAWASAN ISTANA KOTA MEANG KUANG

>>KAWASAN ISTANA KOTA MEANG KUANG
Peta ini telah diperolehi dari Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu

Makam Sultan Muhammad I KELANTAN dan Permaisuri

Makam Sultan Muhammad I KELANTAN dan Permaisuri
Makam Sultan Muhammad I Kelantan @ Long Muhammad @ Nik Muhammadiah dan Permaisuri baginda Datuk Nai Mariam @ Sharifah Mariam binti Syed Sheikh Latif di Makam Raja-raja Benua Siam Islam, Kampung Tualang Kedah. Ini lah makam Sultan Muhammad I Kelantan, menjadi guru agama di Kedah. Tak Bai atau Tok LeBai adalah merujuk kepada baginda. Long Senik adalah anak angkat baginda. Diantara wasiat baginda, pada binaan candi utama yang dikatakan candi hindu di Lembah Bujang, Merbok terdapat tulisan ALLAH dan MUHAMMAD dan pada dinding-dinding tepi tertera nama-nama sahabat dan malaikat. Tentera Thai memecahkan tulisan Khat Kawi (hari ni Jawi) dan Inggeris pula merobohkan keseluruhan istana dengan bantuan buruh-buruh yang di bawa masuk dari India. Patung-patung agama lain dibawa dari India dan turut ditanamkan sekali bersama runtuhan bangunan. Ini adalah wasiat, terpulanglah untuk mempercayainya atau tidak. Yang terlepas ialah batu bertulis Ibnu Sirdan 213 Hijrah dijumpai dicelah-celah runtuhan candi oleh Dr. Othman Md Yatim. Mungkinkah ada lagi serpihan yang bakal di jumpai oleh pakar akeologi kita? Sama-sama kita nantikan. Bagi kami, SEJARAH YANG PENUH DENGAN KONSPIRASI, TIDAK BOLEH DIKAJI SEPERTIMANA SEJARAH BIASA, ITU PASTI.

>>RAMA TIBODI II @ Makam Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah bergelar PARAMESWARA MELAKA.

>>RAMA TIBODI II @ Makam Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah bergelar PARAMESWARA MELAKA.
Rama Tibodi II @ Parameswara Melaka (1412-1424) telah menyampaikan titah supaya orang-orang dari Kedah dihantar untuk membuka dan melombong bijih di Lukut, Negeri Sembilan. Terdahulu dari itu bijih timah ini telah pun menjadi bahan komoditi perdagang-pedagang dari India dan Cina sewaktu mereka mula berdagang di Kota Beruas lagi. Rama Tibodi II merupakan gelaran dalam bahasa san-se-krit ( tulis-garis). Nama sebenar baginda ialah Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah III ibni Tunku Mohammad Chan. Baginda adalah pemerintah Benua Islam Siam, Nagara Kedah Pasai Ma dan putera kepada Tunku Mohammad Chan (Thong Chan di Ayuthia) yang menjadi Sultan Beruas Gangga Nagara, Dinasti Ayuthia. Baginda adalah adik ipar Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam kerana berkahwin dengan salah seorang dari dua orang adik perempuan laksemana itu.Sebelah kanan makam baginda dan sebelah kiri makam permaisurinya(adik Laksemana Cheng Ho) tapi batu nesan telah ditukar oleh ??????. Makam ini telah di rekodkan sebagai makam Puteri Lindungan Bulan pada papan kenyataan. Sila baca artikel saya mengenai Puteri Lindungan Bulan.

Peta tahun 1744

Peta tahun 1744
"Empire of the Great Monggol", Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Monggol di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Sebab itulah dalam mengkaji sejarah bangsa melayu perlu skop yang lebih besar dan tidak fokus kepada jajahan Malaysia hari ini sahaja. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Monggol India apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka), dalam tahun 1530.

>> PETA ORTELIUS

>> PETA ORTELIUS
ORTELIUS MELAKAR PETA INI DALAM TAHUN 1603. Negara China turut dimasukkan kerana Maharaja Ming dan kemudiannya Manchu beragama Islam. Mereka menguasai India yang diperintah oleh Monggol India yang beragama Islam. Ini lah yang dimaksudkan BENUA Islam Siam Nagara Kedah.

Peta La Loubere, Siam berhampiran Bangkok tahun 1691

Peta La Loubere, Siam berhampiran Bangkok tahun 1691
Lihat nama Pulau yang menggunakan perkataan Melayu di Telok Siam,yang dibulatkan merah.

Wilayah Nagara Kedah sebelum serangan Musuh Bisik tahun 1821.

Wilayah Nagara Kedah sebelum serangan Musuh Bisik tahun 1821.

Daerah dalam Wilayah Negara Kedah,ms15 Undang-Undang Kedah

Daerah dalam Wilayah Negara Kedah,ms15 Undang-Undang Kedah
Kaedah menyambut surat rasmi kerajaan. Pada masa ini Portugis gelombang kedua yang bukan Islam berada di Melaka tapi akur kepada Syah Alam yang Maha Mulia.

>>Makam Khun Waran Wangsa, 1548

>>Makam Khun Waran Wangsa, 1548
Putera Jalil Yaacob Shah @ Raja Jalil Putera disebut dalam Undang Undang Kedah sebagai Syahbandar (mukasurat 2) juga dalam kawasan yang sama dengan Makam Nang Che Puan. Entah siapa yang mewarnakan Batu nesan Acheh dengan warna kuning. Bahagian atasnya telah dipatahkan.Batu nesan Acheh untuk makam yang lain telah di tukar tanpa pengetahuan waris Maharaja Siam. Ia digantikan dengan batu nesan biasa, lantas menghapuskan rekod yang ada. Perkara sebegini bukan saja berlaku disini. Malah batu pengisar tebu yang mempunyai tulisan China dipecahkan oleh mereka-mereka yang munafik ini. Batu pengisat tebu itu dihantar oleh Maharaja China Manchu yang beragama Islam untuk cucunya, Sultan Jaafar Mad Azam Syah.Kejadian memecahkan batu pengisar tebu bertulisan china ini berlaku dalam tahun 2003 sahaja !!

>>PUMINTHARAJA @ Makam Nang Che Puan, gambar terbaru

>>PUMINTHARAJA @ Makam Nang Che Puan, gambar terbaru
Lihatlah keadaan makam ini yang tidak dipelihara terletak di TDC Alor Setar, Bangunan Mahkamah Lama. Nang Che Puan ibni Sultan Muhiyuddin Mansor Syah adalah adinda Khalifah Sharif dan cicit kepada Sultan Mahmud Syah Melaka, yang berkahwin dengan Puteri Saadon Nang Kemuning ibni Sultan Ismail Jambu Patani. Beginilah keadaannya makam diraja Siam Islam Kedah, dihina, dirampas segala harta peninggalan dahulu, dipadamkan dari sejarah bangsa, sehinggakan makam yang ada dibiarkan rosak tanpa papan kenyataan mengenai makam-makam yang terdapat disini, pada hal kita sudah 50 tahun merdeka takkan makam ini kita tidak tahu siapa yang punya? Nang Che Puan adalah permaisuri pertama Paduka Seri Perdana Menteri Nagara Kedah, Sultan Mohammad Jiwa II, Nai Nai Adilin. Baginda adalah bonda kepada Tengku Long Putera, Tengku Anjang Johan dan Tengku Dayang. Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang adalah anak gundik, bukan gahara. Jika begini kita lakukan kepada makam-makam bersejarah yang ada, kenapa harus kita rakyat Malaysia hari ini berbangga dengan Kesultanan Melaka. Gambar ini bertarikh 30 mei 2007, sementara gambar lama bertarikh 25 Jun 2005. Kita tengok berapa lama tindakan diambil pihak berwajib untuk membetulkan keadaan. Kepada Presiden Persatuan Sejarah Negeri Kedah, Datuk Shamsuddin, buatlah tugas yang diamanahkan rakyat, mohonlah peruntukkan dengan kerajaan Pak Lah, jangan asyik buat rombongan makan angin ke Thailand dan tempat bersejarah sahaja, sedangkan dalam kampung tunggang langang.

Makam Nang Che Puan

Makam Nang Che Puan
Isteri kepada Perdana Menteri Kedah, Paduka Sri Sultan Muhammad Jiwa Zain al-'Adilan. Makam ini terletak di tepi Mahkamah lama,TDC Alor Setar.Kawasan dipagarkan tapi tak ada apa-apa kenyataan pun. Lepas tu tidak dipelihara dan dibiarkan pokok besar tumbuh ditengah-tengah makam tersebut.

>>Makam Tengku Long Putera, Laksemana Datu, mangsa pembunuhan musuh bisik tahun 1821 oleh Thai

>>Makam Tengku Long Putera, Laksemana Datu, mangsa pembunuhan musuh bisik tahun 1821 oleh Thai
Tuanku Nai Long Kasim sedang memberi penerangan. Makam ini terletak didalam ladang Getah, di Kg Tualang Kedah.Nak cari memang tak jumpa, kecuali waris saja yang tahu.

Perahu Sagor

Perahu Sagor
Perahu yang digunakan oleh orang-orang Melayu dahulu untuk berdagang di pelabuhan Lembah Bujang di kuala Sungai Merbok dan Sungai Mas. Ia diperbuat dari kayu balak jenis Merbau, Pulai, dan Bongor yang ditebuk. Gambar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Rugi kalau datang ke Kedah tidak melawat Muzium ini.

>>PENULISAN PADA MAKAM

>>PENULISAN PADA MAKAM

Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir

Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir
Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Alirah terletak di dalam kawasan tanah perkuburan islam. Oleh kerana tulidan jawi pada batu nesan Acheh boleh dibaca maka ia telah di perelokkan. Namun Sheikh Abdul Kadir dikatakan sebagai Ustaz sekolah pondok yang mengajar agama di Langgar. Kenape mereka berdegil padahal warisnya masih ada hingga kini?

Makam Sultan Hussain Syah Alirah

Makam Sultan Hussain Syah Alirah
Sultan Hussain Syah Alirah ibni Sultan Sayyidina Ali terletak di Langgar ke 2 didepan halaman rumah orang kampung didalam kebun kelapa. Kenapa pihak berwajib tidak mewartakan saja kawasan ini sebagai tapak warisan sejarah

Makam Sultan Sayidina Ali

Makam Sultan Sayidina Ali
Makam Sultan Sayidina Ali wa Maulana Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Langgar ke 2. Makam ini tidak di selia kerana dianggap tiada berkepentingan, padahal inilah makam Sultan yang memerentah Acheh sewaktu Undang Undang Kedah ditulis. Makam Ayahanda dan datuk baginda (gmbr bwh) dibumbungkan sebab dianggap sebagai makam Maharaja Debar Raja bertarikh 1179 masihi, walhal ia 300 tahun lebih awal.

Makam Sayyidina Jamalul Alam Badrul MUnir

Makam Sayyidina Jamalul Alam Badrul MUnir
Baginda bergelar Sultan Madzaffar Syah II. Makam ini terletak bersebelahan dengan makam ayahanda baginda, Merong Mahawangsa. Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir turut juga dikenali sebgai 'Podiset', bermaksud lelaki terbaik. Baginda adalah Sultan ke 2, Nagara Kedah Pasai Ma dan membina Kota Istana di Bukit Tereh, Muar Johor sekitar tahun 800 masihi. Anakanda baginda, Sayyidina Ali menulis Undang Undang Kedah sewaktu menjadi Sultan di Acheh. Hikayat Merong Mahawangsa, versi RJ Wilkinson,ms 37.“…maka beberapa dilihat oleh anak raja segala ajaib-ajaib hingga sampai dua ratus hari berjalan iatu sambil bermain juga sekelian barulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik kepada sesuatu anak sungainya lepas ke laut lagi pun tanahnya rata orang pun banyak juga maka disitulah sakelian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan orang yang duduk bertaburan pecah belah itu maka disatukan sekalian maka menjadi negeri besarlah maka dinamai negeri itu Siam Lancang tempat membuat kota istana itu maka datanglah orang berkhabarkan kepada Raja Merong Maha Pudiset”

>> Makam Raja Merong Maha Wangsa @ Sultan Madzaffar Syah I di Kg. Langgar, Merbok<<

>> Makam Raja Merong Maha Wangsa @ Sultan Madzaffar Syah I di Kg. Langgar, Merbok<<
Baginda bergelar Sultan Madzafar Syah I. Makam ini terletak di Langgar,Kg Bujang, Merbok Kedah. Ia tidak jauh dari kawasan Lembah Bujang. Bandingkan dengan batu nesan Acheh Sultan Sayidina Ali, Sultan Sheikh Abdul Kadir dan Sultan Jaafar Madazam Syah, rekabentuknya hampir sama. Makam ini dilabelkan sebagai Makam Maharaja Derbar Raja yang kononnya memeluk Islam dalam tahun 1179. Tak tahu pulak saya ada raja yang berdebar-debar nak memelok Islam, maklumat pun tak dapat. Setakat nama saja yang ada dan tidak disebut dalam sejarah Acheh (bahasa siam bermasuk ajar @tunjuk ajar) atau Perlak (punca,cambah nya syiar dakwah islam), maupun dalam Undang undang Kedah. Kenapa tidak dirujuk kepada keturunan Raja Merong Maha Wangsa yang masih ada hingga kini, walaupun keturunan mereka cuba di pupuskan, walaupun dalam kad pengenalan mereka tidak lagi bergelar tuanku,syed atau nai (sengaja disebut di blog ini) mereka tetap berdarah raja, dari Putera Merong Maha Wangsa (Wa Ren Wong Ser). Tulisan mengenai Maharaja Debar raja dalam Salasilah Kedah ini ditulis sewaktu belum merdeka di zaman Sultan Abdul Hamid masih hidup. Apa saja yang diperintah olehnya akan ditulis, walau pembohongan sekali pun. Baginda ditakuti rakyat Kedah kerana baginda menantu Chulalongkorn, ada 'backing' dibelakangnya untuk bertindak. Dulunya keseluruhan kawasan ini adalah tanah perkuburan islam. Akan tetapi kenapakah pihak berwajib ditahun 60an menjual tanah ini kpd individu untuk dijadikan ladang getah. Samalah dengan istana Kota Meang Kuang yang dipecahkan dalam tahun 1963/64 dan sekarang ini menjadi tapak quari. Yang ada cuma Kampung Kota Mengkuang.

Makam Syed Alang Alauddin @ dan Anakandanya, Sultan Jaafar Madazam Syah.

Makam Syed Alang Alauddin @ dan Anakandanya, Sultan Jaafar Madazam Syah.
Makam Ayahanda di sebelah kiri dan anakanda disebelah kanan. Di Perak ada dikatakan Makam Che Long Jaafar dan Makam Haji Muhammad Zamani bin Hj Panjang (Tok muda Panglima Bukit Gantang di Taiping Perak) adalah satu pembohongan sejarah bangsa Melayu bagi menutup bukti yang ada. Syed Alang Alauddin ada direkodkan sebagai Che Alang Alauddin dalam sejarah Perak. Dalam sejarah Kedah tidak disebut langsung. Baca artikel saya mengenai perkara ini bertajuk,"Kisah Pertualang Raja Wilayah Kuala Muda" . Batu Nesan Acheh sudah agak terbenam sementara bahagian atasnya agak menajam telah dipatahkan.Gambar kecil tahun 2005, bahagian atasnya masih ada. Rekabentuk batu nesan ini sama dengan batu nesan Merong Mahawangsa di Kg Langgar, Lembah Bujang. Kenapa makam raja di panggil langgar? Makam Sultan Kedah sekarang ni pun diLanggar, Makam di Raja Pelis di negeri Perlis pun Langgar juga. Mudah sahaja, kerana dalam bahasa siam (bukan bahasa thai) Langgar bermaksud 'putus dunia'.

Istana Kuning

Istana Kuning
Dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah @ Boromokot bersamaan dengan Balai Besar dan Masjid yang hanya tinggal menara sahaja (Balai Nobat). Ia terletak dihadapan Menara Alor Setar. Kini digunakan sebagai pejabat Persatuan Kerabat di Raja Kedah.

>>Balai Besar @ Berahman Indera

>>Balai Besar @ Berahman Indera
Papan kenyataan dihadapan mengatakan ia dibina diatas arahan Sultan Mohammad Jiwa II Nai Nal Adilin. Maklumat ini tidak benar kerana Sultan Mohammad Jiwa adalah Penghulu Berahman Indera merangkap Perdana Menteri Kedah yang bersemayam di Anak Bukit seperti disebut dalam manuskrip Undang Undang Kedah. Hari ini Sultan Kedah bersemayam di Anak Bukit. Arahan pembinaannya adalah titah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah, Maharaja Benua Islam Siam ketika itu. Tukang-tukang nya dibawa dari Cina atas perintah Maharaja Manchu yang beragama Islam dan mereka tinggal di Pekan China. Di masa ini lah Tengku Sulaiman membunuh seorang demi seorang tentera Manchu islam lalu memasak dan memakan mereka menjadikan Kisah Raja Bersiong. Makam baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah terletak di Ulu Melaka dan dilabelkan sebagai makam purba oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah walaupun mereka tahu hakikat sebenarnya. Tidak hairanlah Bandar Hilir terletak di Melaka sementara Ulu Melaka pula terletak di Pulau Langkawi kerana Maharajanya bersemayam di Kota Palas Langkawi. Begini konsepnya, Hulu ibni Hilir, Anakanda ibni Ayahanda, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, mudah saja !!) Baginda juga turut menitahkan pembinaan Istana Kuning dan Balai Nobat.

>>Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah<<

>>Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah<<
Makam Khalifah Sharif (Kedah), Boromoraja Ekataat V, Suriyamarin (Ayuthia), Maha Damaiyaza (di Kerajaan Islam Toung Oo,Myanmar). Ini gambar saya ambil ptg sabtu 19 Mei 2007. Sekiranya saudara/i ada membaca buku bertajuk "Batu Acheh" karya Dr Othman Mohd Yatim, rekabentuk batu nesan terdapat diseluruh semenanjong tanah melayu termasuk juga di Acheh. Inilah batu nesan dari keturunan Maharaja Besar Benua Islam Siam Nagara Kedah.

>>Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah bergelar Boromokot di Ayuthia<<

>>Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah bergelar Boromokot di Ayuthia<<
Baginda adalah ayahanda kepada Khalifah Sharif Yang Di Pertuan diatas. Rekabentuk batu nesan Achehnya adalah sama. Ia terletak di Kota Palas, P. Langkawi dan dikategorikan sebagai 'makam purba'. Elok sangatlah Persatuan Sejarah N. Kedah ini rujuk ms 17, UUK untuk mengetahui makam siapakah ini dan memulihkan makam ini bersesuaian dengan taraf baginda. Sambil itu, tolong pasang semula batu nesan Puteri Hang Li Po disebelah kanan itu dan buang kenyataan mengatakan makam ini adalah makam seorang wanita. Waris Maulana Syah Alam masih ada lagi hingga kehari ini. Jangan buat macam kami tidak ada.

Undang-Undang Kedah,ms 17

Undang-Undang Kedah,ms 17

Undang-undang Kedah, ms 16

Undang-undang Kedah, ms 16
Jelas tertera nama baginda...ada hubungan dengan Kompeni di Melaka? Sejarah fantasi mengatakan Portugis sudah menawan Melaka, pasti tiada hubungan lagi, tapi masih ada.

>>Runtuhan Istana Narai atau Hang Tuah di Ayuthia<<

>>Runtuhan Istana Narai atau Hang Tuah di Ayuthia<<
Lihat rekabentuk pintu masuk tengah dibahagian atas. Jika dibesarkan ia seperti bentuk kubah masjid.

>>Makam-makam yang dipinggirkan di Kedah.

>>Makam-makam yang dipinggirkan di Kedah.
Inilah makam-makam yang dipinggirkan oleh pihak berkuasa kita hari ini. Kita bermegah dengan pertuanan bangsa Melayu tapi tiada tindakan untuk memeliharanya buat generasi akan datang. Sampai bilakah kita harus membiarkan perkara ini berlarutan, hanya untuk belang mereka-mereka yang memutarbelitkan sejarah?

No comments:

Post a Comment